Seperti biasa, perhimpunan sekolah diadakan pada hari Isnin. Para pelajar mula berkumpul di dalam dewan sekolah yang boleh memuatkan hampir 3 ribu pelajar. Dan di dalam pelajar yang berkumpul itu, terlihat Aisy yang sedang gelabah mencari sesuatu di begnya.
"Mana pulak aku letak kunci kereta aku tadi?" bisiknya perlahan.
"Oi.. Kau cari apa?" satu suara menegur.
Aisy berpusing kebelakang untuk melihat pemilik suara tadi.
"Ahh Rafiq.. Kunci kereta aku hilang la... Aku lupa aku letak mana," ujar Aisy.
"Dah cam ne pulak boleh hilang?" soal Rafiq. Dahinya berkerut.
"Mane aku tahu. Tadi aku rase aku pegang," balas Aisy sambil mengeruk kepalanya yang dilitupi tudung sekolah.
"Tu lah kau.. Nyanyuk dah. Padahal tak kahwin pun lagi," tempelak Rafiq.
"Dah diam ah kau. Perhimpunan dah start tu. Tak payah nak membebel panjang." balas Aisy sambil bibirnya dijuihkan ketepi.
"Ouh lupa... Kau kan orang kaya.. Hilang yang tu, boleh beli yang lain, kan?" tempelak Rafiq pula.
Aisy menjeling. Dalam hati dia memaki maki Rafiq. Bukan tu je dia maki. Pasal barisan pelajar pun dia nak marah-marah jugak. Apa taknya, barisan lelaki kelas dia sebelah dengan barisan perempuan. Jadi si Rafiq ni betul-betul sebelah dia. Berjarak satu meter je. Dah la si Rafiq ni membebel kuat. Macam makcik-makcik kat luar tu ha.
Aisy mengangkat nafas, dan menghembusnya perlahan. Dalam pada itu juga dia terperasan satu benda.
"Weh, Rafiq," bisiknya sambil memandang Rafiq.
"Awat?"
"Aiden mana Aiden? Minggu lepas menghilang, takkan minggu ni pun dia nak menghilang? Ke dia ponteng?" soal Aisy.
Rafiq terdiam sebelum dia menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Namun dalam hati dia menyumpah seranah dekat diri sendiri sebab menipu. Padahal dia dah tahu Aiden jadi Headprefect. Tak guna punya Rafiq. KAHKAH!
Aisy ingin menyoal lagi, tapi tak jadi sebab pengawas yang mengendalikan perhimpunan pada pagi itu sudah berucap.
Setengah jam berlalu. Aisy menguap kemudian mengeluh.
"Apehalnya lama sangat berucap? Tak penting pun aku dengar," bebel Aisy perlahan.
"Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan dari pengetua... Bla bla bla"
"Baiklah, pada hari ini saya taknak berucap panjang," ujar pengetua.
Aisy menjulingkan matanya keatas. Dia mula bosan.
"Saya cuma nak umumkan ketua pengawas baru kita sebab ketua pengawas yang lama dah pindah sekolah," kata pengetua lagi.
"Jadi, saya persilakan Elvin Aiden sebagai Headprefect kita yang baru."
Serentak dengan itu Aisy mengangkat kepalanya. Matanya membulat apabila terpandang Aiden berdiri dengan megah di atas pentas. Baju lelaki itu yang berwarna hitam dan memakai wristband merah di lengan kirinya menandakan dia ketua pengawas yang baru.
Aisy menarik nafas lalu menghembusnya perlahan sambil mata tetap memandang ke arah Aiden yang mahu berucap.
"Terima kasih kepada pengetua yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai headprefect di sekolah ini. Sejujurnya saya pun terkejut sebab tiba-tiba pengetua mintak saya yang jadi headprefect sedangkan saya tak sampai lima bulan kat sekolah ni. But, saya tetap akan menggalas tanggungjawab saya. So, kepada sesiapa yang mempunyai masalah, jangan segan datang ke pejabat Student Council. Saya akan bantu sedaya upaya saya. Sekian, terima kasih. " Aiden menundukkan kepalanya. Dalam pada itu, sempat juga dia memandang ke arah Aisy dan tersenyum sinis.
"Woohoooo!! "
Semua pelajar yang terdapat di dewan itu bersorak. Pelajar perempuan lah yang melebihnya. Pelajar lelaki biasa-biasa je.. Biasalah.. Si Aiden ni kan handsome orangnya.. Puihh..
Aisy menjulingkan matanya keatas. Begnya dicapai lalu dia bangun beratur untuk masuk ke kelas. Namun dia teringat akan kunci keretanya yang hilang.
"Aku ni malas nak mintak tolong dengan orang. Kunci ni pulak buat hal menghilang. Mana kau kunci.... " bebelnya perlahan sebelum mencelah keluar dari barisan untuk ke belakang dewan.
"Ermm.. Dik. " Aisy menegur seorang pengawas perempuan.
"Ya senior? Ada apa saya boleh bantu? "
"Bilik Student Council kat mana ye? " soal Aisy.
"Ouh.. Senior pergi blok dua, naik tingkat atas sekali pastu belok kanan. Nanti senior jumpa pintu bilik warna coklat, " ujar pengawas itu.
"Thanks, junior," balas Aisy sebelum berjalan pergi.
Pengawas itu hanya memandang Aisy pergi.
"Siapa dia tu weh? " tanya seorang lagi pengawas lelaki yang baru mendekatinya.
"Budak form 5 Daisy. Aku dengar dia baru pindah. Amboi, kau satu form dengan dia, takkan kau tak kenal?"
"Satu form, bukan satu kelas. Bongok, " tempelak pengawas lelaki itu.
"Tapi en, serius aku cakap, dia cantik duhh.. Selama ni aku nampak dia selalu pakai mask dia. Iye la, mana tahu dia nak sorok parut ke apa, tapi cantik nak mampus. Kalau aku lelaki, dah lama aku sangkut kat dia. Heheh, " Pengawas perempuan itu tersengih.
"Tapi aku ada jugak dengar yang Aiden rapat dengan dia. Diorang cakap selalu nampak Aiden jalan dengan dia. Satu kelas pulak tu. Kau rasa diorang couple ke? " soal perempuan itu lagi.
Pengawas lelaki itu hanya diam tak membalas.
Aisy menaiki tangga untuk naik ke tingkat ke empat. Dalam hatinya menyumpah seranah manusia yang buat bangunan tu. Buat la lif satu kat sini.
"Oi bangang, kau ingat ni sekolah bapak kau ke apa?" Author mencelah.
"Diamlah kau Author. Kau la ni. Lain kali masukkan aku dalam sekolah VVIP. Ini tak, sekolah buruk kau bagi aku. " balas Aisy geram.
**Author terkedu**
"Bilik yang ni ke? " soal Aisy. Didepannya terdapat pintu berwarna coklat.
"Pintu ni lah kot, pintu mana lagi. Takkan pintu jamban cantik cam ni. KAH KAH KAH! "
Dasar Aisy. Sempat lagi dia buat lawak tu.
Tombol pintu dipulas lalu ditarik. Dia mengangkat kepalanya untuk memerhati suasana bilik itu. Namun satu pemandangan dihadapannya membuatkan dia terkejut.
Yes.. Lelaki yang dia cari, sedang berpelukan dengan musuhnya.
"A-Aiden? What the hell... " mulutnya terketar-ketar menyebut nama lelaki itu.
"Aisy?" Aiden menoleh kearah pintu, memandang Aisy.
Matanya membulat, pelajar perempuan yang memeluknya di tolak sekuat hati. Kakinya melangkah laju menuju ke pintu.
"Aisy, listen, aku tak-"
BAMM!
Aisy menutup pintu bilik itu dengan kuat. Dia melangkah dengan laju menuruni tangga.
Dia memegang dadanya. Nafasnya tersekat sekat.
"Ya Allah.. Kenapa sakit ni.."
Air matanya mula bertakung. Kepalanya terasa berpusing sebelum gelap.
TBC
so, korang rase ape yang Aiden buat dengan budak perempuan tu? Bongokkan? Sian Aisy.. 😭
**sob,sob**
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
ActionAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...