Aisy memandang lelaki yang berada di hadapannya. "Asal kau datang. Lama menghilangkan diri lepastu tiba-tiba tercongok kat depan mansion aku ni." soal dia.
Niel tersengih. "Aku gerak solo beb. Misi kali ni memang susah. Berkenaan dengan kau pulak tu. Juga hidup dan mati kau." ayat terakhir di sebut dengan serius.
Aisy mengerutkan dahi. "Apa yang kau maksudkan dengan hidup dan mati aku?"
"Faydee. Dia muncul balik." Niel menjawab sambil matanya memandang Aisy.
"Huh. Kau lambat. Dia dah mulakan hari tu. Aku ingatkan King yang attack Kai dengan Xavier kat sini. Rupanya dia." ujar Aisy.
"King. Elvin Aiden. Orang yang sama. Aku dapat rasakan dia takkan serang kau." Niel tersengih.
"Kenapa?" soal Aisy.
"Sebab cinta. Cinta menghalang dia dari membuat perkara yang tak betul. Tapi cinta juga boleh membuatkan dia bertindak lebih agresif. Cause he is King. Lebih daripada Faydee." Niel berkata. Sengih sinis terukir di bibirnya.
"Apa yang kau merepek. Aku tak faham." tanya Aisy. Memang betul dia tak faham. Apa kena mengena King dengan cinta pulak?
"Kau tak faham ke buat-buat tak faham?" bidas Niel. Geram melihat kebodohan yang ditunjuk Aisy.
"Aku tak faham la ngek." Aisy meluku kepala Niel.
"Yow Aisy." Xavier menegur. Kai yang di sebelahnya hanya diam. Dia menjeling Niel.
Aeriz yang melihat jelingan Kai itu tersengih. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati kawannya itu. Dan..
PANGG!
Ambik kau. Terteleng kepala Kai akibat di tampar oleh Aeriz.
"Woi! Asal kau tampar aku? Nak mati cepat?" Kai menjerit sambil menggosok pipinya.
"Lah yang kau jeling mamat tu macam nak makan buat apa? Kan dah dapat. Haaa.." balas Aeriz. Muka tidak bersalah ditayang.
"Lantak aku lah nak jeling dia ke apa ke. Bukan mata kau pun." balas Kai.
Aisy, Niel dan juga Xavier yang melihat pergaduhan itu hanya menggelengkan kepala. Apa ke bangang lah..
"Woi kau. Siapa kau haaa?!" Kai menjerit sambil menuding jari telunjuk ke arah Niel. Dia berjalan ke sebelah Aisy.
"Haihhh.." Aisy mengeluh.
"Aku Niel. Spy dalam dunia Mafia." Niel menundukkan sedikit kepalanya.
"Dah tahu dia siapa kan? Kau boleh blah. Semak je. Kau pengacau antarabangsa kau tahu tak?" Aisy berkata.
"Kau tak diperlukan di sini. Kau menyusahkan. Kau tahu tak kau ni bangang. Terima je lah takdir kau tu yang kau memang bodoh abadi." Aeriz pula menyambung. Amboi ko. Membahan Kai nampaknya.
Kai terkesima. Hatinya bagai di hiris. Dia berlari masuk ke dalam mansion.
"Wushh.. Kesian dia tho. Kau ni la.. Dia cousin kau kan. Tak baik cakap macam tu" Xavier menjeling Aisy.
Niel hanya diam. Tak nak masuk campur.
Kai melangkah keluar dari mansion. Bajunya sudah di salin. Dia memakai jubah berhud berwarna hitam. Di tangan kanannya terdapat kunci Audi R8 miliknya. Manakala di tangan kirinya tergenggam selaras rifle.
Aeriz dan yang lain terkejut melihat cara pemakaian Kai. Baju itu sepatutnya di pakai jika ingin menjalankan misi. Juga rifle yang digenggam. Kai ni sebenarnya Sniper dalam group Mafia ni.
Kai berjalan ke arah Audi R8 kelabu miliknya.
Aisy yang melihat keadaan itu terkejut. "Woii.. Kau nak pergi mana?!" jeritnya.
Kai tidak menjawab. Mask di pakai. Dia masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian Audi R8 kelabu itu berlalu keluar dari halaman mansion.
Mereka yang berada di situ menjeling Aisy dan Aeriz. Termasuk bodygurd yang sememangnya baik dengan Kai.
Aisy mengerutkan dahi melihat jelingan-jelingan yang di berikan kepadanya. Begitu juga Aeriz. "Asal korang ni?"
"Kalau apa-apa jadi kat dia.. Aku salahkan korang berdua. Lantak lah ketua aku ke bukan ke. Memang aku bunuh korang kalau jadi apa-apa kat Kai." Xavier berkata sebelum berlalu masuk ke Chevrolet Camero miliknya. Marah apabila kawannya di lakukan seperti itu. Sejahat-jahat dia pun, dia tak pernah cakap seperti itu kepada Kai.
Aisy dan Aeriz terdiam. Mereka berpandangan. Haa.. Rasa bersalah ler tuww.
Niel pula masih diamkan diri. Dia pun rasa perbuatan Aisy terhadap Kai tak patut di buat. Bukannya dia tak tahu perangai Kai memang macam tu. Kepala gila.
Aisy mengeluh. Kai dan Xavier takda. Siapa yang nak buat kerja kalau kedua-dua orang pentingnya itu tiada. Salah dia juga. Mulut tak reti nak tapis. Kan dah dapat..
Malam menjelma. Kai memandang bulan yang bersinar indah. Hanya itu saja cara untuk dia menenangkan fikirannya yang serabut. Serabut dengan masalah dunia.
Mungkin lebih baik dia berjauhan dulu dengan Aisy."Huh. Kalau aku duduk sana pun tak abih-abih kena bahan. Buat sakit hati je. Apa dia ingat aku ni benda ke takda hati dan perasaan?" dia bermonolog sendiri.
Telefon yang berada di atas meja di tenung. Dia menggapai telefon itu lalu keluar dari bilik hotel yang didudukinya.
"Rafiq. Kau datang sini boleh?."
"Kai? Kau dekat mana tu?"
"Aku dekat Langkawi. "
"Wushh.. Jauhnya. Ko biar betul. Aku dekat johor kot. Takkan nak gi Langkawi sana."
"Alah kau datang je lah. Ada kereta kan. Bukannya aku suruh kau merangkak pun."
Terus talian dimatikan. Kai masuk kembali ke dalam hotel. Tanpa dia sedar ada mata yang memandang. Menyorok di sebalik dinding.
"Hishh.. Asal Kai ni. Tak pernah aku dengar dia serius macam ni. Baik aku gi sana sekarang. Tak sedap hati pulak rasa." bebel Rafiq seorang diri. Kunci kereta di capai lalu dia keluar dari rumahnya.
Elvin Aiden memandang seorang lelaki yang berada di hadapannya.
"Zack." panggilnya.
"Ya boss?" jawab Zack.
"Kau dapat apa-apa berita tentang Aisy?" soal Aiden. Risau pasal crush dia la teww..
"Selepas dia keluar dari sekolah tadi dia terus ke mansion dia yang dekat Kuala Lumpur, boss. Dan lagi satu.. Saya dapat berita yang Faydee dah muncul balik." ujar Zack.
"Hah.. Faydee.. Lama aku tak jumpa dia. Mesti dia dah tua kan? Dah tua bangka pun ada hati nak barada dalam dunia Mafia. Eh gi mampus cepatlah!" ujar Aiden. Jarinya diketuk di permukaan meja.
"Baiklah Zack. Teruskan memerhati. Kalau ada apa-apa yang kau rasa pelik, bagi tahu aku. Aku tak nak Elena Aisy terluka. Dan jika sampai tahap kau tak boleh tangani masalah tu. Biar aku sendiri yang turun padang." ujarnya. Gigi dikertap.
"Baik boss." selepas berkata, Zack terus keluar dari bilik Aiden.
Elvin Aiden menarik laci meja. Dia mengeluarkan sekeping gambar. Gambar seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sedang berpelukan.
Aiden tersengih. Perlahan-lahan dia berjalan pergi ke balkoni biliknya bersama tangan yang tergenggam gambar tadi. Dia melihat bulan sambil tersenyum.
Dia sangat sayangkan perempuan itu. Dulu dirinya sentiasa di bayangi perasaan rindu. Tapi kini perasaan itu mulai surut setelah dia melihat perempuan itu. Dia tak akan membiarkan perempuan itu berseorangan lagi.
"Aku sentiasa ada untuk kau. Walaupun kau tak tahu kewujudan aku lagi. Walaupun aku tahu kau benci kan aku. Aisy."
TBC
VOTE & COMMENT
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
AcciónAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...