A-XVIII

5.5K 285 8
                                    

  "Kau serius tak ingat kami?" soal Aeriz.

Zayn menggeleng. Dia masih kaku di atas katil.

Manakala Aiden dan Aisy pula hanya memerhati Zayn. Dahi mereka berkerut memikirkan sesuatu.

  "Memangla dia tak kenal kau." ujar Kai.

  "Sebab?"

"Sebab muka kau macam babi hilang anak. HAHAHA!" balas Kai. Botol air yang terbuka ditangannya di simbah kepada Aeriz. Namun air itu terkena Rafiq kerana Aeriz mengelak.

  "Woi. Jangan jadi budak-budak sangatlah." tegur Rafiq sambil mengibas kotnya yang terkena air.

  "Bukan memang kau budak-budak ke?" soal Aeriz. Giginya ditayang.

  "Lagipun..."

"Lagipun?"

"Lagipun yang kau pakai kot tebal masa musim panas ni kenapa? Siapa ajar?" Aeriz menutup mulut tahan gelak.

  "HAHAHAHA!" Kai ketawa. Peraturan di hospital tidak di endahkan lagi.

  "Wey. Jangan kuat sangat gelak tu." tegur Aisy. Aiden pula hanya diam.

  "Alah. Hospital aku. Bukan kau." ujar Kai selamba.

Aiden menekup muka apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Kai.

  "Eh dia ni karang." jelingan maut diberikan kepada Kai.

  "Zayn. Kau kenal aku?" soal Kai sambil jari telunjuknya menuding dadanya.

  "Muka kau macam..." jawab Zayn.

  "Macam apa?

"Macam ayam berak kapur."

   "HAHAHAHAHAHA!"

Kali ini Aiden pun tergelak. Aisy menekup muka.

  "Kurang ajar kau Zayn!" jerit Kai.

  "Lagipun memang betul apa yang dia cakap tu. Asal nengok muka kau je tak tenang dunia aku." ujar Aeriz.

  "Aeriz." tegur Aisy. Matanya menjeling lelaki itu bagaikan memberi isyarat supaya diam.

  "Wey Aisy. Aku nak keluar jap beli air." ujar Rafiq.

  "Keluar ah. Jangan lama sangat. Hilang aku taknak tanggung."

  "Eleh kau. Xavier dengan Hariz yang tak tahu kemana hilang tu pun susah nak cari." selepas berkata Rafiq terus berjalan keluar dari bilik tersebut.

  Suasana menjadi sunyi. Masing-masing memandang Zayn.

  "Kau cakap dengan aku betul-betul. Kau memang hilang ingatan ke.. Kau buat-buat hilang ingatan?" soal Aisy.

Aiden, Aeriz dan juga Kai memandang Zayn.

  "Apa korang ni? Aku tak kenal korang lah. Aku tak tipu." kata Zayn.

  "Kau tak payah nak menipu aku la.. Kau tak hilang ingatan pun kan?" ujar Aeriz pula.

  "Memang dia tak hilang ingatan."

Semua memandang sang empunya suara yang berada di sebelah Aisy.

  "Eh Bella. Bila masa kau masuk?" soal Zayn.

  "Ha kan betul. Dia bukan hilang ingatan pun." ujar Bella sambil berjalan menghampiri katil Zayn.

  "He he he.." Zayn tersengih menampakkan giginya.

Pang!
Pak!

  "Aduh.. Sakit la bangang." Zayn mengaduh. Pipi dan kepalanya digosok.

AISY : Queen Of MafiaWhere stories live. Discover now