Suasana di kelas tingkatan 5 Daisy sungguh meriah. Apa taknya, cikgu tak masuk. Memang suka la diorang menyetan.
"Woi! Bodoh Aisy kau buat jadah ape tu?" Rafiq memerhati tingkah laku Aisy yang sedang mencurahkan gam di atas sebuah kerusi.
" Apa kau ni? Bising la.. Lantak aku la nak buat apa pun," ujar Aisy dengan nada menyampah.
"Masalahnya tu kerusi Aiden. Karang dia mengamuk siapa yang susah? Kau jugak kan?" Rafiq menjeling sepupunya itu.
"Erkk.. Apesal aku pulak?" Muka bangang di tayangkan ke arah Rafiq sambil tangannya masih lagi sibuk mencurah gam.
"Dah kau yang buat. Huh payah la kalau cakap dengan kau ni. Dengan aku sekali jadi bengong," ujar Rafiq.
"Shhh diam. Tak payah cakap. Kah kah kah." Aisy tergelak.
"Eh Rafiq. Mana Aiden? Beg dia ada sini. Orangnya mana?" soal Aisy. Keningnya jelas terangkat.
"Yang kau busy tanya pasal dia ni kenapa? Suka Aiden la tu," balas Rafiq sambil bibirnya menarik sengih sinis.
"Otak kau. Aku pelik la. Pagi tadi aku masuk sekolah aku nampak kereta dia dah ada kat garaj. Awal gila dia datang. Pastu cikgu pulak tetiba ada mesyuarat. Bukannya cikgu je hilang, dengan Aiden sekali hilang." Gam ditutup lalu di masukkan ke dalam meja Aiden.
"Entah la weyy.. aku pun tak tahu. Ade la tu hal dia dengan cikgu-cikgu. Dia kan idola sekolah ni.. Bluerkk!" Rafiq berpura-pura muntah.
"Hahaha siot." Aisy tergelak melihat telatah Rafiq.
Aisy memerhati tingkah laku pelajar yang lain. Macam-macam gaya ada, yang tidur, yang kuat menyakat, yang suruh orang lain senyap pun ada. Tapi tu la, tak dilayan. HAHAHAHAHA.
Aisy kembali memandang Rafiq.
Rafiq yang sedar akan pandangan Aisy hanya mengangkat sebelah keningnya.
"Aku bosan la. Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa cari aku tau." Aisy menggalas begnya sebelah.
Kot sekolahnya dibetulkan lalu dia melangkah melepasi pelajar lain untuk ke pintu hadapan kelas.
"Oii! Kau nak kemana?" jerit Rafiq ke arah Aisy.
Aisy berpusing lalu memandang Rafiq.
"Dalam sekolah je.. Bukannya aku nak keluar sekolah pun," balas Aisy sambil kembali memusingkan badannya ke depan.
Kakinya kembali melangkah melepasi pintu kelas. Pandangan warga tingkatan 5 Daisy yang memandangnya tidak dilayan. Tetapi bibirnya yang tersembunyi disebalik mask melakarkan senyuman.
Aiden memasuki bilik mesyuarat sekolah dengan tenang. Dia hanya menganggukkan kepala kepada pengetua dan guru-guru yang berada di dalam bilik itu.
"Jemput duduk Aiden," pelawa seorang guru lelaki.
Aiden melihat tag nama yang tersemat di dada kiri lelaki itu. James namanya.
'Eh what? James? James Bond ke? Dia ni melayu ke orang putih? Ke melayu celup? Hahahahaha. Tak sangka aku dapat jumpa James Bond kat sekolah ni,' monolog Aiden dalam hati.
Kuajo. Mengutuk orang memang kau la yang number one, Aiden woii...
"Eleh.. Kata ke aku. Entah-entah kau pun sama author tak guna."
Ape kau kata? Aku mampuskan kau karang nak? **mengamuk**
"Arr sudah la kau.. Blah blah. Menyemak je. Aku ada meeting ni."
YOU ARE READING
AISY : Queen Of Mafia
ActionAisy. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Ganas. Yess. Dia ganas. Kemana dia pergi, revolver mesti dibawa bersama. Siapa yang buat hal dengan dia pasti akan mendapat balasan. "Berapa kali aku nak pesan? Jangan cari pasal dengan aku kalau taknak kepala kau...