①⑥ ─ ᴬᴳᴬᴵᴺ

343 42 3
                                    

" Hyura ! Jalan kira dia sama tapi aku tukar soalan je .. Tak kan itu pun tak boleh buat ?" Kata Felix sambil menepuk dahinya. Mereka kini di dalam perpustakaan. Waktu rehat macam biasa perpustakaan penuh dengan budak rajin belajar je.

" Aku bukan lah budak pandai macam kau .. Jadi baik kau ajar aku lagi sekali macam mana nak buat sebab aku tak faham " kata Hyura . Felix menarik nafas panjang sebelum mula menerangkan semula.

" Ah begitu ~ " kata Hyura selepas kali ke 7 Felix terangkan. Felix menggelengkan kepalanya dan memaparkan wajah ' seriously ' tapi di dalam hati berkebun bunga sudah kerana sikap Hyura yang comel ketika tidak faham akan sesuatu.

"Serious kau faham ? " soal Felix untuk kepastian. Hyura terdiam .

" Sebenarnya .. " Felix mengeluh ketika Hyura melafazkan kata-kata itu. Berapa kali aku nak kena terangkan baru dia faham ?

" Hahah , aku dah faham lah " kata Hyura lalu tergelak kerana melihat riak wajah Felix tadi. Pasrah giler muka mamat tu .. tawa hati Hyura.

" Aku akan cuba ajar kau sampai kau faham semua topik dalam buku ni .. And aku tahu ia memerlukan jangka masa yang lama jadi , aku akan ada kan kelas tambahan di rumah kau !"  Kata Felix sambil tersenyum nakal.

" Egh kenapa kat rumah aku ?" dengan nada membantah , Hyura menutur katanya.

" Aku tutor kau jadi suka hati aku lah nak buat kat mana ~ " mulut saja kata begitu tapi hati. Sebab aku nak pikat hati mak ayah kau lah ! Hanya Felix yang tahu .

Sewaktu dengan itu , Heeyoung sedang melihat makanan di kafeteria . Sedang matanya sebok meneliti makanan seseorang yang datang dari arah bententangan bersama air pun sebok memandang ke bawah.

" SPLASH "

bunyi tumpahan air budak itu . Heeyoung adalah mangsa penumpahan air tadi. Habis basah skirtnya. Heeyoung melihat wajah budak itu.

" Awak okay ? Eh awak .. Sape tu .. Aduhh.. " Heeyoung berhenti seketika untuk mengingati nama budak itu.

" Ha awak Jeongin kan ? Budak yang tumpah kan air dekat saya semalam. "
Kata Heeyoung dengan teruja kerana dapat mengingati nama Jeongin. Disebabkan nadanya yang teruja telah mengambil perhatian orang sekitar, Jeongin segera menarik Heeyoung ke tempat lain.

" Saya minta maaf . My bad for being clumsy . " kata Jeongin sambil mengeluarkan tisu basah dari pocketnya.

Dia menghulurkan tisu itu kepada Heeyoung. Tak nak lagi di tuduh cuba meraba gadis itu.

" Nah it's okay . Btw , nama saya Heeyoung . " kata Heeyoung sambil menggosokkan tisu basah itu ke skirt.

" Thanks sebab tolong saya . Btw awak ni cute ~ "  Kata Heeyoung selepas kainnya sedikit bersih . Heeyoung tergelak kecil apabila melihat pipi Jeongin berubah warna.

" Uhmm ... Saya pergi dulu. " kata Jeongin lalu cepat-cepat beredar dari situ.

Dalam masa yang sama Kyungchae dengan lajunya ke arah kafeteria kerana hampir kebulur dalam kelas sainsnya tadi kerana skip breakfast semata-mata untuk menjalan rancangannya pagi  tadi.

" Aduh lapar  , lapar .. " kata Chae tiba dia berhenti kerana ternampak susuk tubuh Hyunjin . Habis lah aku .. Detik hati Chae apabila dia ternampak lelaki itu ke arahnya. Lelaki itu tampak berlari ke arahnya.

" Debush " bahu Hyunjin terlanggar Chae . Namun Hyunjin hanya menoleh ke belakang sekejap sambil terus berlari.

Chae terkaku di situ. Aku ingat dia nak tumbuk aku ke , marah aku ke tapi langgar je ? Chae baru saja hendak beredar dari situ tetapi laju saja matanya melihat sesuatu di lantai.

" Dompet ? " Chae mengambil dompet itu dan membukanya.

Waktu rehat Mint juga agak bising di sebabkan dua lelaki yang tak habis-habis bertengkar dari dalam bilik rawatan lagi.

" Ni semua salah kau , kalau kau bagi aku je sapu ubat takda lah nurse tu halau kita " kata Han kepada Seungmin.

" Hek eleh , salah kau jugak " kata Seungmin sambil menjeling ke arah Han.

" Dah lah tu .. Nurse tu dah sapu kan ubat dah .. Aku dah okay , tak payah gaduh. Aku lapar ni .. " kata Mint sambil menepuk bahu Seungmin dan Han.

" Biar aku pergi beli " Han menawarkan diri . Aku tersenyum gembira.

" Thanks Han. Beli kan untuk Seung sekali " kata Mint . Seungmin mengangguk .

" Kau tak nak ikut aku ?" Tanya Han kepada Seungmin. Dan Seungmin menggelengkan kepalanya. Eik pelik .. Detik hati Mint. Ialah biasanya Seungmin akan ikut Han kemana saja.

" Aku nak teman Mint " kata Seungmin sambil meletakkan tangannya ke bahu Mint. Malu .. Perasaan yang menyelebungi gadis itu. Sempat Mint nampak Han menjeling ke arah Seungmin lalu beredar mendapatkan  makanan.

" Seung .. Kenapa kau nampak pelik hari ni ?" Tanya Mint kepada kawan baiknya .

" Pelik macam mana tu ?" Soal Seungmin balik mendatangkan keluhan kecil dari mulut gadis itu.

" Yelah , biasanya kau nak berkepit je degan Han. Kenapa hari ni kau tak ? " sekali-sekala gadis itu melihat mata Seungmin.

" Kan ta- tadi kitaorang gaduh .. Sebab tu lah !" Kata Seungmin sambil tersenyum janggal.

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now