³ ─ ᴮᵁᴸᴸᵞ

637 58 0
                                    

Pada pagi yang sama, Kyungchae hadir awal ke sekolah untuk belajar. Dia sudah berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah barunya itu. Namun...Dia terdengar tangisan seorang perempuan. Dia menghendap di belakang dinding dan melihat gerangan tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati gadis yang menangis itu sebenarnya sedang dibuli oleh sekumpulan geng perempuan. Tangan Chae mula mengepal. Dia berjalan penuh konfiden ke arah mereka. Tanpa teragak-agak, tangannya dihayun ke muka perempuan yang membuli itu.

Semua ahlinya terkejut. Termasuk yang dibuli.

Pembuli itu memegang pipinya. "K-kau..."

Belum sempat perempuan itu membalas serangan Kyungchae, Chae sudah pantas menepis dan memberi tendangan di perut gadis itu.

"Aku paling meluat dengan pembuli macam kau ni."

Usai menuturkan kata seperti di dalam drama, dia mengangkat gadis yang dibuli itu dan membawanya ke bilik rawatan yang ditunjuk oleh mangsa buli itu sendiri. Chae membantu merawat luka gadis itu dengan penuh perhatian. Setiap kali gadis itu mendengus kesakitan, pasti tangannya akan berhenti menyapu ubat untuk memastikan gadis itu baik-baik sahaja.

"S-saya minta maaf sebab libatkan awak dalam hal ni..." gadis itu memulakan perbualan dengan suara yang lemah.

Chae mengangkat kening, keliru. "Kenapa pula? Saya libatkan diri saya dengan kerelaan saya sendiri. Awak jangan risau. Lagipun saya memang benci pembuli."

Gadis itu tersenyum. "Nama saya Ko Woohee."

"Park Kyungchae. Anyways, budak perempuan yang saya lempang itu siapa namanya?"

"Won Haejoo. Dia ketua geng itu. Kalau awak nak tahu...Diorang buli budak nerd macam saya.." Luah Woohee.

Kyungchae hanya memberi senyuman suam. "Kalau ada apa-apa, awak beritahu je saya."

Dengan itu, Chae berlalu keluar dari bilik rawatan. Belum sempat dia memasuki kelas, dirinya didatangi seorang guru yang kelihatan tegas. Berpakaian segak dan bercermin mata.

"Park Kyungchae, ikut saya ke bilik pengetua."

Chae tergamam. Apakah?

Hatinya berdegup kencang. Dia taknak kisah silamnya berulang. Bukan untuk kali ini! Lagipun, dia dah janji untuk jadi budak baik. Adakah sesiapa terlihat kejadian pagi tadi??

Pelbagai kemungkinan berlegar di mindanya sepanjang jalan ke bilik pengetua. Semua tekaannya tepat.

"Saya diberitahu yang kamu telah membuli pelajar kami, Won Haejoo. Kami beri kamu satu lagi peluang untuk jalani hidup kamu sebagai budak Sekolah Menengah Seoul Art. Sia-siakannya dan kamu akan kami tendang dari sekolah ini." ujar pengetua panjang lebar. Chae hanya mendengarkan kata-katanya.

Dia berasa lega kerana diberi peluang.

Usai mendapat ceramah daripada pengetua, dia meminta izin untuk beredar. Sebaik sahaja keluar, terdapat seorang lelaki yang bersandar di balik dinding membuatkannya terkejut.

Lelaki itu hanya memberikan jelingan maut kepada Chae dan berlalu pergi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now