Kyungchae mengeluh apabila apa yang diberitahu oleh cikgu, langsung tidak difahami langsung. Ini semua sebab kena panggil dengan pengetua. Heeyoung yang perasan akan muka pasrah Chae, menapak ke arah gadis itu.
"Awak ada masalah ke?" tegur Heeyoung dengan nada bimbang.
Chae tersenyum kelat seketika. "Takde pape pun. Cuma kurang faham dengan apa yang cikgu cakap."
"Oh," Heeyoung bergegas ke tempat duduknya untuk mencapai suatu buku yang misteri lalu menuju ke arah Chae kembali, "Nah, ini buku nota saya. Saya harap awak faham isinya. Apa yang cikgu cakap tadi semua saya salin."
Mata Kyungchae bersinar-sinar seperti baru melihat emas setongkol.
"Terima kasih!"
Heeyoung tersenyum manis dan kemudiannya beredar untuk ke kafeteria. Chae menghela nafas lega. Ada juga yang nak bantunya. Sewaktu perjalanannya ke kelas, budak perempuan yang dipukulnya pagi tadi datang kepadanya dengan wajah sinis.
"Heh, aku dengar kau kena panggil dengan pengetua? Pfft. Kesiaㅡ"
Belum sempat gadis itu menghabiskan katanya, satu tumbukan sudah dihadiahkan ke mukanya. Habis darah mengalir daripada hidung. Pada masa yang sama, lelaki yang Chae jumpa pada pagi itu, yang jeling kepadanya muncul di tempat kejadian.
Dia memandang Chae dengan bengis. "Kau ni dah kenapa?! Dah rasa hebat ke nak buli orang?!"
"Buli?? Aku yang buli dia?" Chae tergelak antara ayatnya, "Dia yang cari pasal dulu. Kalau dia tak buli kawan aku pagi tadi, muka dia pun masih cantik!"
"Kau maybe tak kena tumbuk dengan dia, tapi bagi aku, kaulah paling hodoh di mata aku." bidas Hyunjin.
Ouch.
Chae cuba berlakon tenang. "Kau siapa nak menilai? Tuan pun mata empat! Pfft. Ada hati nak kutuk aku."
Kedua-duanya bertukar jelingan maut antara satu sama lain.
Sementara itu, Mint dan Seungmin sudah bersedia untuk pergi rehat bersama seperti selalu. Apabila melihatkan Han, Seungmin tidak dapat menahan rasa terujanya untuk mengajak lelaki itu rehat bersama maka Han pun diajak. Mereka bertiga menuju ke kafeteria bersama.
Sedang mereka berjalan dan berborak, Mint terganggu dengan bunyi bising yang datang dari seorang lelaki dan seorang gadis di koridor.
"Apa bendaaaa la diorang tu" ujar Mint, sedikit terasa jengkel.
Mata Seungmin sudah membulat tatkala melihat gerangan yang dikenali. "Eh itu Hyunjin. Tak pernah pulak aku nampak dia meninggikan suara dengan orang."
Han yang merupakan budak baru di sekolah itu hanya memandang Hyunjin dan seorang gadis yang tidak dikenali kerana gadis itu membelakangi mereka. Lagipun, dia sebenarnya malas nak campur urusan orang lain.
"Dahlah, jom rehat. Aku dah laparr!" rungut Mint. Kemudiannya, mereka pergi rehat bersama menikmati juadah di kafeteria.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanficKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...