⑪ ─ ᴴᴵᴳᴴᴸᴵᴳᴴᵀˢ

412 44 3
                                    

Mulut Heeyoung ternganga sedikit melihatkan betapa 'extra' majlis prom kali ini. Daripada makanan, dancing floor, DJ, waiters dan sebagainya. Tanpa teragak-agak, kakinya meluru ke arah makanan tetapi belum sempat sampai ke sana, badannya bersatu dengan seseorang.

"Uh-oh!" latah seorang lelaki yang melanggar Heeyoung. Tanpa berfikir, dia mengambil tisunya daripada poket bajunya dan mengelap air yang tumpah pada baju Heeyoung. Tapi apabila Changbin melihat perbuatan lelaki itu, terus dia menolak lelaki itu kerana menganggap lelaki itu cuba meraba Heeyoung kerana kebetulan air itu tumpah di bahagian berdekatan dada.

"Chang! Awak buat apa ni?!" marah Heeyoung.

"Aku buat apa? Kau tu yang dah kenapa?! Senang sangat bagi lelaki tu sentuh kau!" tengking Chang membuatkan sesetengah pelajar memandang mereka. Lelaki yang melanggar Heeyoung itu mula rasa bersalah dan hanya berdiam diri.

Minho kemudiannya muncul. "Cukup, Changbin. Jeongin tak sengaja."

Jeongin yang sudah menundukkan kepala itu dibawa pergi bersama Minho. Heeyoung memandang Jeongin berlalu pergi. Keluhan dilepaskan daripada bibirnya yang berwarna merah jambu itu.

"Kalau dia berniat pun, awak kesah apa? Kita dah tamat, Chang. Jangan awak kacau hidup saya lagi." ujar Heeyoung, tangannya sedikit menggigil kerana kemarahan dan kesedihan yang tidak dapat dikawal.

"Heh, bunyi macan perempuan yang pernah cium kawan dia sendiri."

Pang!

Satu tamparan dihadiahkan ke muka Changbin yang mulus.

Usai itu, dia menapak pergi.

Manakala di bahagian dancing floor pula, gigih Han mencari Mint dan apabila matanya sudah menangkap kelibat gadis itu, dia menuju ke arahnya. "Awak nampak cantik"

Pujiannya membuatkan pipi Mint merah sedikit.

"Oh, korang kat sini rupanya~" kata Seungmin.

Dia pun melilit tangannya pada Han. Senyuman penuh makna diberi kepada Han. "Jom menari!"

Belum sempat Han memprotes, dirinya sudah ditarik oleh Seungmin. Mint hanya tergelak kecil melihatkan riak muka Han yang meminta tolong daripadanya.

'Seungmin, Seungmin' Mint menggeleng kepalanya.

Dia membuat keputusan untuk duduk sahaja di tepi, kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Ramai yang nak menari dengannya tapi dia memberikan bermacam alasan. Entah kenapa, moodnya agak hampeh kerana Seungmin langsung tidak memandangnya.

Sedang dia melihat pasangan-pasangan yang menari, matanya tertarik dengan pasangan yang kelihatan agak kaya dan mewah. Kedua-duanya bagai pinang dibelah dua. Secocok gila. Tapi, apa yang merisaukannya ialah, dia perasan yang gadis itu mengalami masalah dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya. Kaki gadis itu seperti warna bunga mawar merah sudah.

Tiba-tiba, gadis yang diperhatinya hampir terjatuh namun, nasib baik lelaki itu sempat menyambut. 'Aduhh, macam drama pulak' getus hati Mint.

Dengan segera lelaki itu mengangkat gadis itu mengundang sorakan daripada orang lain. Gadis itu diletakkan di sebelah Mint.

"Kenapa tak cakap yang kaki kau sakit?" bebel lelaki itu. Apabila Mint memperhatikan dengan lebih dekat...itu FELIX!

Oh. My. Gahd.

"Macam mana nak cakap! Datang sini terus tarik pergi menari. Haih.." rungut gadis itu sambil mengurut kakinya yang 'terpeleot' itu.

"Tunggu sini, aku bawakkan kasut lain." ujar Felix lalu beredar.

Mint mengambil peluang ini untuk berbual dengan gadis itu. Dia terpegun kerana sudah lama tak nampak Felix sayang akan seorang perempuan ni.

"Um..Hai. Nama saya Minhee. Panggil Mint!" kata Mint tersenyum.

Hyura menghadiahkan senyuman suam kembali kepada Mint. "Nama unnie, Hyura. Unnie kenal kamu. Sape je la yang tak kenal budak femes sekolah Seoul Art kan"

Mint malu-malu kejap.

"Dah lama ke unnie bercinta dengan Felix?" soal Mint. Pertanyaan itu membuatkan Hyura tersedak kejap.

"Eh..takdelah. Kitorang takde hubungan apa-apa pun."

"Tapi Mint boleh tahan kenal Felix tu..Dia bukan jenis kaki perempuan."

Hyura hanya mengangkat bahu. Betul, Felix memang sangat baik. Tapi dia tak boleh pentingkan lelaki berbanding pelajaran.

Sementara itu, Kyungchae yang baru sahaja menampilkan diri di dalam majlis itu terus meluru ke arah makanan. Selain markah, tujuannya hadir juga adalah sebab makanan.

Sedang dia sibuk menjamah semua jenis makanan, seseorang lelaki menegurnya. "Kau ni dah sebulan ke tak makan?"

Lelaki itu merupakan lelaki yang dia hampir langgar tadi! Dia berhenti mengunyah.

"Kau! Kau okey ke? Ada luka tak?"

Sikap caring yang ditunjukkan itu membuatkan lelaki itu ragu-ragu. Takkanlah tak cam aku?

"Hyunjin!" panggil seorang rakannya berambut blonde.

Melihatkan Hyunjin yang langsung tidak membalas soalannya, Chae biarkan sahaja dan terus makan.

"Kau cakap apa ngan awek tu?" soal rakan Hyunjin dalam nada berbisik. Hyunjin memberikan jelingan kepada rakannya. Gatal je.

"Tu, makan banyak gila." ujar Hyunjin sambil menyilangkan tangan ke dada. Memandangkan mereka berdiri agak jauh daripada Chae, maka gadis itu tidak dapat mendengar. Tambahan pula dengan dentuman muzik yang kuat.

"Siyes la? Tapi aku tengok dia cakap okei je dengan kau."

"Mungkin dia tak perasan aku...tanpa spek mata."

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now