Kenyang membuntal, Chae pun mencari tempat yang agak sunyi daripada kawasan orang ramai. Dia ternampak satu tempat duduk yang agak terpinggir. Walau bagaimanapun, sudah terdapat tiga orang yang duduk di situ. Malas untuk mengambil kira, dia menuju ke situ dan duduk di sebelah perempuan bergaun coklat muda iaitu budak sekelas dia.
“Saya suka fashion style awak.” puji gadis itu sebaik sahaja dia duduk situ.
“Terima kasih. Awak pun apa kurangnya. Nampak sangat feminin.” puji Chae balik.
“Saya lupa nak tanya nama awak. Saya Chae, awak?” soal Chae lagi.
“Saya Heeyoung. Panggil je Hee.” ujar Heeyoung mesra. Mereka dia berborak penuh mesra sehinggalah ada seorang perempuan menyampuk perbualan mereka.
“Unnie, ini siapa?” tanya Mint kepada Heeyoung mengenai Chae.
“Ini Chae, kawan sekelas unnie.” Heeyoung perkenalkan. Chae pula tersenyum suam kepada Mint. Hyura yang duduk di sebelah Mint hanya mendengarkan perbualan mereka bertiga.
“Oh, by the way! Ini Hyura, senior kita semua.” Kata Mint lalu menyambung lagi, “Unnie, ini Heeyoung, senior Mint dan seatmate dalam bas dan ini Chae, senior yang Mint baru kenal.”
“Wahh, cantik pakaian awak!” puji Heeyoung kepada Hyura pula kali ini. Hyura hanya senyum menampakkan lesung pipitnya yang manis.
“Unnie nak tahu tak...Gaun tu, Felix yang bagi!!” gosip Mint membuatkan Heeyoung membulat matanya.
“Hebatlah!” ujar Heeyoung.
Manakala Chae yang tidak tahu apa-apa hanya dengarkan saja.
Perasan dengan kesunyian Chae, Mint menegur. “Chae unnie, Mint jarang nampak unnie. Unnie budak baru ke?”
Chae mengangguk tanda ya.
Belum sempat giliran Hyura untuk bertanya, sebuah lagu dipasang membuatkan keempat-empat gadis itu teruja terutama Heeyoung. Gadis itu terus berdiri membuatkan Chae, Mint dan Hyura tergelak kecil. Tak lama selepas itu, Hyura turut berdiri.
Tercabar, Mint dan Chae segera mengikut. Mereka berempat menyanyi bersama. Sampai di bahagian korus, mereka menari keriangan.
“BOOMBAYAH!" serentak mereka berempat menyanyi.
Mint dan Hyura tergelak melihatkan telatah masing-masing. Tak sangka mereka mempunyai minat lagu yang sama. Tanpa mereka sedar, terdapat beberapa mata yang sedang memerhatikan mereka.
“Wah, tak pernah aku nampak Mint riang dengan perempuan lain.” kata Seungmin, matanya bersinar. Han pula tergelak kecil melihatkan gadis itu. Sungguh comel.
Felix yang baru sahaja hendak memberikan kasut baru, berhenti sekejap. Dia tersenyum. Hyura nampak sangat bahagia apabila berada di luar bilik darjah berbanding di dalam bilik darjah.
Manakala Changbin, di sudut yang jauh, tergelak kecil tanpa sengaja. Dia terus menukar ekspresinya kepada serius apabila sedar akan perbuatan tak warasnya. Di sudut hatinya, dia tahu dia rindu side Heeyoung yang sangat ceria itu.
Sementara itu, Chan dan Hyunjin yang giat mengumpat pasal Chae tidak berkelip melihat Chae yang sibuk tergelak sambil menari dengan yang lain. Nampak sangat kebudak-budakkan berbanding semasa membuli budak di sekolah. Hyunjin hanya melihat senyuman Chae dengan tidak puas hati, 'kenapa kau boleh lagi tersenyum sedangkan kau dah buli orang?'
Pada malam itu, semua pelajar menikmati majlis itu dengan sepenuhnya. Ramai yang mabuk dan ramai juga yang akhirnya bercinta. Sangat menyeronokkan.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanficKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...