¹ ─ ᴮᴵᴼ ˢᴷᴼᴿ

1.1K 79 3
                                    

Pada awal pagi yang cerah, bunyi di dapur kian kedengaran dan bunyi tidak lain tidak bukan. Pastilah daripada dia, bernama Kim Hyura. Sudah menjadi rutin bagi gadis ini untuk menolong emaknya menyediakan sarapan bagi adik-beradiknya yang lain. Al-maklumlah, satu-satunya anak perempuan.

Usai menyediakan makanan, gadis itu memakan beberapa keping roti sebagai sarapan dan bergegas ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, dia terserempak dengan seekor kucing yang kelihatan seperti sedang menggeledah tong sampah. Mungkin mencari makanan. Teringatkan bekal makanannya, Hyura keluarkannya dan meninggalkan seekor ikan yang dimasaknya pagi tadi di tepi kucing itu. Senyuman mula terukir di bibir tatkala melihatkan kucing itu meratah ikan itu penuh lapar.

Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke sekolah tanpa berlengah. Sampai sahaja di pintu gerbang sekolah, dia terdengar sorakan dan jeritan yang melaungkan nama seseorang yang tidak dikenali. Seriously? Pagi-pagi buta lagi? bisik hatinya.

Malas mengendahkan kerenah pelajar perempuan di sekolah itu, kakinya terus ke dalam bangunan sekolah untuk menuntut ilmu. Ya, itulah matlamat yang ditaruh kepadanya oleh kedua ibu bapanya. Mesti menjadi terbaik antara yang baik.

"Weh ya ampun, hensemnya Felix harini! Memanglah selalu hensem tapi kau tengok tak tadi? First time, dia senyum!" kata seorang gadis yang sedang berbual dengan rakannya.

Hyura yang terdengar perbualan mereka, hanya berdiam. Dia masuk ke kelasnya iaitu subjek, Biologi.

Memandangkan kerusi di sebelahnya kosong, seseorang lelaki yang berambut oren yang baru memasuki kelas itu pun mengambil tempat duduk di sebelahnya. Hyura tidak membayar satu sen perhatian pun. Malah, satu jelingan pun dia tidak memberi. Dia hanya tertumpu dengan nota yang diberi oleh cikgu.

"Baiklah, buka buku bio-skor kamu semua..muka surat 167." beritahu cikgu.

Hyura mula menggelabah kerana dia terlupa untuk membawa buku itu. Felix yang perasan akan sikap Hyura yang seperti cacing kepanasan itu menghulurkan bukunya kepada Hyura.

Hyura terkedu.

"Cikgu tak kesah kalau aku yang tak bawak buku." kata Felix selamba sebelum Hyura cuba untuk menyoalnya. Iya, cikgu tidak kesah sekiranya Felix yang tidak membawa buku kerana dia sangat percayakan kebolehan Felix. Mana tidaknya, markah Felix sering hampir perfect. Bukan itu sahaja, Felix sebenarnya muda setahun daripada murid di dalam kelas itu tetapi dia maju ke kelas itu kerana IQ yang sangat tinggi.

'Gomawo..' bisik hati Hyura.

Sepanjang waktu belajar itu, Felix hanya merenung Hyura. Selalunya perempuan yang buat macam tu dekat dia, tapi hari ini lain pula. Dia kagum dengan semangat tinggi Hyura.

"Baiklah, kamu semua boleh rehat."

Hyura mengeluarkan keluhan lega.

"Terima kasih by the way." kata Hyura kepada Felix.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now