⑧ ─ ᴾᴿᴼᴹᴰᴬᵀᴱ

404 46 3
                                    

Muka Heeyoung sedikit muram apabila mengingatkan persoalan Prom Party yang diberitahu oleh cikgu. Dulu, Changbinlah yang akan melamar Heeyoung untuk menjadi pasangannya namun, sekarang semua berubah. Mungkin berseorangan tidaklah terlampau buruk.

“Kenapa muka monyok je ni?” soal Mint, tatkala melihat muka Heeyoung yang sudah penyek.

Heeyoung tersenyum kelat. “Um..takde papelah.”

Keliru, Mint hanya diamkan diri. Tidak mahu menanya dengan lebih lanjut. Dia faham yang sesetengah orang tak akan membuka pekung di dada dengan mudah kerana khuatir. Sama juga seperti Mint. Dia jarang memberitahu rahsianya kepada orang lain melainkan Seungmin. Itu pun tak semua.

“Mint dah ada pasangan untuk prom?” ujar Heeyoung tidak lama kemudian.

Mint hanya bermain dengan tali begnya. Jujurnya, ramai yang hantar surat ke lokernya. Al-maklumlah, budak femes. Walau bagaimanapun, dalam mindanya, mahu saja katakan Seungmin. Tapi, antara Seungmin dan dia, tak pernah ada hubungan romantis pun.

“Takde. Unnie pulak?”

“Oh, unnie pun takde.”

Perkara antara mereka sunyi seketika. Sedih dengan nasib geng alone forever.

Sampai sahaja di rumah masing-masing. Mereka bersurai. Mint disambut oleh pembantu-pembantu rumahnya. Dia hanya terus menuju ke bilik. Penat seharian bersekolah. Sedang dia berguling di atas katil, bunyi mesej berdering di telefon pintarnya.

From: Unknown.
Hai.

To: Unknown.
Sape ni?

From: Unknown.
Cinta.

To: Unknown.
Tak pyh nk mengade. Seungmin, ni no. baru kau ke !1!

From: Unknown.
Ini Han lah. 😆

Malu sekejap Mint.

To: Unknown.
Hah, kau nk ap? Seung ke bgi no. aku kat kau ke?

From: Unknown.
Sape lgi klau bukan bff kau

To: Unknown.
Ha, iyelah. Ap kau nk?

From: Unknown.
Psl prom date...kau dh ad psgn ke?

To: Unknown.
Blum.

From: Unknown.
Jdi psgn aku?

To: Han.
K.

Sementara itu, Han di rumahnya sudah bersorak bagai nak pecah rumah.

“Han!! Apa kamu buat ni?!? Terkejut omma tau!!” bebel omma Han apabila Han secara tiba-tiba melaung kegembiraan.

Di perkarangan rumah Heeyoung,

Gadis itu sibuk membelek dress-dress nya. 'Haih...esok kena cari dress ni. Banyak yang dah pakai dalam almari ni.'

Maka pada malam itu, Heeyoung bergegas ke katil untuk tidur. Memandangkan esok cuti minggu, bolehlah dia mengambil masa untuk membeli gaun kesukaannya. Walaupun dia sudah berbaring di atas katil, matanya masih tidak mahu lelap.

Memori bersama Changbin mula berlegar di fikirannya.

“Will you be my prom date?”

Heeyoung tersenyum kelat. Air mata mula bertakung. Dia cuba untuk kuat. Ya, semua ni berlaku pasti bersebab.

Changbin tak layak untuk Heeyoung

Dia tidak percayakannya!

Pada malam itu, bantal Heeyoung habis basah. Tangisan yang dia tahan, habis dilepaskan sekuat-kuatnya kerana merindui lelaki yang pernah membawa pelangi ke dalam hidupnya. Kenapa, Changbin? Kenapa mesti tinggalkan Youngie? Minho, aku ingat kita kawan?

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now