②② ─ ᴾᴼᴺᵀᴱᴺᴳ

319 43 11
                                    

Pada pagi ini , Kyungchae berniat untuk memonteng sekolah apabila neneknya memberitahu yang ada surat dari emak dan ayahnya. Memamg selalunya begitu , jika surat dari keluarganya yang jauh sampai ke korea memang hari itu akan jadi cuti umum bagi Chae.

" Nenek , Chae pergi keluar ambil angin seperti biasa ye .. " Chae meminta izin sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya .

Chae keluar dari rumah lalu menuju ke arah motorbikenya. Dia terus membonceng laju motosikal. Chae berhenti di hadapan kedai pet shop.

" Wah !" Bunyi teruja yang di buat oleh Chae sebaik saja dia masuk ke dalam pet shop itu. Dia di sapa oleh pelayan di kedai itu. Tak sampai beberapa saat pintu kedai itu di buka sekali lagi. Tetapi Chae tidak mengendahkan kerana terlalu banyak haiwan di situ dan mereka semua comel.

" Chae ? Apa kau buat kat sini ? " soal suara yang dia kenali. Habis kecut perut Chae apabila dia ingat dia sudah ditangkap ponteng.Jadi cepat-cepat dia bangun dan menghadap tuan punya suara.

" Ah kau rupanya Chan .. Aku kat sini sebab ini cuti umum aku. Kau tu buat apa kat sini ? " kata  Chae sebelum mula melayan seekor anjing yang sangat comel.

" What ? Cuti umum kau ? By the way aku terbangun lambat jadi aku tak pergi sekolah. " kata Bang Chan.

" Ouh. Semalam aku dapat surat dari keluarga aku yang jauh dekat Jepun. " tanpa Chae sendiri sedar disedang bercerita pasal keluarganya pada Chan. Entah selesa saja gadis itu meluahkan isi hatinya pada lelaki itu. Mungkin dia rasa vibe yang baik pada Chan.

" Kenapa kau ada kat sini kalau keluarga kau dekat Jepun ? Kau tinggal dengan siapa ?"  Soal Bang Chan.

" Aku ada kat sini sebab keluarga aku yang hantar aku duduk sini. Sebab dulu aku membuli pembuli . Aku memang tak suka tengok pembuli . Di sebabkan itu reputasi aku kat sekolah di Jepun teruk dan mak ayah aku terus hantar aku kat sini duduk dengan nenek aku." kata Chae kepada Chan sambil membelai anjing yang dia pegang sejak dari tadi.

" So itulah sebab kau membuli pembuli. Ni mesti sebab kau dengar cakap nenek kau je tulah mereka hantar kau kat dia " kata Bang Chan yang meneka dengan tepat .

" Ha pandai !" Kata Chae . Selepas itu mereka mula bermain dengan anjing itu. Bang Chan nampak yang Chae suka pada anjing spesis itu lebih daripada anjing-anjing lain.

" Kalau kau suka anjing tu . Ambil lah , aku belanja. " kata Bang Chan.

" Eh tak payah , aku suka anjing ni sebab .. " terkejut Chae apabila mendengar kata-kata Bang Chan.

" Sebab apa ?" Soal Bang Chan.

" Kau ingat time aku bagi dompet Hyunjin dan masa tu aku tanya pasal gambar dalam dompet tu ? " Chae mula ingin bercerita tentang dirinya lagi pada Bang Chan

" Ingat pasal kau tanya . Tapi aku tak pernah tengok gambat tu ." kata Bang Chan

" Dalam dompet tu ada gambar childhood dia dengan .... Aku "  kata Chae sambil memainkan flasback dalam mindanya.

" K-kau . So apa kena mengena dengan anjing ni ?" Bang Chan sedikit terkejut dan cuba menutupnya dengan soalan .

" Dulu kitaorang ada selamatkan seekor anjing yang macam ni pastu aku beri dia bawak balik. Tapi sekarang aku tak tahulah kalau anjing itu masih hidup atau tidak dan yang aku pasti sekarang mesti dia dah lupakan aku " Terang Chae dengan panjang lebar.

" Tak mungkin dia lupakan kau. Sebab gambar tu ada dalam dompet dia . Jangan risau aku ada nampak anjing dekat rumah dia hari tu , aku rasa anjing macam ni lah " entah kenapa terasa sakit di dada Bang Chan apabila gadis itu mahu Hyunjin mengingatinya.

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now