ˢᴾᴱᶜᴵᴬᴸ ᴱᴰᴵᵀᴵᴼᴺ

363 38 9
                                    

Happy graduate, baby.” ucap Felix, menghulurkan sejambak coklat kepada Hyura membuatkan gadis itu tersenyum lebar. Dia memeluk Felix terharu.

Happy graduate too, Yong Bok” sengaja Hyura menggunakan nama korea Felix untuk mengusik lelaki itu. Lelaki itu turut tersenyum, akhirnya mereka berdua dah tamat belajar. Tak sabar untuk Felix kahwini Hyura. Tapi itu nanti-nantilah sebab Felix dah janji dengan Hyura yang dia akan cari pekerjaan untuk sara Hyura dan bukanlah bergantung semata-mata kepada harta yang dipusakakan kepadanya.

Hyura kemudiannya meleraikan pelukan dan menyeluk kocek skirtnya. “Hyu baru dengar lagu korang! Suara Felix memang my fave part”

Terus dia pasangkan earphones yang diambil ke telinga Felix. Kedengaran lagu 'My Side'.

“Hyu tahu? Felix nyanyi lagu ni sambil teringatkan Hyu tau..” Felix berkata jujur. Telinga lelaki itu mula merah.

“Awww comel” kata Hyura lalu mencubit pipi Felix lembut. Lelaki itu memegang kedua belah tangan Hyura dan meletakkannya di pipinya.

“Sayang Hyu. Ketat-ketat.” dengan suara garaunya, Felix meluahkan. Hyura pula tersenyum. 'Hyu pun sayang Felix lebih daripada Felix sangkakan. Yong Bok, you are the light in my life and my favourite music. Always..'

☆ミ☆彡☆ミ☆彡☆ミ☆彡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

☆ミ☆彡☆ミ☆彡☆ミ☆彡


“Jeongie dah bawak semua?” tanya Heeyoung memastikan kekasihnya itu tidak terlupa. Maklumlah, dapat boyfriend clumsy. Tapi, tetap Heeyoung sayang penuh jiwa dan raga.

Jeongin mengangguk.

“Jom!” sahut Heeyoung penuh teruja. Jeongin tergelak kecil. Memandangkan sudah tiba cuti musim panas, maka mereka membuat keputusan untuk pergi ke pantai. Pada mulanya, ianya satu gurauan yang dikata oleh Heeyoung tetapi Jeongin, membuat keputusan untuk menjadikan impian Heeyoung realiti.

Begitulah ceritanya.

Sampai sahaja di pantai, Heeyoung terus berlari di atas pasir. Sengaja dia tanggalkan seliparnya untuk merasakan kehangatan dan perasaan di pantai. Jeongin menuju ke arah aweknya itu.

“Elok-elok Hee.” pesan Jeongin.

“Saya tak cuai macam awaklah!” balas Heeyoung lalu tergelak. Mereka kemudiannya berkejar-kejaran. Macam dalam cerita India lak.

Masing-masing tergelak kegirangan. Akhirnya Jeongin dapat menangkap Heeyoung, gadis itu dibawa ke pelukan lelaki itu. Walaupun umur mereka terdapat beza 1 tahun namun, Jeongin ternyata lebih besar daripada Heeyoung. Tangan Heeyoung di atas tangan Jeongin, terasa kecil sahaja.

“Hee nampak lautan tu? Itulah besarnya cinta Jeongin dekat Hee.”

Hee menepuk dada Jeongin manja. “Ada-ada je.”

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now