Keesok paginya, Hyura bangun bersama keluhan kecil. Mana taknya, hari di mana semua pelajar cuti tapi dia ada kelas bersama tutor yang lebih muda.
Dia bangun dari katil dan merenggangkan sedikit badannya sebelum pergi bersiap. Selesai bersiap dan mengaya diri, dia mengucapkan selamat tinggal kepada omma dan appa nya.
Kali ni tiada pertanyaan yang banyak daripada appa nya kerana tahu bahawa dia ingin belajar bersama Felix di rumah lelaki itu. Hanya satu yang di pesan ..
" Jangan pulang lewat " sudah di agak Hyura kerana setiap kali dia ingin keluar mesti perkara itu yang akan di pesan oleh appa nya .
Hyura melangkah ke arah alamat yang sudah di beri oleh Felix petang semalam semasa sesi pelajaran. Pelik lagi ajaib sebab semakin lama Felix mengajarnya semakin pantas dia memahami sesuatu topik itu.
Sampai saja di depan pintu mansion Felix , Hyura telah menghulurkan tangan untuk mengetuk pintu tapi belum sempat tangannya mengetuk pintu , pintu itu telah di buka oleh seorang wanita berusia 40-an. Wanita itu meminta Hyura pergi ke tingkat 2 kerana Tuan Muda hendak berjumpanya di situ kata wanita itu.
Langkah Hyura ke arah tangga yang cantik di depannya. Ini kali kedua dia ada di mansion ni tetapi masih berasa kagum . Mana tak kagum , dah lah besar ,cantik pulak tu . Kata hatinya pada diri sendiri.
Sampai saja di tingkat dua dia ternampak Felix sedang membaca sesuatu menggunakan tabletnya. Idea jahat mula terbit di minda Hyura .
Alang-alang belakang Felix yang menghadapnya apa kata kalau kita terkejutkan dia. Ketawa kecil hati Hyura sambil menghampiri lelaki itu.
" BAA─ "
" Hyura .. Umur kau lagi tua dari aku tapi perangai .. Aish " geleng Felix.
" Aduh , dia nampak " kata Hyura perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Felix.
" Untuk pengetahuan aku ada mata .. and telinga " kata Felix sambil menutup tabletnya dan bangun menghadap Hyura .
" Okay aku tahu , jom belajar " Kata Hyura sambil ke arah Felix. Felix mengangguk dan mula membuka buku Mathnya .
Setelah beberapa jam berlalu tanpa di hidang sesuatu , perut Hyura berbunyi kerana kosong. Felix memandang gadis itu seketika sebelum memanggil maidnya. Maidnya itu datang ke arah Felix dan menunduk sedikit.
" Sediakan makanan tu " kata Felix . Maidnya mengangguk kerana faham apa bila nampak tuannya mengenyitkan mata. Segera dia bereda.
" Eh tak payah lah susah-susah " kata Hyura kepada Felix. Felix menggelengkan kepalanya.
" Tak susahlah sekadar sediakan makanan untuk , everything for you " kata Felix sambil tersenyum sinis.
" Aish budak kecik ni " kata Hyura sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain selai Felix. Saja je dia senyum macam tu .. Macam tahu-tahu aje aku lemah lutut bila tengok orang senyum macam tu.
" Semuanya dah siap Tuan Muda " kata maid yang sama yang datang tadi. Perkataan semua itu di tekan membuatkan Hyura sedikit tertanya . Tapi disebabkan lapar habis semua persoalan di tepis.
" Jom " Felix menghulurknan tangannya namun Hyura hanya berjalan melepasinya dan mengikut kemana maid itu pergi. Jual mahal , i like it .
Sampai saja di taman kecil langkah Hyura terhenti. Bunga rose di sekeliling meja makan dan cantik tersusun makanan di atas meja makan. Hyura memandang muka Felix dengan riak terkejut.
" A-apa semua ni .. " kata Hyura. Felix tersenyum.
" Anggap je ini candle light lunch ? Hahah aku belanja kau makan sebab aku nampak usaha kau dalam pelajaran . Ini sebagai ganjaran lah " terang Felix. Ugh , pengecutlah kau ni ! Marah Felix pada dirinya kerana itu bukan yang dirancang untuk di cakap.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanficKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...