" Cik muda , saya dah sediakan sarapan." ujar seorang maid di kediaman Ahn. Minhee yang sedang sibuk membetulkan tali leher sekolahnya itu hanya mengangguk dan memberi isyarat supaya maid itu beredar. Usai melakukan sedemikian, dia menamatkan sentuhan terakhirnya dengan wangian 'Enchanteur'.
Pagi itu berlalu seperti kebiasaan. Bersiap untuk ke sekolah, bersarapan seorang diri dan pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Tujuan dia pergi ke sekolah dengan bas adalah untuk menjalani hidup seperti pelajar yang lain. Bersederhanalah katakan.
Selalunya dia akan duduk keseorangan dalam bas juga tetapi pada pagi itu, tidak lagi. Dia berjumpa dengan seorang senior yang sangat peramah ketika di dalam bas iaitu yang bernama Kim Heeyoung. Pada mulanya, dia berasa kekok.
Namun, setelah beberapa ketika, senior itu menegurnya.
Hai, nama saya Heeyoung" Sapanya kepada gadis yang lebih muda itu.
"Uhmm hai? Saya Minhee panggil Mint" kata gadis itu yang kelihatan sedikit dingin tapi Heeyoung pasti ada sudut yang lembut dalam hati gadis itu. Perbualan mereka mula berterusan sehinggalah sampai di sekolah.
Sampai sahaja di sekolah, kedua-dua mereka melangkah keluar dari bas. Walau bagaimanapun, peluang untuk berjalan bersama terputus apabila ramai pelajar yang menyerbu Minhee. Bayangan Heeyoung serta merta hilang daripada pandangan Minhee.
Minhee mengeluh kasar. "Mint kena pergi ke kelas ni. Kalau korang tak kesah, boleh tak bagi Mint jalan?"
Semua orang mengangguk faham dan membuat barisan dan laluan untuk pelajar kesayangan mereka itu. Mint hanya berjalan melepasi mereka. Haih...
Sewaktu sampai ke lokernya, Mint mengambil beberapa buku yang perlu untuk ke kelasnya iaitu subjek, France. Baru sahaja dia menutup loker, rakan baiknya pula yang menyerbunya.
"Weh weh weh weh, aku ada nampak sorang lelaki ni! Hot gila!~" kata Seungmin dengan nada penuh gedik dan manja. Tangannya juga tidak lepas memainkan peranan seperti mengipas-ngipas udara.
Mint hanya menepuk dahinya melihatkan telatah sahabatnya. "Aduhh, kau dengan perangai gila jantan kau."
Seungmin tergelak kecil dan menjuih bibirnya, "Alaaa kau pun tahu aku ni masih single huhu.."
"Iyelah Minnie ku sayang~ Aku sokong je apa yang sahabat comel ku ini buat." ujar Mint lalu mencuit hidung Seungmin manja. Hanya Seungmin lah satu-satunya lelaki tapi tak berapa nak lelaki yang Minhee boleh dekati. Yang lain, out of questions.
Mereka berdua kemudiannya menuju ke kelas bersama-sama. Tidak lama selepas itu, guru mereka memasuki kelas dengan seorang pelajar lelaki yang agak segak dan kacak. Semua mata pelajar perempuan automatik tertumpu pada lelaki itu. Kecuali Mint. Gadis itu terus dengan sikapnya yang suka merenung ke luar jendela sebaik sahaja memasuki kelas.
"Hari ini kamu semua ada pelajar baru. Jadi, tolong berikan kerjasama dengannya." ujar cikgu tersebut.
Han tanpa melengahkan masa memperkenalkan dirinya, "Nama saya Han Jisung. Panggil Han."
Seungmin yang baru sahaja menemui lelaki itu, mula kemerahan pipi.
"Baiklah kamu boleh duduk di sebelah Minhee." arah cikgu.
Han tanpa ragu-ragu mengambil tempat duduknya.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanficKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...