ᴴᴼᵂ ᴵᵀ ᵂᴵᴸᴸ ᴱᴺᴰ ᴸᴵᴷᴱ ᴵᶠ ᵀᴴᴱ ᴹᴬᴵᴺ ᶜᴴᴬᴿᴬᶜᵀᴱᴿˢ ᶜᴴᴼᴼˢᴱ ᵀᴴᴱ ᴼᵀᴴᴱᴿ ᴹᴬᴺ!
☆ミ☆彡☆ミ☆彡☆ミ☆彡
Pada hari yang cerah lagi bersinar, Heeyoung membuat keputusan untuk pergi ke pejabat pos untuk menghantar surat kepada keluarganya. Sudah menjadi rutin baginya untuk menghantar surat pada setiap bulan kepada keluarganya agar mereka tahu keadaan dia sekarang. Menulis surat juga menjadi salah satu hobinya dari kecil.
Surat yang ditulis dimasukkan dalam peti surat di pejabat pos. Baru sahaja dia hendak beredar, dia ternampak Changbin. Lelaki itu turut memandang ke arahnya. Senyuman kecil diberi olehnya. Cair pulak Heeyoung.
“Hee pun datang hantar surat?” soal Changbin. Heeyoung mengangguk sahaja.
“Chang pun hantar surat ke?”
Surat di tangan Changbin dihayun di depan mukanya perlahan dan dia mengangguk. “Haah”
Mata Heeyoung memandang tulisan pada surat itu. Lama juga dia tenung. Walaupun Changbin sudah turunkan tangannya, matanya masih pada surat itu.
“Hee..?” Changbin melambai tangannya di depan muka Heeyoung. Gadis itu kemudiannya kembali ke realiti. Surat di tangan Changbin dirampas.
'Memang sama..! Jadi penulis surat tu dia?' getus hati Heeyoung mengingatkan malam yang dia mabuk. Galak sahaja gadis itu menceritakan kisah itu pada Mint. Dia mula malu kerana Changbin juga turut berada di dalam bas itu. Selama ini dia tidak pernah tahu bagaimana tulisan Changbin kerana mereka tidak sekelas.
Tangan Changbin kemudian ditarik seperti menadah dan Heeyoung meletakkan surat itu di atas tangan lelaki itu kembali.
“Kenapa?”
Changbin mengangkat keningnya, hairan. Kenapa apa?
“Kenapa Chang tak pernah bagitahu yang Chang hantar Hee balik? Kenapa Chang tak bagitahu Chang yang tulis surat tu? Kenapa Chang perlu buat Hee macam ni?” pelbagai soalan keluar daripada Heeyoung seperti gunung berapi yang sudah lama menahan lavanya. Changbin terkedu.
“Chang tak yakin Hee nak bersama dengan orang yang dah lukakan hati Hee..” ujar Changbin perlahan. Mukanya kelihatan sungguh sayu. Membuatkan hati Heeyoung retak.
“Hee tak pernah sayangkan orang lain selain Chang..Hee masih tak dapat move on.” selepas mengeluarkan kata-kata itu, Heeyoung menangis sepuasnya. Tidak kira sudah yang mereka sedang berada di tempat awam.
Changbin mendakap Heeyoung. Rambut gadis itu diusap lembut.
“Chang tahu Chang silap dulu. Tapi Chang janji lepas ni, tidak akan terjadi lagi perkara ni. Jadi Hee...nak tak kita mulakan semula?”
Hee meleraikan pelukan itu. Air matanya yang membasahi pipi diusap lembut oleh Changbin. Gadis itu tersenyum kecil dan mengangguk. Changbin kemudian memberikan satu ciuman pada dahi Heeyoung sehinggalah...
“Ehem.” seorang posmen berdehem apabila mereka menghalang jalannya daripada mengumpul surat untuk dihantar. Pada masa yang sama, malu melihatkan aksi mereka.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanfictionKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...