Sewaktu perjalanan ke kelas, Heeyoung merasakan bahawa ada seseorang yang mengikutinya. Jadi dia pusingkan kepalanya. Hanya Changbin yang ada. Itu pun lelaki itu sedang pandang ke lain. Dia terus berjalan dan berjalan manakala Changbin terus membontoti langkah-langkah Heeyoung.
Gadis itu terhenti tatkala melihat kelibat Minho. Lelaki itu terkedu pada mulanya. Menyedari janjinya pada Heeyoung, cepat-cepat dia beredar dari situ. Heeyoung mula rasa bersalah.
'lepas ni saya akan pergi jauh dari hidup awak'
Minho, kau betul-betul serius ke?
Pada masa yang sama, Hyura yang baru mengetahui berita yang dianggap 'baik' oleh Felix hanya bermuka masam. 'Ugh, kenapa kena ada tutor pulak!' getus hati Hyura, kegeraman.
Dia berserah sahaja. Air liur ditelan kerana pada kali ini, kelas Matematik. Subject killer.
Apabila cikgu buka je mulut, maka yang masuk ke telinga Hyura adalah bahasa Alien yang tidak mampu difahaminya. Felix yang berada di sebelah sudah menguap kebosanan. Baginya, setiap hari belajar benda yang sama. Berbeza dengan Hyura. Gigih untuk memahami walaupun otaknya sudah mahu pecah.
“Kau okay tak?” tanya Felix tatkala melihat Hyura tersekat di soalan kelima lagi.
Maka Hyura pun memandang Felix dengan mata yang sudah berair. Di saat itu, Felix tahu, yang Hyura betul-betul perlukan pertolongan.
Sementara itu, pagi Mint kecoh apabila gadis itu terluka dan dia digesakan ke bilik rawatan di dalam pelukan Han. Segala kesakitan hilang terus bila Han angkat perempuan tu. Sumpah, dia malu kalau Han dapat rasa degupan jantung dia sekarang.
Setibanya di bilik rawatan, gadis itu diletakkan penuh lembut di atas katil. Seungmin yang turut mengekori mereka berasa bimbang.
“Kau okay tak ni, Mint?”
“Jangan risaulah, Seung. Aku kan kuat.” ujar Mint melawak.
Han pula sibuk mencari ubat di dalam almari untuk menyapu ke luka Mint.
“Meh sini aku sapukan dekat Mint.” kata Seungmin, merampas ubat dari tangan Han.
“Aku yang cari ubat tu!” bentak Han.
“Dan aku yang akan sapu.” balas Seungmin.
Mereka mula bergaduh membuatkan Mint menutup telinga. 'Kenapalah dengan diorang ni?!'
Pagi itu juga, Hyunjin mengambil keputusan untuk melepaskan Chae pergi buat masa itu kerana dia sudah terlambat untuk ke kelas. Lepas ni, memang siaplah budak kenit tu.
Semasa waktu kelas, Chae tetiba rasa cam nak pergi tandas. Maka gadis itu pun meminta izin daripada guru dan berjalan ke tandas. Dia ternampak gerangan yang seperti dikenali. Iya! Itulah lelaki yang dibonceng semalam.
Tanpa teragak-agak, Chae menapak ke arahnya. “Hai! umm, Bangang? Bangla? Bangkok? Eh...”
Lelaki itu tergelak terbahak-bahak mendengarkan nama-nama yang disenarai oleh Chae. “Tak sangka kau ni pelawak ye.”
Muka Chae merah padam.
“Aku cuma nak cakap terima kasih sebab bagi aku bonceng motor kau semalam and sebab tolong aku dengan motosikal aku.” ujar Chae, tersenyum kecil.
“Oh, pasal tu. Jangan risau. Aku suka tolong awek comel ni.” kata Chan lalu menghadiahkan satu kenyitan mata.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanficKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...