chaerry
10,763 likes. kkamihyunjin, bang.chan, hhhhyu and more also liked this post.
We've done our jobs. Do yours @heestag ! 💙
comments
kkamihyunjin 💖
hhhhyu yassss
heehee mint dah bsr 😭 (chae liked this comment)"Serius suka gambar tu!" kata Hyura tersenyum lebar.
"Harap semuanya dipermudahkan untuk Mint." kata Chae, sedikit bimbang kerana gadis itu mahu pergi berseorangan. Heeyoung dan Hyura mengangguk setuju.
"Jom pergi triple dates?" Heeyoung bercadang. Memandangkan maknae sudah pergi date ke London, Heeyoung pun rasa seperti sudah rindu kepada Jeongin. Hyura pun turut sama. Walau bagaimanapun, Chae tak boleh nak relate. Sebab dia dan Hyunjin belum tahap tu lagi dan rasanya, dia hanya obses dengan Kami.
Dengan itu, Chae hanya mengikuti mereka berdua. Lelaki-lelaki itu juga turut hadir. Felix segera menarik Hyura lembut daripada situ. Heeyoung pula memeluk Jeongin. Rindunya terubat sudah.
Chae? Teragak-agak nak hampiri Hyunjin sebab takde Kami. Diorang rapat pun sebab ada Kami. Tapi kali ni, entah kenapa Chae rasa gugup.
Hyura dan Heeyoung masing-masing telah tinggalkan gadis itu dengan Hyunjin.
Hyunjin menghampiri Chae. "Erh..." belakang lehernya digaru, terasa kekok dan malu.
"Aku tak bawak Kami hari ni..sebab Omma nak jaga." sengaja Hyunjin memberi alasan. Sebenarnya, dia nak perempuan itu tumpukan perhatian padanya.
"Kalau macam tu, kita jelah." kata Chae lalu memberi Hyunjin sebuah helmet. Lelaki itu keliru sekejap. Nak pergi mana?
"Jom." ujar Chae sambil menyarungkan helmetnya. Hyunjin pun akur sahaja. Belum sempat dia menyesuaikan dirinya, Chae terlebih dahulu menekan minyak membuatkan Hyunjin hampir tersentak ke belakang. Chae tergelak apabila dia perasan.
"Pegang jelah bahu aku kalau kau rasa nak jatuh."
Hyunjin malu-malu meletakkan tangan besarnya di bahu Chae.
Sementara itu, Felix yang gelojoh menarik Hyura itu sudah terlebih dahulu membuat penempahan untuk date mereka. Mata Hyura membulat apabila mengetahui diorang akan naik Swan.
Felix memanggil Hyura untuk menaiki Swan itu. Tangan Hyura disambut dengan lemah lembut seperti gentleman. Mereka berdua kemudian terapung di atas kolam itu. Kedua-dua mereka mengayuh untuk terus bergerak ke hadapan.
Felix kemudian memberi earphone sebelah kanan kepada Hyura manakala sebelah kiri buatnya. Gadis itu mendengar lagu yang dipasang oleh Felix. Sudah lama dia tak menikmati masa lapang untuknya. Tanpa buku dan Matematik.
"Lagu ni...lagu yang aku cipta. Tak sesedap lagu yang kau biasa dengar tapi aku harap mesej aku dekat kau sampai.." jelas Felix. Telinga lelaki itu bertukar menjadi merah. Hyura tergelak melihat kecomelan Felix itu.
"Hyu suka sangat suara Felix tau. Unik. Suara tak padan dengan tuan. Tuannya comel aje tapi bila dengar suara, fuh!" komen Hyura penuh riang. Felix tersenyum malu. Apabila menyedari yang Felix tidak memberi sebarang kata, Hyura menutup mulutnya.
'Aku tersalah cakap ke?' getus hati Hyura.
Felix kemudiannya merapatkan jarak muka mereka. Hyura sudah blushing gitu. Bibir Hyura yang ditenung oleh Felix itu dicium. Topi yang dipakai oleh Hyura dicapai oleh Felix untuk menutup muka mereka daripada pandangan orang lain.
Pada masa yang sama, Heeyoung dan Jeongin sudah pun berseronok bermain rollerskate bersama. Jeongin masih belum dapat menyesuaikan diri, maka Heeyoung mengajar lelaki itu. Tiba-tiba Jeongin dilanggar oleh seseorang.
Melihatkan kejadian itu, Heeyoung bergegas ke arah Jeongin. "Gosh, Jeong okay tak ni?"
"Sorry...tak sengaja. Aku tak dapat nak control kelajuan."
Heeyoung yang cukup kenal suara itu, menjeling ke arah lelaki itu. Ya, Changbin.
"Tak sengaja ke sengaja?" sindir Heeyoung, marah.
Jeongin kemudiannya bergelut dengan kasut rodanya untuk berdiri. Dia berdiri antara Changbin dan Heeyoung.
"Hee, dia betul-betul tak sengaja tadi. Jangan marah, okay? Jeong tak apa-apa." Jeongin berkata, mempertahankan Changbin. Heeyoung hanya membuat muka jengkel lalu menarik Jeongin pergi dari situ.
Mereka berhenti bermain kerana Heeyoung sudah tiada mood. Sedang gadis itu berjalan, tangannya ditarik. Badannya dipeluk.
"Janganlah marah please. Jeongie tak tahu nak buat apa kalau Hee marah.." kata Jeongin manja membuatkan Heeyoung tersenyum kembali. Macam manalah nak marah kalau ada kekasih secomel itu?
Hidung Jeongin dicuit manja.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanfictionKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...