Minhee P.O.V
Aku melihat awan-awan yang berkepul-kepul melalui tingkap kapal terbang yang ku naiki. Sungguh cantik, bersih dan menawan. Pada masa yang sama, aku tertanya-tanya. Seungmin sekarang tengah buat apa ya? Dia tak rindu aku ke? Kenapa dia tak mesej pun?
“Miss, do you want anything?” seorang pramugari bertanya. Aku menggelengkan kepalaku, menolak dengan sopan. Sebaik sahaja wanita itu pergi, aku menarik penutup mata 'panda' aku. Time to rest! Sampai sana, kena bertenaga.
Mendarat di lapangan terbang London, 'London City Airport', aku menggalas beg pakaian ku. Sebenarnya, Puan Na tak bagi aku keluar seorang. Puas dia bertegas, aku menolak. Bukan apa, ini hal peribadi. Aku nak ada hidup yang berprivasi.
Sempat aku melihat telefonku untuk mempelajari map kawasan London. Agak sukar kerana selalunya aku bercuti dekat Canada. And everything here is just so new to me.
“Orait, kita cari hotel dulu. Yosh!” ujar ku sendiri lalu menuju ke luar airport untuk mendapatkan teksi. Sebuah teksi kemudian berhenti dan aku memasuki perut kereta itu.
Perjalanan yang bagaikan seperti mimpi itu, kini tamat apabila ku sampai ke hotel yang dipanggil 'Rosewood London'. Tanpa membuang masa, aku ke kaunter.
“Can I have a room for two nights?” tuturku fasih. Sejak kecil, aku dilatih menjadi tuan muda yang bijak dan beretika.
Muka staf itu macam serba salah. “Sorry, Miss. The last room was already claimed.”
Aku tersenyum kelat. 'Great. Nak tidur mana? Merempat tepi jalan?'
Sambil aku berjalan pasrah, aku terlanggar seorang lelaki. Tak, sebenarnya lelaki itu yang langgar aku sebab dia seperti tergesa-gesa. Lagi satu, aku sampai terjatuh. Belum sempat aku marah, tangannya dihulur kepadaku.
Aku menyambutnya. Mataku membulat apabila menyedari gerangan lelaki itu. Lelaki itu juga terkedu.
“Mint?!”
“Seung!” ujarku teruja. Tanganku sudah pun terlebih dahulu melilit ke badannya, memeluk dengan erat. Lelaki itu membalas pelukan aku.
“Mint buat apa kat sini?” tanyanya.
Aku mencekak pinggang.
“Seung lah! Pergi London tak bagitahu. Mint risau...”
Seungmin tersenyum melihat gadis itu. “kan saya dah bagitahu Han.”
Mint memandang Seungmin. Han? Dia tipu aku?
“Dahlah, saya sebenarnya nak pergi rumah keluarga saya jap. Awak nak ikut?” pelawa Seungmin dan Minhee hanya mengangguk.
Semasa di dalam kereta, Mint tak pernah lekang daripada mencuri pandang ke arah Seungmin. Makin tengok, makin hensem! Rasa nak tercabut jantung.
“Seung, k-kau datang sini sebab apa?”
Seungmin mengalihkan pandangan ke arah Mint lalu berkata. “Mak aku risau aku berjauhan. Dia anggap aku budak lagi. Tapi sebenarnya tujuan aku datang sini, aku nak bagitahu yang aku mampu berdikari.”
Mint hanya meng'O'kan apa yang diberitahu.
Perbualan mereka tamat disitu. Entah kenapa. Mint pula segan untuk bertanya banyak. Manakala Seungmin pula sedikit malu kerana tidak sangka Minhee akan mencarinya sehingga ke London.

YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanfictionKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...