Pada pagi yang cerah dan burung bekicauan di luar jendela , seorang gadis bangun dengan perasaan yang sedih. Walau bagaimanapun dia kena teruskan hidupnya .. Benda dah lepas kita tak boleh nak undur balik . Itu lah perkataan yang selalu diulang untuk memupuk sifat positifnya .
Gadis itu melangkah ke arah tandas untuk bersiap. Heeyoung juga sama seperti gadis lain yang mengambil masa untuk bersiap dan mengayakan dirinya di depan cermin. Ialah bagi Heeyoung first impression is important .
Setelah sedar yang dia hanya ada beberapa minit sebelum bas sampai , dia segera melangkah keluar rumah dengan roti di mulutnya. Dia menunggu kedatangan bas sekolah yang selalu di naikinya.
Menapak saja kakinya di dalam bas itu dia dapat melihat wajah yang dulunya selalu ceria apabila bersama dengannya , kini dingin seperti iceberg. Terdapat tempat kosong di sebelah lelaki itu sama dengan ruang kosong yang ada di dalam hati gadis itu.
Namun gadis itu tetap memaparkan riak wajah yang gembira dan ceria dan mengambil tempat duduk di sebelah gadis yang lebih muda dan popular daripadanya. Seperti biasa Heeyoung tak akan lepas menyapa sesiapa yang hadir dalam hidupnya.
"Hai, nama saya Heeyoung" Sapanya kepada gadis yang lebih muda itu.
" Uhmm hai ? Saya Minhee panggil Mint " kata gadis itu .. nampak sedikit cold tapi Heeyoung pasti ada sudut yang lembut dalam hati gadis itu . Jadi dia meneruskan perbualan mereka.
" Saya tahu ! Awak Heartbreaker dekat sekolah tu kan ! Tapi awak nampak cute je ~ " kata Heeyoung beserta senyuman.
" Uhm .. Cute ? Ada-ada jelah awak ni" kata Mint sambil tersengih kecil.
" Kenapa awak tak nampak happy ?" Soal budak muda itu pada Heeyoung.
" Tak nampak happy.. maksud awak ?" Soal Heeyoung sambil menayang senyuman .
" Entah , saya rasa awak tak ikhlas dengan senyuman tu .. Kalau ada problem boleh je kalau nak share .. "
" Bukan tak nak share tapi kita baru kenal.. Kalau saya dah sedia saya bagitahu awak " Mint hanya mengangguk tanda faham.
Bas itu berhenti di perhentian bas berdekataan sekolah dan semua pelajar sekolah Seoul Art turun dari bas. Kami berjalan sedikit untuk ke perkarangan sekolah .
Baru saja Heeyoung ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Mint , Mint di kerumuni oleh peminat-peminatnya. Jadi Heeyoung terhuyung-hayang ditolak oleh peminat Mint.
Heeyoung menutup rapat matanya kerana badannya ditarik graviti. Namun setelah beberapa saat dia tersedar yang punggungnya masih tidak mencium tanah. Dia melihat gerangan yang menyelamatkannya.
Minho .. Dengan pantas Heeyoung menepis lelaki itu darinya. Baru saja lelaki itu ingin memegang tangan Heeyoung tapi laju je Heeyoung mengatur langkahnya ke kelas Biology.
Walaupun Heeyoung mesra dengan manusia di sekelilingnya tapi dia amat berbeza apabila dengan Minho.
Bukan tanpa sebab Heeyoung bersikap begitu .. Sikapnya terhadap Minho amat bersebab dan tak salah jika dia bersikap begitu.
YOU ARE READING
BLOOD ┊ SKZ
FanfictionKisah empat orang perempuan yang belajar di sekolah yang sama, mempunyai jalan cerita yang berbeza, orang yang berbeza tetapi mempunyai kaitan di sebaliknya. © neocultureshock we OWN the plot except for SKZ. we own their hearts only wkwkwkwk okei by...