Media: Ainnur Sofea
Tercebik-cebik bibir Sofea menahan tawa. Akhirnya, dia meletuskan juga. Mujur tidak ramai sangat orang, kalau tidak mana dia mahu letak muka. Seketika dia mengambil tisu lalu mengelap air mata yang keluar. Sumpah perut dia sekarang tengah kejang. Ketika itu dia berada di kedai makan berdekatan dengan pejabatnya bersama Haneez. Sambil makan mereka berceloteh.
"Haneez. Kau ni kan. Kalau sehari tak buat lawak tak boleh ke?" Sofea mengerutkan wajah. Air tembikai laici dihadapannya disedut perlahan.
Haneez menayangkan wajah selamba.
"Alaa.. Dah perangai aku macam ni nak buat macam mana. Sampaikan anak aku si Ica tu pun Luqman kata dah sama dah perangai dia macam aku. Dengan gedik dia. Tapi, aku tak lah gedik. Riuh mulut je." Balas Haneez lagi. Sofea menahan senyum. Teringat pula dengan anak Haneez yang sebaya dengan Rayyan, Puteri Aleesya. Mulut becok, comel pula tu. Asyik tersenyum saja mukanya.
Comel macam ibunya. Harap-harap bila dah besar nanti perangai tak macam ibu dia. Hehe.
"Yelah. Ke mana tak tumpah kuahnya kalau tak ke nasi. Betul tak?" Sofea menjongket ke arah Haneez. Haneez mengangguk. Seketika dia menghabiskan kunyahan nasi berlaukkan kampung di dalam mulut. Kedai ini nampak sahaja biasa. Kecil, tapi makanan kampung dia memang perghh!
"Betul. Betul kata kau tu. Aku ni kadang-kadang terfikir juga. Takutlah weh. Kau bukan tak tahu sekarang ni macam-macam kes ada. Takut pula aku bila terfikir macam mana Ica nak hadap bila dia dah besar nanti."
"In sha Allah. Kita ni sebagai mak bapak kenalah didik diorang betul-betul. Ajar diorang yang mana baik dan mana buruk. Aku pun dah tak bagi sangat dah Rayyan main handphone sekarang. Nak tengok kartun ke apa ke, tengok tv sudah. Tak nak lah dia terpengaruh apa-apa. Kau faham jelah, youtube tu. Lain yang kita search, ada juga dia selit video yang kita tak search tu. Takut video bukan-bukanlah keluar." Terang Sofea panjang lebar. Dia turut menghabiskan nasi yang dipesan.
Dia hanya mengambil masak lemak ayam, sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan. Nak makan banyak memang tak bolehlah. Perutnya cepat berasa mengah. Nanti tak pasal-pasal tak boleh bangun. Berbanding pula dengan Haneez. Wanita itu sememangnya suka makan. Memang menyelerakan lauk-pauk yang dia ambil. Ikan kembung bakar air asam, kerabu perut lembu, ulam-ulaman, pajeri nanas, telur masin. Tapi, itulah, makan banyak. Badan tak naik pun.
"Baguslah Rayyan dengar kata. Aku ni, haa. Geram juga dengan Ica tu. Puas aku ajar dia main buku warna ke main lukis-lukis ke. Alih-alih handphone juga dia cari. Kalau tak bagi, mahu dia mengamuk. Tak padan baru 4 tahun, dah pandai mogok tak nak makan. Bapak dia lah suka sangat manja kan. Dah naik kepala dah budak tu." Sofea ketawa perlahan. Dia sudah selesai makan. Dia mencapai bekas air basuh tangan di atas meja itu lalu mencuci tangannya. Tisu berwarna pink diambil lalu mengelap tangan dan mulut. Pinggan makan ditolak ke tepi.
"Alaa.. Sementara nak biasa memang macam tu. Eh, kau tak nak bagi Ica adik ke? Dah boleh rasanya. Ica pun dah 4 tahun. Mesti dia bosan." Usik Sofea sambil tersengih. Haneez yang sedang berselera mengunyah makanan itu tiba-tiba tersedak. Dia terbatuk-batuk pantas Sofea menghulurkan air limau kepunyaan Haneez.
"Minum air ni." Haneez segera menyedut. Dadanya diurut perlahan. Terasa lega sedikit.
"Tambah anak? Aduh.. Kau ni macam tahu-tahu je. Memang dalam planning pun. Tapi, risaulah. Ica tu manja sangat, tambah-tambah dengan babah dia. Aku takut nanti bila dah ada anak lain dia rasa terabai. Mesti aku kena bahagikan kasih sayang pula, kan? Aishh... Kasihan anak aku!" Wajah Haneez kelihatan risau. Terindu pula dengan pengarang jantung teman dia bergaduh itu di rumah. Aish.. Anak... Anak.
"Janganlah cakap macam tu. Memang lah mula-mula rasa macam tu. Lama-lama nanti okaylah. Sementara nak biasa. Nanti sure dia pun akan jadi berdikari bila dah ada adik. Macam Rayyan dulu. Manja bukan main. Bila aku lahirkan Raisya, baru nampak matang dia tu. Kalau tak asyik melekat je dengan pa... Pa..." Sofea berjeda. Baru tersedar dia sudah terlepas cakap mengenai bekas suaminya. Entahlah, nak kata belum move on, dia sudah move on. Tapi, bila mengenangkan nasib anak-anaknya yang tidak berdosa membuatkan dia rasa mahu menangis.
Sofea mengemam bibir. Haneez dihadapannya itu perasan perubahan di wajahnya.
"Sofea... Hei, kau okay tak ni?" Haneez menepuk lembut tangannya di letakkan di atas meja itu. Sofea tersentak. Wajah Haneez dipandang.
"Sorry, Neez. Aku termengelamun kejap." Haneez menggeleng kepala. Tahu apa yang difikirkan oleh wanita cantik itu.
"Kenapa ni. Zafran tak bagi nafkah lagi ke?" Soalan bersahaja sementara Sofea sudah terkejut. Perlu ke dia ceritakan hal yang sebenar?
Sofea menggeleng perlahan sambil menggenggam jarinya di atas meja. Haneez mengeluh kecil. Seketika dia mencuci tangan, tisu pink tadi turut diambil dan mengelap tangannya sebelum membalas. "Dah melampau Zafran ni. Sampai ke anak pun dia tak ingat. Aish, apa masalah dia sebenar, hah? Nak kata takut bini baru dia belum nikah. Gaji besar, kerja bagus, hidup mewah. Kenapa dia susah sangat nak bagi nafkah dekat anak-anak dia ni?" Haneez mengerutkan wajah menahan geram.
"Entahlah. Aku pun tak tahu lagi nak cakap apa. Sampaikan aku sendiri yang kena minta. Bukan dia tak tahu tanggungjawab dia sebagai bapa. Penatlah aku asyik call dia je. Last-last kitorang bergaduh pasal tanggungjawab dia je. Dia buat Rayyan dengan Raisya tu macam bukan anak dia. Kasihan budak-budak tu. Tambah-tambah lagi Raisya. Dia tak pernah rasa kasih sayang seorang papa." Sofea berusaha tidak mengeluarkan air mata.
Haneez memandang wajah tenang Sofea. Dia tahu Sofea wanita yang cekal. Namun, secekal manapun wanita, hati mereka sangat rapuh.
"Kau report dekat pejabat agama jelah. Biar diorang selesaikan kes ni. Bawa si Zafran tu ke muka pengadilan. Biar padan muka dia sikit
Buat anak pandai, nak jaga tu biar kau seorang-seorang je membanting tulang. Banyak handsome muka dia! Apa dia ingat dia kaya, suka hati dia lah nak buat apa pun? Eh, geram pula aku!" Haneez merengus marah. Ikutkan hati dia sendiri nak heret si Zafran tu ke mahkamah, biar kena hukuman rejam sampai mati! Hahh, biar dia rasa!
"Aku... Aku tak nak lah panjangkan hal ni. Aku tak kisah kalau dia tak nak bagi anak-anak duit. At least, jumpalah diorang. Hiburkan diorang ke apa ke. Aku ni takde susah mana. Tapi, kena berjimat, hutang keliling pinggang. Kasihan Rayyan, nak suruh aku beli mainan ke apa ke, takut-takut. Macam dia faham mama dia ni susah duit." Akhirnya air mata bergenang di tubir mata. Cepat-cepat dia menyeka.
"Sofea... Ini bukan soal kau kisah ke tak. Ini soal tanggungjawab. Soal hukum-hakam. Tak boleh dibuat main weh semua ni. Berdosa! Aku cuma nasihatkan kau je sebagai sahabat. Aku kasihan tengok kau. Penat kerja, uruskan anak-anak seorang. Kau lah mak, kau lah bapak. Padahal bapa dia ada je! Kau kena buat sesuatu. Sampai bila kau nak biarkan Zafran lepaskan tanggungjawab dia je? Kalau dia tu susah takpelah juga. Ni dia tu kaya!"
"Entahlah, Neez. Sakit kepala aku nak fikir. Buat masa ni aku biarkan dia dulu. Kalau sampai aku minta and dia langsung tak nak bagi. Baru aku report dekat pejabat agama." Balas Sofea lalu menyedut minuman yang masih berbaki. Sedang mereka rancak berbual, Haneez terpandang satu tubuh yang amat dikenalinya. Serentak Haneez memberi insyarat kepada Sofea saat tubuh tegap itu mendekati mereka.
"Hai.." Tiba-tiba Daniel menegur mereka sambil matanya tidak putus-putus memandang wajah putih Sofea. Sofea dan Haneez angkat wajah.
"Hai, bos. Lewat datang lunch? Memang nak makan sini ke saja singgah je?" Tegur Haneez ramah. Sememangnya dia tiada masalah pun dengan majikan dia yang super hot ni. Seketika Daniel tersengih.
"No.. I baru je habis lunch dengan client dekat Hotel Marrytall tadi. Kebetulan I nampak you all dekat sini. Itu yang singgah kejap. Takpe ke kalau I datang kacau ni?"
Haneez mencebik dalam diam. 'Cehh, dah agak dah! Memang tak lah dia nak makan dekat warung setinggan macam ni. Memang sah-sah dia geli. Ni mesti datang sini sebab ada Sofea. Kalau tak, mana mahunya dia datang. Nak pandang warung ni pun tak entah-entah!' Kutuk Haneez di dalam hati. Seketika dia mendengar suara Sofea yang menjawab pertanyaan dari jejaka kacukan pakistan itu. Dia yang seakan faham tujuan kenapa lelaki itu datang segera meminta diri. Masam wajah Sofea memandangnya, tidak menginzinkan dia ditinggalkan seorang diri bersama Daniel.
Tapi, dah nama pun Haneez Suraya. Ada dia kisah? Sengaja lagi adalah.
"Sofea... Jom kita pergi hujung sana. I tak selesa dekat sini." Ujar Daniel perlahan sambil memandang sekitar warung itu. Haishh, kenapalah diorang tak robohkan je warung buruk ni? Merosakkan pandangan betul. Sudahlah ini KL. Malu dekat orang luar je.
"Ada apa ni, bos? Sekarang waktu lunch dah nak habis. Nanti apa pula kata staff lain kalau sayang masuk lewat. Kalau bos ada benda penting nak cakap. Why not cakap dalam ofis je?" Soal Sofea dengan pelik.
"It's okay. Kalau you masuk lewat pun bukan diorang boleh buat apa. I ni bos you. Bukan diorang. Come, pretty. Tempat dekat sana teduh sikit." Dia menunjukkan ke arah tempat duduk yang direka khas untuk mereka yang ingin duduk melepaskan lelah. Tempat itu bersih sikit dari warung itu, fikir Daniel. Akhirnya, Sofea mengalah. Dengan malas dia melangkah membuntuti Daniel. Dia dah tahu kenapa Daniel tak nak duduk dekat warung tu. 'Kisah apa aku janji makanan dekat situ sedap, murah, bersih sudah!' Kata hati Sofea.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
