Bab 80

9.8K 350 5
                                        

TUP... TUP... TUP...

Bunyi mesin defibrillator sayup kedengaran di wad yang menempatkan Daniel Izham. Jejaka itu kelihatan terbaring tidak sedarkan diri di katil hospital. Wajah Daniel nampak lemah dan di badannya penuh dengan wayar yang berselirat. Mulutnya dipasangkan tiub. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik wad dibuka. Susuk tubuh Puan Sri Diana muncul. Kerusi bersebelahan Daniel ditarik lalu dilabuhkan duduk.

Dia memandang sayu ke arah Daniel yang masih berbaju. Doktor kata keadaan Daniel tidaklah teruk sangat, dia bernasib baik kerana tiada pendarahan dalam otak. Cuma, mukanya calar-balar dan kaki kanan Daniel patah. Kemungkinan ambil sedikit masa untuk putih seperti sedia kala. Tangan kanan Daniel dicium perlahan.

"Sayang...." Puan Sri Diana menarik nafas nafas seketika untuk mengumpul kekuatan berbicara dengan pemuda itu.
"Maafkan mummy sebab rahsiakan hal ni berpuluh tahun. Lama sangat, kan? Izham.. Sejujurnya mummy dah anggap Am macam anak kandung mummy sendiri. Sebab mummy sayangkan Am sangat-sangat lebih daripada nyawa mummy sendiri." Wajah lemah Daniel kembali dipandang. Air mata yang berjuraian jatuh di pipi dibiarkan.

"Anak mummy lahir pada hari yang sama Am dilahirkan. Tapi, umur dia tak panjang. Dia meninggal hari tu juga. Daddy tak tahu dia dah meninggal. Mummy suruh pembantu mummy rahsiakan. Ada sati hari, ayah kandung Am datang ke bilik wad. Dia jalan-jalan sampai dia terserempak dengan mummy. Masa tu mummy tengah nangis. Dia tanya kenapa dan mummy ceritakan semuanya dekat dia.

Mungkin sebab masa tu dia tak tahu nak cari duit dekat mana or mungkin masa tu dia nampak mummy macam orang ada duit. Sebab tu dia usulkan rancangan tu. Mummy setuju tapi, mummy letak syarat supaya dia tak boleh tuntut Am dah. Sebab Am akan terus jadi anak mummy dengan daddy. Sayang... Sayang kena tahu satu perkara ni dan ingat sampai bila-bila."

Dia menyapu perlahan dahi Daniel.
"Am lah pengubat luka di hati mummy. Sebab darah yang mengalir dalam badan Am ni, adalah sebahagian dari darah mummy. Am menyusu dengan susu mummy. Mummy tahu nanti bila Am dah sedar, Am dah tahu kebenarannya mesti Am akan marahkan mummy.
Lebih menakutkan mungkin Am akan bencikan mummy dan mungkin Am akan pergi dari mummy." Puan Sri Diana menangis lagi. Wajahnya merah kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata.

"Terima kasih sebab Am pernah hadir dalam hidup mummy. Mummy nak pesan, kalau Am nak marah. Marah mummy sudah lah, jangan marah daddy. Daddy tak tahu apa-apa. Mummy je yang salah dan satu lagi, Am jangan marahkan ayah kandung Am. Dia takde pilihan, sayang. Dia orang susah. Susah sangat masa tu. Dia terlalu sayang ibu kandung Am. Am beruntung ada ibu ayah macam tu.

Diorang sanggup buat apa saja asalkan pasangan diorang hidup bahagia." Dia mengucup tangan Daniel lama.
"Mummy dah banyak dosa. Dosa dengan suami, dosa dengan orang lain dan yang paling penting mummy berdosa dengan Allah. Mummy takut dosa mummy tak dapat dimaafkan. Mummy jahat, mummy rampas suami orang dan mummy dah buat keluarga orang sampai bercerai-berai. Mummy...."

Puan Sri Diana menelan liur walaupun perit. Dia tidak sanggup menjelaskan segalanya waktu ini.
"Mummy menyesal, sayang. Mummy jugalah punca Am dengan Sofea tak dapat bersama. Mummy tahu Am sukakan Sofea masa tu. Tapi, mummy yang jahat. Mummy hasut daddy supaya jangan bagi Am kawan dengan dia. Mummy dah bunuh cinta Am terhadap dia. Jahat kan, mummy?" Puan Sri Diana tersenyum tawar.

"Mummy minta maaf sekali lagi, Am percayalah cakap mummy. Sampai bila-bila mummy akan tetap sayangkan Am. Andai Am nak bencikan mummy, mummy redha. Mummy akan cuba terima hakikat di atas kesalahan yang mummy dah buat. Am tetap anak mummy sampai bila-bila. Mummy sayang Am. I love you so much my son." Puan Sri Diana mencium dahi Daniel dan memandang lama wajah itu.

"Am rehatlah. Mummy tahu Am penat tahan sakit. Tidur ye, sayang? Mummy janji nanti mummy datang lagi. Mummy keluar dulu. Assalamualaikum..." Puan Sri Diana melangkah perlahan ke arah pintu. Tangannya terhenti semasa memegang tombol, dan dia memalingkan semula mukanya ke arah Daniel.
"Selamat tidur anakku. Semoga mimpi kamu indah-indah saja." Kemudian dia terus keluar dari situ.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang