Tangan lembut Sofea cekap mencuci pinggan mangkuk di sinki dapurnya. Sementara Haneez pula duduk di kerusi meja makan sambil mengunyah kerepek pisang. Hari ini dia cuti maka, dia dan Aleesya mengambil peluang melepak di rumah Sofea. Sudah lama dia tidak luangkan masa bersama sahabatnya itu. Dah ada masa ni pergi sajalah. Sofea mengerling ke belakang sekejap mencari wajah Haneez.
"Ceritalah apa kau nak cerita tadi. Kata penting sangat." Ujar Sofea sambil mencuci pinggan. Haneez memberhentikan kunyahan.
"Kau tahu tak Daniel dah berhenti kerja?" Kata-kata dari Haneez itu membuatkan tangan Sofea terhenti. Dia berpaling lagi memandang wanita tinggi lampai itu.
"Berhenti kerja? Itukan company daddy dia. Macam mana pula boleh berhenti?" Soal Sofea. Dia meneruskan kerjanya.
"Aishh.. Itulah aku nak cerita ni. Dah dekat sebulan lebih dah dia menghilang. Dengar kata kena halau dengan Tan Sri dari rumah. Ada perselisihan faham rasanya. Itu yang Daniel kena halau tu." Cerita Haneez dengan bersungguh-sungguh.
"Kiranya dia berhenti kerja dulu ke baru halau? Ke macam mana?" Soal Sofea lagi.
"Entahlah. Aku pun tak pasti. Aku dengar gossip macam tu je dekat ofis. Rasanya betul. Semenjak Daniel takde dekat ofis tu, Tan Sri asyik moody je.
Kitorang nak buat kerja pun rasa serba tak kena. Dia tu boleh tiba-tiba je marah tak tentu pasal. Silap hari bulan semua berhenti kerja kalau macam ni lah gaya."
"Uishh.. Tak kan lah macam tu sekali? Kau tahu kenapa dia kena halau?" Sofea sudah selesai mencuci pinggan lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Haneez.
"Takde siapa pula yang tahu. Mestilah ada yang Tan Sri tak setuju tu. Tapi tulaa. Serabut aku tengok Tan Sri tu. Yelah, kan? Itu kan anak emas dia, Pia. Dia mesti rasa sedih, serabut semua ada lah. Tu yang moody semacam. Entahlah... Aku ni rasa kesian pun ada. Nak marah pun ada dengan orang tua tu."
"Kau nak marah kenapa?" Sofea mengangkat kening.
"Yelah. Dengan si Daniel tu bukan main lagi sayang, melebih-lebih. Dengan Fawwaz tu ambil tahu pun tidak. Apa pun tidak, padahal tu pun anak dia. Bapak jenis apa macam tu? Dah tua pun masih tak insaf lagi. Aishh, aku tak tahulah bapak mentua kau tu macam mana." Bebel Haneez. Mulutnya menyambung kembali mengunyah.
Haneez sudah tahu berkenaan masalah Fawwaz dan tentang statusnya dengan Daniel. Semuanya telah diceritakan oleh Sofea. Tiada satu pun yang tertinggal. Sofea melepaskan nafas berat. Wajah Haneez dipandang.
"Dia masih tak sedar. Aku pun kasihan dengan Fawwaz tu. Eh, kejap. Berbalik pada Daniel. Patutlah dia dah lama tak datang sini. Selalu ada je nak kacau aku." Haneez mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ke dia dah kena sound dengan Fawwaz jangan kacau kau lagi? Fawwaz takde cerita apa-apa kalau dia ada jumpa Daniel?"
"Takde pula. Ermm.. Entah lah, Neez. Kita doakanlah semoga Daniel tu selamat. Takut juga jadi apa-apa."
Haneez tersenyum tawar. "Nak risau sangat kenapa? Dia dah tua bangka lah. Tahulah dia macam mana nak jaga diri dia. Alaa, Tan Sri tu apalah sangat marah dia dekat Daniel tu. Tu kan anak emas dia. Nanti kalau dah jumpa, berbaiklah. Kau tak payahlah over susah hati. Kau sepatutnya bersyukur. Takde lah dia nak kacau kau dah lepas ni." Ujar Haneez tanpa berfikir panjang.
"Ishhh... Tak baik kata macam tu. Aku cuma kasihan Tan Sri tu je dengan isteri dia. Mesti diorang susah hati sekarang."
Haneez menjulingkan mata ke atas. "Tak payah nak kasihan orang macam diorang tu lah. Diorang pun bukan suka kau, kan? Eh, dah lah. Sakit hati pula aku cakap pasal diorang tu. Ni, kau dengan Fawwaz macam mana? Sure ke nak nikah bulan depan? Dah buat persiapan?" Haneez sengaja menukar topik. Malas bercakap soal Daniel lagi. Pantas Sofea mengangguk.
"In Sha Allah, Neez. Tentang persiapan tu, Fawwaz cakap dia nak buat semua. Aku tak payah buat apa. Persiap diri je.
Lagipun aku dah cakap dekat dia buat majlis ringkas macam doa selamat sudah. Tak naklah bersanding bagai."
"Laaa... Dah kenapa? Apa salahnya bersanding? Kau pengantin, kan? Malu ke?" Soal Haneez.
"Memanglah aku pengantin. Tapi, aku kan janda. Malulah kalau buat beriya sangat. Kan apa pula orang kata." Haneez mengusap perutnya yang semakin memboyot itu. Alhamdulillah, tak lama lagi Aleesya akan jadi kakak. Haneez kini sedang hamil enam bulan. Hampir sarat.

"Pebendalah kau ni? Suka sangat nak kisah mulut orang. Lantaklah kau nak buat apa pun. Kau rasa diri kau tu janda, nak buat kenduri biashe-biashe. How about Fawwaz? Dia duda ke? Yang kau nak buat kenduri simple? Kasihan lah dekat dia sama. Bukannya dia nak buat grand macam artis pun. Kita berkahwin ni sekali je seumur hidup. Maybe tak lah pada kau. Tapi, apa salahnya kalau buat meriah sikit. Jangan fikir diri kau je Pia. Fawwaz macam mana?"
Kata-kata Haneez itu membuatkan Sofea berfikir sejenak. Selang beberapa saat, baru dia bersuara.
"Dia okey je kut." Haneez menjulingkan mata ke atas.
"Dah kau nak buat juga majlis doa selamat macam tu je. Terpaksa lah dia ikut. Takpelah, Pia. Yang nak kahwin tu korang. Aku ni saja je nasihatkan. Kau fikirlah mana baik mana buruk.
Tapi kan, ada satu benda lagi yang jadi masalah. Zafran ada kacau kau lagi ke?" Pertanyaan Haneez membuatkan Sofea tercengang.
"Zafran?" Pantas Haneez menangguk. "Zafran gila nak berbaik dengan kau, kan? Kau kena hati-hati, Pia. Zafran tu gila. Aku takut dia buat benda tak baik je dekat kau. Kemahuan dia mesti dia nak tunaikan, kan? Gila talak!" Bicara Haneez dengan wajah serius sambil memandang Sofea.
"Dia memang gila, Neez. Tapi, masa Raisya Ameera meninggal hari tu. Aku nampak muka dia bersalah sangat. Aku nampak dia menangis. Aku tak tahu sama ada betul-betul ataupun lakonan.
Fawwaz kata dia dah berubah. Kalau dia dah sedar salah dia. Baguslah. Aku boleh maafkan dia. Tapi, untuk bersama semula dengan dia memang mustahil. Aku tak akan terima dia lagi. Cukuplah dia dah ajar aku hidup sengsara. Biar aku bahagia dengan orang yang sayang aku pula. Aku dah penat menangis. Aku dah janji tak nak menangis lagi lepas ni, Haneez. Fawwaz Nazril pilihan aku!" Balas Sofea dengan semangat.
Haneez mendengar dengan fokus. Tangan Sofea yang berada di atas meja dia genggam dengan erat.
"Baguslah kalau dia dah menyesal. Itu yang kita nak. Masing-masing dah tua. Tak kan nak buat perangai lagi. Kasihan si Rayyan tu, ada bapak tak berguna. Ya, Allah. Mungkin ada hikmahnya semua yang berlaku ni. Cuma aku nak kau jaga-jaga. Kalau kau rasa tak sedap hati ke apa call aku atau Fawwaz cepat-cepat. Aku bukan nak tuduh Zafran tu apa-apa. Cuma tak salahkan kalau kita hati-hati?"
Sofea membalas dengan anggukan. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Sudah penat bersuara.
"Dah lah. Tak payah fikir semua ni lagi. Aku pun dah emosional ni. Ish, tak sukalah! Dah, kau pergi siap. Tadi kata nak keluar makan? Perut aku dah lapar dah ni. Baby mummy dah merengek lapar ni. Ermmm..." Balas Haneez dengan suara mengada-ngada sambil mengusap lagi perut.
Dia akui kini seleranya semakin menjadi-jadi dari biasa. Pantang duduk saja meati nak mengunyah. Kemungkinan kerana pembawakan budak. Hai lah anak!
"Okey.. Kau duduk tunggu kejap. Aku nak naik mandi dengan bersiap. Kau pergilah teman budak-budak tu dekat depan." Kata Sofea sambil bangkit dari kerusi.
"Haa, okey. Bersiap ala kadar jelah. Kang lawa-lawa kena mengorat pula."
Sofea tidak membalas. Dia segera masuk ke bilik sementara Haneez menuju ke ruang tamu, dan pergi kepada Aleesya dan Rayyan yang sedang bermain itu sementara menunggu Sofea bersiap.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
