Bab 11

11.6K 416 6
                                        

"Bos..." Daniel menjeling Sofea yang berada di sebelahnya. Ketika itu, mereka di luar kereta. Mereka sudah sampai di villa Tan Sri Iskandar. Tetamu masih belum ramai kerana majlis belum bermula.
"Sofea.. Kenapa tiba-tiba panggil bos ni? Kan I dah cakap jangan panggil bos, kan?" Sofea menggigit bibir. Sedar, dia dah salah cakap. Adedehh..

"Err.. Daniel?" Daniel hanya menunggu ayat yang seterusnya mencul di bibir wanita cantik itu. Benar, dia sangat cantik. Tadi sewaktu dia melihat Sofea di rumahnya, hatinya sudah berdebar-debar. Cantik sangat wanita ini. Jarang Sofea bermekap seperti ini jika ke pejabat. Tetapi, malam ini dia kelihatan sedikit berbeza. Rasa macam nak bawa balik Sofea terus ke rumahnya. Tak nak bagi lelaki lain tengok. Takut kena caras! Peluk, cium kuat-kuat! Ehhh?

"Nanti perkenal saya sebagai pekerja awak je, eh dekat parents awak. Jangan cakap bukan-bukan pula." Pesan Sofea. Risau kalau Daniel memperkenalkannya sebagai bakal isteri nanti. Jangan buat hal, dia belum berikan hatinya kepada pemuda itu lagi. Lagipun, entah acam mana reaksi orang tuanya bila melihatnya nanti. Entah sukakannya atau pun tidak. Al-maklumlah, dia kan biashe-biashe je!

"Why? You jangan risaulah. Parents I okay. Tambah-tambah tengok you yang cantik ni. Gerenti diorang suka punya. Bakal menantu diorang cantik kot." Sofea menyabarkan hati. Rasa nak lempang je lelaki yang segak bertuksedo kelabu ni. Aduhai, Daniel yang kacak bergaya. Boleh tak awak dengar cakap saya untuk kali ni? Penat tau nak ulang banyak kali.

"Awak.. Tolonglah dengar cakap saya. Susah sangat, saya balik je lah." Ugut Sofea tanpa memperdulikan orang yang melihat drama mereka. Malu ada sikit lah. Huhuhu. Sofea mengacah mahu meninggalkan Daniel. Cepat-cepat lelaki itu menahannya.
"Okay... Okay.. Sofea. Aduh, janganlah macam ni, pretty. Boleh sesak tau jantung saya ni bila awak marahkan saya." Dia memandang ke dalam anak mata Sofea yang berwarna coklat.

Sofea yang pantas memandang ke arah lain membuatkan Daniel tersenyum. Tahu, Sofea segan diperhatikan begitu. Serentak itu dia membawa Sofea ke kolam renang, tempat orang ramai berkumpul. Mahu berjumpa dengan mummy dan daddynya.

🌼🌼🌼🌼🌼

Fawwaz ralik memeriksa kepingan gambar yang ditangkap tadi di kameranya. Kesemua gambar yang ditangkap tadi amat teliti dan mempunyai gaya yang tersendiri. Sememangnya Fawwaz amat professional ketika melakukan kerja. Ramai yang mengagumi bakat yang dianugerahkan kepadanya. Tidak hairanlah, kalau dia juga pernah ditempah oleh barisan artis terkenal Malaysia agar mengabadikan gambar mereka. Ecewahh!

Hari ini Fawwaz berpakaian biasa-biasa sahaja. Tshirt putih berjenama Tommy Hilfiger dan jeans hitam. Dia tidak memakai blazer ataupun tuksedo mengikut tema majlis mahupun baju studionya sendiri. Dia tiada mood. Datang ke sini pun kerana dipaksa oleh Saiful sahaja. Kalau tidak, sudah lama dia berikan kepada pekerja yang lain untuk menggantikan dirinya. Bukan dia tidak perasaan jelingan maut dari ibu tirinya tadi. Eh, eh... Makin tua makin menjadi, eh? Ingat dia nak sangat datang ke majlis ni?

Dia ke sini pun atas jemputan oleh bapa dia saja.
Sebagai jurukamera. Ya, jurukamera. Dia harus sedar diri! Bukan jemputan sebagai anak kepada orang tua kaya yang akan meniup lilin di atas kek hari jadinya sebentar lagi. 'Kau kena sedar diri Fawwaz! Jangan layan orang-orang yang kau tak suka semua ni. Anggap je diorang ni macam
lalat.' Dia bercakap dengan diri sendiri di dalam hati.

"Wazz.. Kau dah snap ke belum gambar kek birthday, apa semua? Orang dah mula datang
tu." Soal Saiful yang tiba-tiba datang. Dia turut memakai tshirt putih jenama yang berbeza. Lehernya digantung dengan kamera kesayangannya.
"Dah. Kau snap apa, je?" Soal Fawwaz kembali. Dia menjengok sedikit ke arah kamera Saiful. Saiful menunjukkan gambar-gambar yang ditangkap tadi kepada Fawwaz.

"Aku ambil gambar bapa kau la dengan mak tiri kau. Tahu dah, kau tak berapa sanggup nak dekat dengan diorang. Weh, asal aku tengok bini bapak kau tu macam lain, eh? Hidung dia tu pergi surgery ke apa? Mancung semacam." Suaranya diperlahankan. Tak semena-mena Saiful bergosip. Hai, dia ni kalau bab gosip nombor satu. Dasar pakcik bawang betul!
"Memandai je kau. Hidung dia memang macam tu lah. Original mancung rasanya. Tengoklah dia keturunan apa."

Balas Fawwaz dengan malas. Tiada hati mahu mengumpat. Dia bukan suka sangat jaga tepi kain orang. Kecuali kalau orang tu buat pasal dengannya. Hahh, dia baranlahl! Apa tunggu lagi!
"Tanya je lah. Hek'eleh kau. Dalam benci pun boleh backup, eh? Eh.. Kek birthday tu macam sedap lah. Tak sabar pula aku nak makan. Nanti tapau sikit tau. Bawa balik rumah." Ujar Saiful bersahaja. Lapar pula perut walaupun baru sahaja melantak grilled spicy chicken sampai dua pinggan dan makanan yang lain. Dia masih teringat kek harijadi Tan Sri Iskandar. Megah betul dekorasinya, sampai bertingkat-tingkat.

Nampak sangat kaya. Aduh, sabar jap eh perut. Kejap lagi aku bagi kau makan.
"Kau jangan malukan aku boleh tak? Apa kebulur sangat ni? Nak makan kek, next time birthday kau aku buat kek best-best. Aku buat parti terus lagi best pada ni. Dah macam tak pernah makan kek dah. Tak kenyang lagi ke kau melahap tadi?" Balas Fawwaz dengan kasar. Geram pula dengan Saiful ni. Dia pula yang sibuk buat kerja, si Saiful ni boleh pula menghadap makanan dengan bahagianya.

"Hek'eleh. Rileks lah. Aku bukan biasa bukan perangai macam ni. Alah, ni kan rumah bapak kau je. Buat apa nak malu sangat. Emo je kau harini. Aku bagi kang..." Saiful menunjukkan penumbuknya kepada Fawwaz. Pemuda itu menjeling. Malas mahu bertekak, dia diam lagi. Entahlah, hari ni memang mood dia swing. Rasa menyesal pula datang.
"Weh..." Panggil Saiful tiba-tiba sambil mengoncang lengan Fawwaz. Habis bergegar badannya, nasib kamera tak terlepas ke lantai bertatahkan jubin mahal itu.

"Kau pehal, doh? Nak cakap tu cakap je lah. Nasib tak jatuh kamera ni. Kalau tak, aku potong gaji kau." Marah Fawwaz. Saiful membuat muka tiada perasaan.
"Tengok sana tu. Abang kesayangan kau tu. Kau tak nak join diorang ke shake hand?" Saiful memuncungkan mulutnya ke arah Daniel yang berada di hadapan Tan Sri Iskandar dan Puan Sri
Diana. Kelihatan Daniel sedang menyalami tangan kedua-dua pasangan itu. Nampak wajah dengan jelas wajah bapaknya itu berseri-seri. Tidak seperti waktu dia berjumpa dengan bapanya tadi.

Walaupun bapanya tidak menunjukkan wajah benci mahupun tidak suka. Namun, wajah tua itu langsung tidak beriak, hanya menegurnya "Oh, dah sampai ke?" Itu sahaja. Nampak sangat dia bukan orang penting di sini. Bohonglah kalau dia tidak terasa. Bapa kandung sendiri kot buat macam tu. Kalau orang lain dia tidak kisah.
"Biarlah dekat dia. Kisah apa aku. Dah, jom buat kerja. " Balas Fawwaz dengan malas. Dengan perlahan dia mengaturkan kaki melangkah ke arah mereka.

Bukan mahu berturut serta dalam acara laga pipi itu sebaliknya, hanya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Jurugambar! Dia bukan siapa-siapa seperti mereka itu. Tan Sri Iskandar langsung tidak memperkenalkan dia sebagai anaknya kepada tetamu yang hadir. Serius, dia terasa sangat. Namun, ditabahkan hati. Dicekalkan minda. Tak lama pun dia di sini. Habis sahaja waktu kerjanya, dia boleh angkat kaki balik ke rumah. Kalau Saiful nak melantak sampai ke esok dia tidak kisah. Jangan esok mc sudah tak datang kerja.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang