Sofea membuka gril pintu saat Fawwaz sampai ke rumahnya untuk menghantar Rayyan pulang dari tadika. Dia hanya mengenakan tuala mandi di kepala dan berbaju tshirt lengan panjang dan berseluar palazo hitam. Pucat sahaja wajahnya. Hari ini, Sofea tidak berkerja disebabkan dia mengalami demam. Mungkin kerana dia masih bersedih atas kematian Raisya. Mungkin juga kerana dia tidak cukup rehat sejak kebelakangan ini. Entahlah.. Dia tiada jawapan.
“Assalamualaikum, mama..." Rayyan memberi salam dengan suara comelnya. Dia berlari anak mendapatkan Sofea sambil diikuti Fawwaz yang membawa beg tadika milik Rayyan dan menjinjit plastik putih. Sofea menjawab salam sambil tersenyum.
“Abang masuk dalam dulu, ye? Abang nak terkencing ni..." Terus Rayyan berlari ke dalam rumah. Dibiarkan saja mama dan ayahnya di luar rumah tanpa memandang ke belakang.
Seketika Sofea memandang Fawwaz. Fawwaz juga turut membuat hal yang sama. Pandangan mata mereka bertembung.
“Biee...." Sofea memulakan perbualan. Suaranya kedengaran serak.
“Ni makanan. Beli nasi ayam je. Kejap lagi makan, ye? Demam dah kebah ke?" Giliran Fawwaz pula bersuara sambil menghulurkan plastik makanan dan beg tadika milik Rayyan. Sofea menyambut sambil berterima kasih.
“Dah kurang sikit. Tekak ni je rasa sakit sikit." Sofea membalas. Keadaan tiba-tiba diam. Hanya mata mereka sahaja yang ‘berbual.'
“Biee..." Sofea memandang ke dalam mata Fawwaz. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Fawwaz. Dia memang cepat menangkap sekiranya mood Fawwaz berubah.
“Jangan tinggalkan bie..."
“Bie... Kenapa ni??" Sofea terpana. Tidak sangka Fawwaz akan berbicara seperti itu.
“Tolong sayang.. Jangan tinggalkan bie walau apa pun yang terjadi." Kedengaran Sofea Fawwaz bergetar. Berat mulutnya mahu ucapkan kalimah itu, namun dia terpaksa demi ingin menyelamatkan hubungannya dengan Sofea.
“Kenapa ni? Apa yang dah jadi?" Soal Sofea. Fawwaz menarik nafas dalam. Akhirnya, dia menceritakan segala yang terjadi tadi kepada Sofea tanpa tinggal sedikit pun.
Sofea mendengar dengan fokus. Langsung tidak menyampuk. Seketika dia menarik nafas dalam. Matanya masih memandang ke arah wajah Fawwaz.
“Sayang tak kan tinggalkan bie. Bie dah banyak tolong sayang, bie ikhlas sayangkan kami anak beranak. Bie yang ada masa sayang susah. Bukannya dia. Sayang tak kan terima Zafran balik pulau bie. Percayalah." Balas Sofea.
“Tapi, Zafran tu bapak abang. Sayang kena ingat." Potong Zafran laju.
“Diorang lebih rapat dengan bie berbanding ayah dia. Diorang sayangkan bie. Soal siapa bapa tu tak penting bie. Yang penting ini soal ikhlas atau tak, sayang ataupun tidak. Kalau kita kahwin, status Zafran dengan abang dan adik tak kan bertukar. Dia masih bapa dekat budak-budak tu. Kalau dia nak jengok anak-anak dia suka hati lah. Kalau tak nak, sudah. Sayang dah tak hairan. Selama ni pun, mana dia hairan dengan tanggungjawab dia." Pujuk Sofea perlahan. Tanpa sedar, dia terlupa sesuatu. Dia terlepas cakap soal Raisya.
Hanya Fawwaz yang terperasan namun, dia tidak berkata apa.
“Betul sayang nak kahwin dengan bie?" Sofea agak terkejut dengan pertanyaan Fawwaz. Matanya membulat.
“Kenapa tanya macam tu? Bie ingat selama ni sayang main-main ke dengan bie?" Suara Sofea sudah mula berubah. Agak kasarnya bunyinya.
“Okay... Okay... Sorry sayang. Kita kahwin, okay? Kita tak payah bertunang, nikah je terus. Bie tak nak kehilangan sayang. Bie sayangkan sayang.."
“Ye, bie. Sayang pun sayangkan bie. Bab bertunang tu sayang pun tak nak. Agak tak sesuai dengan status sayang ni." Balas Sofea. Kelihatan Fawwaz mengangguk tanda faham.
“Okay, sayang. Hujung bulan ni kita nikah, ye? Soal persiapan semua biar bie yang urus. Sayang pasang diri je." Fawwaz sempat memberikan senyuman penuh makna.
“Hujung bulan ni? Sempat ke bie? Hari ni pun dah 9 haribulan dah."
“Sempat, yang. Bie kan ada ramai kawan. Pekerja pun ramai. Nanti bie kerah lah diorang buat apa yang patut. Sayang rileks je, okay? Mak pun asyik tanya bila nak nikah. Yelah, kita ni selalu keluar sama-sama. Tak manis orang tengok. Segala yang terjadi sebelum ni, kita lupakan ye sayang? Kita mulakan hidup yang baru. Bie nak hidup dengan sayang dan abang. Bie nak jaga sayang dengan abang sampai bila-bila?" Sofea membalas senyuman manis Fawwaz dengan seadanya.
“Terima kasih, bie... Alangkah bagusnya kalau adik ada sekali. Dapat sama-sama dengan abang rasa kasih sayang seorang ayah. Adik tak sempat nak rasa semua tu..." Kelopak mata Sofea sudah mula bertakung. Dia menggigit bibir menahan sebak.
“Adik meninggal dalam keadaan takde dosa, sayang. Kehidupan dia berganda-ganda baik di sana. Dia anak syurga. Sayang jangan terlampau tangisi pemergian adik seolah-olah kita tak terima qadha dan qadar Allah. Ada sebab kenapa ni semua terjadi. Sayangg...."
Sofea mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Fawwaz.
“Terima kasih sebab sudi terima bie... Bie janji bie akan jaga rumahtangga yang kita bina nanti dengan baik. Bie tak nak ada orang ketiga ataupun keempat kacau hubungan kita nanti. Sayang faham, kan?" Pantas Sofea menangguk.
“In Sha Allah, sekiranya kita saling percaya sesama sendiri rumah tangga kita akan kekal. Sayang pun tak sempurna. Sama-sama kita jaga hubungan kita. Bie dah ambil kursus nikah, kan?"
“Dah, sayang. Dah lama dah ambil. Tinggal nak tunggu salam dengan tangan tok kadi je. Ermm, tak sabarnya nak kahwin. Nak ada bini." Sofea ketawa kecil dengan gurauan nakal dari Fawwaz.
“Gatal lah bie ni." Fawwaz turut ketawa. Seketika dia memandang wajah pucat Sofea.
“Okaylah, yang. Bie kena gerak pergi studio balik ni. Ada photoshoot lagi dua session. Nanti malam bie call." Sofea mengangguk lagi.
“Drive kereta hati-hati. Kerja elok-elok, ye?" Pesan Sofea ikhlas.
“Ye, sayang. Bie ingat pesan sayang. Sayang pun sama. Makan ubat tu. Jangan skip makan apa semua. Kalau tekak tak lalu nak telan. Ingat muka bie yang handsome ni. Confirm berselera!" Sofea membuat muka mahu termuntah. Fawwaz ketawa lagi. Selang dua minit Fawwaz meninggalkan kawasan perumahan Sofea dengan kereta mewahnya. Sofea hanya memandang kosong.
Dalam hatinya terdetik. Semoga ini adalah jodohnya yang terbaik. Dia tidak ingin terluka lagi. Dia juga inginkan kebahagiaan bukan penderitaan lagi. Semoga hubungan dia dan Fawwaz Nazril berkekalan hingga ke hujung nyawa. Amin Ya Rabbal Alamin.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
