Bab 33

9.9K 442 26
                                        

"Mama, abang nak belon tu... Mamaaa, bagilah!" Laju Rayyan mengejar mamanya dengan basikal yang dinaiki. Terkedek-kedek Sofea berlari sambil mendukung Raisya, sementara sebelah tangannya memegang belon besar berwarna merah dan hitam yang diikat pada seutas tali. Ketika itu, mereka di luar pagar rumah, sedang beriadah petang.

"Mama...." Renget Rayyan lagi sementara Sofea sudah ketawa lucu. Lawak tengok muka tak puas hati Rayyan. "Mama lepaskan eh, belon ni? Kasihan dia. Dia pun nak hidup bebas juga." Sofea mengusik lagi membuatkan Rayyan menjerit manja. Raisya hanya diam di dalam dukungan mamanya, sesekali dia tersengih melihat telatah abangnya yang laju mengayuh basikal.

Ketika mereka sedang bergurau senda, sebuah kereta Ford Mustang berhenti di betul-betul pagar rumah mereka. Sofea memandang Rayyan yang masih merengek mahukan belon. Sofea serahkan saja, kelihatan anaknya itu sangat gembira.
"Siapa pula datang ni." Ujarnya sendirian sambil memandang kereta yang belum nampakkan tuannya.

Saat satu susuk tubuh keluar dari kenderaan mewah itu, Sofea sudah terlopong. Wajah Rayyan dipandang lagi. "Abang.... Abang ke yang bagitau Uncle Fawwaz alamat rumah kita?" Kelihatan wajah comel Rayyan keliru. Saat matanya dialihkan ke pagar rumah, tubuh tegap Fawwaz terpampang di matanya. Cepat sahaja dia mahu berlari mendapatkan Fawwaz sambil tersengih dengan basikalnya, pantas Sofea menahan.

"Jawab soalan mama dulu. Abang ke yang bagitau uncle?" Cepat-cepat Rayyan mengangguk.
"Abang bagitau uncle. Nanti senang uncle datang rumah kita nak main-main dengan abang. Main-main dengan adik." Sofea menepuk dahi. Rayyannnn, semua benda dia mahu beritahu Fawwaz. Aduhai!
"Abang... Kenapa abang beritahu? Kan, mama dah cakap. Alamat rumah kita jangan dedahkan dekat sesiapa kalau takde kecemasan. Bahaya tahu tak?" Sofea memperlahankan suara.

Sofea memang sudah ajar Rayyan agar mengingati alamat rumah mereka dan nombor telefonnya. Manalah tahu, kalau ada apa-apa hal kecemasan. Namun, lain pula yang jadi sekarang ni.

"Tapi, uncle yang nak tahu, mama..." Balas Rayyan dengan intonasi yang rendah. Dia seperti tahu mamanya sedang marah sekarang. Sofea hanya menggeleng sebelum melangkah ke arah Fawwaz yang belum sedang kehadiran mereka dari arah belakang. Dia ralik memandang ke kawasan rumahnya sambil memberi salam.

"Assalamualaikum..." Salam untuk kali ketiga diberi namun, kelibat tuan rumah belum kelihatan. Fawwaz melepaskan nafas. Ada orang ke tak ni? Tapi, kereta Myvi putih milik Sofea ada je dekat porch.
Belum sempat Fawwaz mengeluarkan handphonenya untuk menghubungi Sofea, wanita itu menjawab salam dari arah belakang. Terkejut habis Fawwaz, nasib dia tak melatah.

"Ya Allah, kus semangat. Saya beri salam dekat depan rumah. Alih-alih, awak ada dekat belakang." Sofea hanya tersenyum. Lawak tengok muka terkejut Fawwaz. Mungkin dia betul-betul terkejut, sampai merah muka putihnya. Fawwaz membalas senyum kepada Sofea. Seketika dia mengamati wajah itu.

Haish, pakai baju kelawar dengan tudung makcik-makcik pun cantik. Ya Allah, bertuah sungguh siapa yang dapat Sofea ni.  Fawwaz tersenyum seorang diri. Sempat lagi dia membayangkan mereka sedang bersanding di atas pelamin. Hahah gelojoh la kau, Fawwaz.

"Fawwaz , awak dengar tak saya cakap apa ni?" Tersentak lelaki itu apabila ditegur oleh suara merdu Sofea yang sedang mendukung Raisya Ameera. Mata bayi itu membulat melihat ke arahnya. Baru saja Fawwaz ingin membalas tiba-tiba terdengar jeritan dari Rayyan. Loceng basikal dibunyikan berkali-kali.

Kring... kringgg....

"Uncle..." Jerit Rayyan nyaring. Dia mengayuh basikal dengan laju ke arah Fawwaz tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Mujur Fawwaz dapat mengelak dengan cepat sambil berkata "Eh... Eh..." Kalau tidak, sudah pasti akan ada kemalangan kecil. Rayyan pula cepat sahaja dia menekan brek saat dia hampir melanggar Fawwaz. Sofea menjerit kecil. Seriau melihat aksi 'ganas' Rayyan itu. Ish... Ish... Rayyan Ameer oi...

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang