Selesai membeli jam tangan Rayyan, mereka berempat singgah pula membeli barangan keperluan Rayyan dan Raisya. Oh, lupa pula nak beritahu. Fawwaz membelikan Rayyan jam tangan sebiji macam dia punya. Cuma harga lebih murah berbanding jam tangan miliknya. Terbuntang jugalah, bila tengok harga jam itu. RM450, beb! Padahal yang nak pakai tu budak kecil je. Umur pun belum sampai 5 tahun.
Membebel jugalah Sofea kepada Fawwaz supaya jangan dimanja sangat Rayyan tu. Beli jam RM10 pun dah elok dah. Tapi, dah namanya Fawwaz Nazril. Dia boleh gelak saja bila Sofea membebel. Baru pertama kali, dia mendengar Sofea membebel. Comel sahaja suaranya. Sofea hanya mampu menggeleng saat Fawwaz pakai ambil sahaja baju-baju Rayyan dan Raisya. Seorang promoter menghampiri keluarga bahagia itu. Dia melayan kehendak Fawwaz dengan penuh kesabaran.
Cerewet juga Fawwaz ni. Dibelek betul-betul mana-mana baju yang dia ambil untuk pastikan tiada yang rosak, mahupun terkoyak. Jahitan baju itu juga diteliti sehingga puas. Fuhh, macam-macam betul Fawwaz ni. Dia pula sesuka hati menyuruh promoter itu mencari warna-warna yang tiada di bahagian display. Nampak jugalah muka promoter tu stress, walaupun dia pura-pura tenang. Hahaha, jahat gila Fawwaz!
“Awak... Dah lah tu. Banyak sangat baju awak ambil ni. Dah lah, bukan murah." Sofea membelek tag harga pada sehelai baju kemeja Rayyan. Mak aihhh, RM69.00. Ni dah macam harga baju kurung aku ni. Kedengaran Fawwaz bergelak kecil.
“Takpe lah. Benda yang mahal ni berkualiti, tahu? Tengok ni, dia cakap baju ni kalau awak terlupa nak angkat iron lama sikit pun tak terbakar. Manalah tahu, masa tu adik menjerit nak susu ke? Kan sayang, kan? Muahh... "
Bersahaja Fawwaz mencium pipi Raisya di dalam dukungan Sofea. Sofea turut tersenyum saat Raisya ketawa mengekek. Bermungkinan geli wajahnya dicium Fawwaz. Rayyan yang berada di sampingnya sudah menjerit-jerit manja kepada Fawwaz.
“Uncle... Abang nak jugak. Abang pun nak juga uncle kiss abang..." Rayyan melompat-lompat, berharap Fawwaz mencium juga pipinya seperti Fawwaz lakukan kepada Raisya.
Sofea menggeleng perlahan melihat perangai anaknya itu. Seketika dia dan promoter itu membalas senyum. Fawwaz pantas mendukung Rayyan yang sedang menjerit itu.
“Alaa.. Jelous pula dia. Tengok abang ni mama. Dia jelous sebab takde orang nak kiss dia." Serentak Fawwaz mencium Rayyan bertalu-talu. Sofea tersenyum lagi menyaksikan situasi indah di matanya.
Seketika Fawwaz membayar barang-barang tadi. Dia juga sempat memasuki butik FASHION VALET. Salah satu butik yang agak terkenal. Dua helai blaus yang dirasakan sesuai dengan Sofea dia ambil tanpa pengetahuan wanita itu. Nafsu shopping kuat betul hari ini. Entah berapa dia habiskan hari ini kerana membelanja keluarga itu. Biarlah, dia berniat untuk bersedekah. Tak salah buat baik.
Penat membeli, mereka singgah di surau pusat membeli-belah itu untuk solat maghrib. Kemudian, mereka singgah pula untuk makan di CHICKEN RICE SHOP. Kali ini, Sofea menawarkan diri untuk membelanja. Dia dah naik malu kerana kesemua pembelanjaan tadi Fawwaz yang tanggung. Untuk kali ini dia tidak mahu mengalah lagi. Fawwaz tersenyum melihat ketegasan Sofea.
“Saya gembira sangat hari ni. Dapat luangkan masa dengan Sofea, dengan anak-anak. Entahlah, saya tak tahu macam mana nak ceritakan. Saya rasa bahagia sangat hari ni." Fawwaz berkata sambil menguis rambut yang terjuntai di dahi. Anak kecil itu sedang tekun menghadap nasi ayam di pinggannya. Sementara Sofea meriba Raisya sambil menyuap makan. “Maksud awak?" Soal Sofea kembali.
Sofea akui dirinya sedikit pelik dengan pengakuan Fawwaz. Gaya Fawwaz cakap, dia seperti tidak pernah berasa bahagia. Biar betul lelaki kacak ni. Eh, tersebut kacak pula. Wajah manis Fawwaz dipandang.
“Sofea... Saya rasa saya dah jumpa kebahagian yang saya cari selama ni. Selama ni saya akui saya sunyi. Saya cemburu lihat orang lain yang ada isteri, yang ada anak-anak yang comel.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
