Bab 77

8.1K 359 58
                                        

Langkah kaki Sofea terhenti saat melihat figura dua susuk tubuh yang amat dikenali itu. Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Diana! Berat kakinya ingin melangkah ke arah mereka. Dia tahu, sebentar lahi dia akan dimaki sepuasnya oleh mereka.
"Mama..." Jerit Rayyan kuat sambil berlari ke arahnya. Semua mata memandang ke arahnya termasuk Haneez dan Saiful.
"Mama... Mama pergi mana? Kenapa tinggalkan abang?"

Sofea tidak membalas pertanyaan anaknya sebaliknya dia mendekatkan tubuh Rayyan rapat ke arahnya. Melihat Sofea di situ, Puan Sri Diana berjalan tepat ke arahnya. Dia memandang Sofea dari atas sehingga ke bawah. Wajahnya kelihatan sangat angkuh.

"So, daddy. Ni la betina yang Am gilakan sangat tu? Sampai sanggup tinggalkan kita?" Tan Sri Iskandar memandang wajah Sofea dengan tajam. Dia amat bencikan wajah ini. Perempuan ini jugalah punca Daniel berubah perangai kerananya.
"Kau buat apa dekat sini, hah? Kau tahu tak disebabkan kau lah anak aku dapat malang. Sebab kau anak aku accident. Sebab kau anak aku hampir mati kau tahu tak. Berani kau tunjuk muka dekat sini?" Tengking Puan Sri Diana kuat.

Manakala Sofea menggengam erat tangan Rayyan meminta kekuatan.
"Puan Sri... Jangan tuduh ikut suka hati je. Tak tahu apa-apa baik diam. Salah anak puan sri sendiri yang sukakan si Sofea ni. Bukan dia yang terhegeh-hegeh sukakan Daniel tu. Lagipun..."
"Heyyy.... Kau diam! Kau siapa nak potong cakap aku ni? Ada aku kenal kau ke? Dia ni memang bawa sial tahu tak?" Kata-kata balas dari Haneez yang mahu menyebelahkan Sofea, membuatkan Puan Sri Diana semakin berapi.

Haneez sudah panas duduk. Dia bangkit laju dari duduk untuk membalas lagi kata-kata keji dari wanita bongkak itu.
"Takpe, Neez. Biar je puan sri ni cakap apa. Emosi tengah tak stabil. Kita cakap apa pun tak guna." Balas Sofea dengan lembut. Kalau boleh, dia memang tidak mahu berkasar dengan orang tua. Sabar selagi boleh sabar.

"Biarkan apa, Pia? Kau nak biar je dia fitnah kau macam-macam? Sedangkan kau tak bersalah pun dalam kes ni? Takkan nak diam je?" Haneez membalas dengan wajah tidak puas hati.
"Haneez... Biar je. Aku tak nak kes ni berpanjangan. Biarlah diorang nak tuduh apa pun. Aku malas nak bergaduh." Tan Sri Iskandar yang dari tadi menyepi, melangkah perlahan ke arah isteri kesayangannya.

"Sudah... Tak payah nak buat baik dekat sini. Sengaja nak tutup salah diri konon. Kau dengar baik-baik, ye! Kalau jadi apa-apa dekat anak aku, aku tak kan maafkan kau. Kau kena bertanggungjawab!" Kata Tan Sri Iskandar.
"Betina jenis apa kau ni, hah??? Dasar janda tak guna. Hati kau tu hitam! Kalau nak kikis harta orang, kau jangan cari anak aku. Belambak lagi orang kaya dekat luar sana. Asalkan jangan kacau keturunan aku!" Balas isterinya pula.

Kedua-dua suami isteri itu terus-terusan menghina Sofea. Air mata Sofea yang sudah mengalir itu disapu lembut. Dia masih mampu mengawal dirinya dari membalas balik kata-kata mereka.
Saiful melepaskan nafas berat. Dia tak boleh tahan sabar apabila melihat pasangan itu semakin melampau menghina Sofea. Sofea ni baik sangat, orang dah hina dia macam tu pun boleh sabar lagi.

Hisyyy, aku pula yang geram!

"Puan sri, tan sri... Sudahlah tu. Tak baik gaduh-gaduh ni. Sepatutnya kita dekat sini berdoa dekat Am tu. Bukannya bergaduh, menuduh orang macam budak-budak. Semua orang nak kan Am selamat, kan?" Puan Sri Diana semakin panas hati mendengar kata-kata Saiful.
"You all tak faham perasaan I macam mana. Anak yang I kandung sambilan bulan, yang I jaga dia dari kecil. Sanggup tinggikan suara dia untuk bela janda gatal macam dia ni.

Hati ibu mana tak sakit kalau anak sendiri sanggup buat macam tu dekat kita semata-mata kerana betina? Hey, janda! Kau ni memang takde maruah, kan? Kau sanggup cemarkan maruah kau semata-mata nak goda anak aku. Dasar betina gila harta. Entah-entah anak kau yang ni pun anak luar nikah! Sebab tu kau kena cerai, jadi janda!!"

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang