Bab 81

8.9K 356 7
                                        

Fawwaz melepaskan nafas berat. Susuk tubuh Daniel yang terbaring lemah dihadapannya dipandang sambil menongkat dagu menggunakan tangan. Sudah tiga hari Fawwaz berada di hospital dan selama itu jugaklah Fawwaz tidak jemu menemaninya. Daniel tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kecuali Fawwaz saja. Dia masih belum dapat menerima hakikat dengan apa yang terjadi. Tambah-tambah sejak mengetahui status anak angkat itu. Kepalanya berserabut.

“Sampai bila kau nak macam ni? Diorang tu datang dari jauh sebab nak tengok kau. Diorang rindukan kau tapi, kau tak kasi diorang melawat kau pulak. Sudahlah tu, Am. Kau tak kasihan ke dekat diorang? Diorang nak sangat tatap muka kau, nak-nak bila dapat tahu yang....."
“Aku ni anak diorang??" Potong Daniel laju. Matanya memandang tepat ke arah Fawwaz.
Ya, dia sudah tahu segalanya. Tentang siapa ibu dan bapa kandungnya. Semuanya telah pun diceritakan oleh Fawwaz Nazril, yang kini sudah digelar adik angkatnya.

Satu kenyataan yang amat pahit terpaksa ditelan dan dia harus menerima hakikat di sebalik semua ini. Tak sangka langsung majikannya selama ini yang sudah dianggap sebagai ibu bapa kandungnya adalah ibu bapanya yang sebenar.  Mereka ialah Pak Samad dan Mak Nah. Orang yang telah memberi pekerjaan kepadanya semasa tinggal di Sungai Petani dulu. Lebih menyedihkan, Pak Samad sanggup menjualnya. Darah dagingnya sendiri!

“Perlu ke sampai nak jual aku dekat orang lain? Dekat orang luar pula tu. Kalau dekat saudara-mara sendiri tu takpe lagi. Boleh jugak ambil tahu pasal aku. Ni, orang yang entah siapa, tinggal mana pun tak tahu. Bagi macam tu je! Kalau lah orang yang beli aku tu orang jahat macam mana?" Soal Daniel lagi. Fawwaz mengemam bibir. Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana cara mahu memujuk Daniel untuk berjumpa dengan ibu dan bapa kandungnya. Daniel langsung tidak bersetuju kerana hatinya masih sakit.

“Takde lah. Buktinya elok je kan mummy dengan daddy kau bela kau. Bagi je apa kau nak, sayang kau lebih pada nyawa diorang lagi. Am...." Fawwaz menggenggam tangan Daniel.
“Ayah kau terpaksa buat semua ni sebab dia nak selamatkan satu nyawa. Orang tu adalah mak kandung kau sendiri. Okay, cuba kau bayangkan kalau kau di tempat ayah kau. Isteri kau sakit dan dia kena operate masa pregnant anak kau. Doktor suruh kau pilih samada kau nak selamat bini kau ke anak kau. Mana satu kau nak pilih?" Fawwaz sabar menunggu jawapan dari Daniel.

Daniel terdiam. Fawwaz tersenyum tawar sebelum menyambung.
“Mesti kau pun akan pilih bini kau, kan sebab dia lah orang yang paling kau cinta. Yang kau sayang, kan?"
“Tapi, anak aku pun aku sayang."
“Ye... Aku faham. Tapi, kita boleh cakap apa je sekarang ni sebab kita tak pernah duduk ni tempat ayah kau. Tak pernah merasa kesusahan dia masa tu. Jadi, kita boleh main cakap je. Am, ayah kau dah menyesal sangat tu. Cukuplah, kau tak kasi dia datang sini tengok kau. Mak kau pun haritu dah marah dia cukup-cukup.

Tapi, marah macam mana pun sekarang dia faham situasi masa tu. Semuanya sebab terpaksa. Diorang dah baik dah sekarang ni. Cuma, kau je. Maafkan lah ayah kau. Diorang dah tua, dah tak larat. 31 tahun diorang terpisah dengan kau, dan ni lah masa dia korang bersatu semula. Dia nak sangat jumpa kau."
“Abang....." Daniel memandang Fawwaz. Lama. Sempat Fawwaz menghadiahkan senyuman.

“Bersatu semula dengan keluarga kau. Aku yakin, inilah kebahagiaan kau yang baru. Buang peristiwa lama, jadikan satu pengajaran buat kau. Satu lagi, walaupun kita bukan adik beradik kandung tapi, sampai bila-bila kau tetap akan jadi abang aku. Abang kandung aku!"
“Ril..." Fawwaz memeluk abangnya erat namun, tetap berjaga-jaga takut terkena luka di tubuh Daniel.

Fawwaz menyapu air mata Daniel yang mengalir laju di pipi. Manakala, air matanya dibiarkan saja.
“Ril...." Fawwaz tersenyum tawar.
“Bawakan diorang jumpa aku.. Aku... Aku nak jumpa dengan mak ayah kandung aku..." Fawwaz tercengang.
“Betul ke ni?" Daniel mengangguk.
“Betul.. Aku nak jumpa diorang. Se... Sebelum terlambat." Fawwaz mengelap air matanya dengan siku.
Okay... Okay, aku bawa diorang jumpa kau. Kejap, ye?" Belum sempat Fawwaz melangkah, tangannya disambar oleh Daniel.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang