Fawwaz menarik nafas kemudian mengetuk pintu dua kali. Beberapa saat dia menunggu, akhirnya dia terpaksa memberanikan diri masuk sahaja ke dalam bilik itu apabila kedengaran suara Tan Sri menyuruhnya masuk. Di hadapannya, kelihatan Tan Sri Iskandar sedang membelek iphone mewahnya.
Fawwaz memandang sekeliling bilik pejabat bapanya. Inilah hasil usaha antara kerjasama Tan Sri Iskandar dan ibunya Vita Mahyuni suatu ketika dahulu ketika mereka masih bergelar suami dan isteri. Namun, kini segala sudah berakhir. Tan Sri Iskandar menjadi pemilik sepenuhnya empayar besar ini semenjak dia bercerai dengan Puan Vita.
Lebih menyayat hati, hanya wang sebanyak 25% dari milik syarikat diberikan kepada jandanya untuk menyara hidup ketika itu. Orang tua itu memang tak adil. Tan Sri Iskandar tamak!
"You nak apa sebenarnya? Siapa izinkan you dekat office ni?" Penuh angkuh sekali bicara orang tua itu ketika bercakap dengan anak kandungnya.
Ini ke bapak kau Fawwaz? Yang kata sayang kau, tatang kau masa kecil-kecil dulu? Kenapa dia sudah berubah 100% sekarang? Apa salah kau buat dekat dia sampai dia benci kau macam ni sekali? Mana hati dan perasaan dia sebagai bapak kau? Dah hilang ingatan ke?
Seketika Fawwaz menarik nafas. Sebolehnya dia tidak mahu bersikap kurang ajar dengan lelaki yang telah menyebabkan dia wujud di dunia ini.
"Maafkan saya, Tan Sri. Saya takde niat untuk ganggu urusan kerja Tan Sri. Sebenarnya saya ke sini sebab nak jumpa dengan Daniel Izham. Abang saya!" Kenyataan dari mulut Fawwaz membuatkan orang tua itu semakin panas hati.
"Izham? You nak jumpa dia? Please lah tak payah acting macam tak tahu apa-apa. Nak jumpa dia macam mana kalau dia takde dekat sini."
"Dia pergi mana?" Pantas Tan Sri Iskandar menjeling Fawwaz.
"Kau yang punca anak aku lari dari rumah. Tinggalkan syarikat, tinggalkan aku dengan isteri aku. Kau boleh tanya lagi dia pergi mana? Apa masalah kau sebenarnya, hah? Kau kalau ada masalah dengan aku, berdendam ke apa ke. Jangan libatkan anak aku. Izham tu satu-satunya anak aku. Faham tak? You got it?"
Marahnya bersungguh sehingga kata ganti nama pon bertukar. Fawwaz memejamkan mata. Benarlah kata hatinya selama ini. Lelaki tua ini sudah lama membuang dirinya. Sudah terbukti dia mengaku yang Daniel itu satu-satunya anaknya. Bukannya Fawwaz Nazril.
'Kau masih nak berlembut lagi ke Fawwaz dengan orang macam ni? Dia dah selalu hina mak kau. Dah tak mengaku kau tu anak dia. Apa kau nak buat sekarang? Nak menangis? Menangislah kalau kau lemah!!!' Seperti kedengaran suara bisikan halus di telinganya.
"Saya tak tahu apa salah saya. Pasal dendam ke apa ke, demi Allah tak pernah langsung terlintas dekat hati ni. Saya dengan mak saya dah hidup bahagia tanpa lelaki yang tak mengaku yang dia tu bapak saya. Kalau Tan Sri anggap macam tu, Tan Sri memang salah besar. Biarpun kami hidup sederhana, tapi mak saya tak pernah ajar saya simpan dendam mahupun suruh saya balas dendam.
Saya dah buat salah besar hari ni. Tak patut saya melangkah masuk di bekas office mak saya yang telah dirampas oleh seorang lelaki yang gila pangkat dan harta. Saya minta maaf. Niat suci saya untuk berjumpa dengan abang saya dah disalah anggap. Saya pergi dulu. Assalamualaikum!" Selesai berkata Fawwaz terus meluru keluar dari bilik Tan Sri Iskandar tanpa menunggu lama. Cepat sahaja dia melangkah ke arah Saiful yang sedang duduk bermain handphone di ruang menunggu.
"Jom balik!" Sapanya dengan keras.
"Balik? Asal? Am takde ke? Kau macam mana tadi. Bapak kau kata apa je dekat kau?" Pertanyaan Saiful membuatkan darah Fawwaz naik.
"Mulai hari ni. Kau jangan sebut pasal bapak aku lagi. Aku dah takde bapak! Bapak aku dah mati!!!" Serentak itu dia melangkah laju meninggalkan Saiful yang terkedu tidak tahu apa-apa di situ.
Saiful malu sendirian. Dia menoleh ke kanan dan kiri. Ada beberapa orang pekerja yang melihat drama mereka tadi. Lekas-lekas dia tersengih dan berlari anak mengejar bayang Fawwaz yang semakin hilang.
Ahhh, sudah! Tiba-tiba kena hamun ni apa cerr??
🌼🌼🌼🌼🌼
SEMENTARA DI DALAM BILIK TAN SRI ISKANDAR...
Tangan tua itu memegang satu bingkai gambar kecil yang diambil dari peti besi miliknya. Peti besi itu tidak ada sesiapa yang boleh buka melainkan dirinya sahaja dan kepada sesiapa yang tahu kata kunci. Tan Sri Iskandar mengusap gambar seorang anak kecil yang duduk di ribaan seorang lelaki. Itu adalah dirinya, Puan Vita dan Fawwaz yang masih kecil. Gambar itu ditangkap sebagai potret keluarga ketika dia masih bergelar suami kepada Puan Vita Mahyuni.
Maafkan ayah, nak. Ayah terpaksa buat semua ni. Demi Allah, ayah tak pernah buang kamu dalam hidup ayah. Ayah sangat sayangkan kamu, Nazril. Tapi, ayah ego dan ayah terlalu mendengar kata hati. Ayah takut tunjukkan kasih sayang ayah dekat kamu. Ayah takut Diana marah dan bawa pergi Izham dari ayah. Ayah sayang kedua-dua anak ayah. Ayah sayangkan Diana. Ayah janji suatu hari nanti, ayah akan peluk kamu, nak. Ayah janji."
Bagaikan orang sasau. Tan Sri Iskandar bercakap sendirian dengan sisa air matanya yang mengalir di pipi. Dia berjalan mendekati peti besi miliknya. Pintu kecil itu dibuka, diambil pula gambar seorang jejaka yang seperti diambil dengan gaya candid. Gambar itu turut diusap sayang.
"Dah besar anak ayah ni. Betul kata spy ayah. Wajah kita berdua seiras. Kamu banyak mewarisi muka ayah berbanding mak kamu. Handsome anak ayah, tinggi ayah. Putih ikut ayah dengan mak." Tan Sri Iskandar mencium wajah Fawwaz di dalam gambar sambil tersenyum manis. Kemudian dia mengambil gambar bekas isterinya yang masih disimpan sehingga ke hari ini.
"Ita.. Harini anak kita datang office kita. Abang tak sangka dia masih sanggup datang sedangkan sebelum ni abang tak pernah layan dia dengan baik. Abang marah dia tadi, Ita. Abang berdosa. Ego abang telah melupakan perasaan rindu abang dekat dia. Tapi awak besarkan dia dengan baik. Abang tahu dia marahkan abang tadi. Tapi dia tak naikkan suara dengan abang. Marah macam mana pun dia dengan abang dia boleh hormatkan abang lagi.
Abang berdosa, Ita. Tinggalkan kamu berdua selama ni. Abang.... Abang rindukan keluarga kita yang dulu...." Tan Sri Iskandar menangis teresak bagaikan anak kecil. Dia terlalu rindukan Puan Vita dan Fawwaz. Keluarga yang harmoni, tiada perselingkuh faham. Yang hormat-menghormati sesama mereka. Tidak seperti keluarganya sekarang. Haru-biru!
Dia benar-benar menyesal. Tapi, nak buat macam mana. Dia takut sekiranya Puan Sri Diana marah kepadanya. Sekarang dia kehilangan benar-benar Daniel. Anak hasil pernikahan antara dia dan Puan Sri Diana. Tetapi, dia lagi sedih dengan apa yang dia buat kepada Fawwaz sebentar tadi. Dia seorang pendosa. Seorang bapa yang tak berguna. Sekiranya Fawwaz dan Vita tidak memaafkan dirinya, pasti dia akan merangkak mencari mereka di akhirat kelak!
Tiba-tiba bunyi interkom mematikan lamunannya terhadap masa lalu. Cepat-cepat butang interkom ditekan selepas dia mengemas gambar-gambar yang berselerakkan. Sisa air mata dilap menggunakan tangan.
"Yes??" Sapanya dengan kurang mesra.
"Tan Sri.. Mesyuarat akan dimulakan 10 minit dari sekarang." Beritahu Suzy, setiausahanya.
Tan Sri memegang kepalanya yang terasa terpusing.
"Batalkan semua meeting saya hari ni. Saya half day. Nak balik rumah sebab kurang sihat." Balasnya.
"Tapi, Tan Sri. Customer dari Nurani Berhad, Dato Jeffrey...."
"You pekak ke? Aku dah kata batal tu batal je lah. Jangan nak banyak bunyi kalau terus nak kerja lagi dengan aku! Benda senang macam tu pun tak boleh buat ke?" Potong Tan Sri Iskandar laju sahaja sehinggakan Suzy tercengang.
"Iam sorry, Tan Sri." Dia tidak membalas. Terus sahaja dia mematikan talian. Dia membawa diri ke set sofa mewah di biliknya. Ingin melelapkan mata sebentar sebelum pulang ke villanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
