Bab 52

11.7K 409 46
                                        

TUP.. TUP.. TUP..

Kedengaran bunyi defibrillator atau lebih dikenali sebagai mesin sambung nyawa berbunyi di wad yang menempatkan Raisya Ameera. Suasana suram dan sunyi ketika ini. Kedengaran juga luahan nafas oleh seseorang. Di sisi katil anak kecil itu, ada seorang bapa yang berpakaian suit biru dan face mask sedang menangis saat melihat nasib anak perempuannya. Hatinya sayu dan dihambat rasa bersalah kerana dirasakan anak itu sakit disebabkan oleh dirinya.

Dulu, dia langsung tidak hiraukan kehadiran anak ini. Dia langsung tidak berikan kasih sayang terhadap anak ini. Dia langsung tidak menjengok anak ini. Yaa, dia mengaku dia bapa yang tidak berguna. Papa tak guna! Kerana atas fitnah seseorang dia termakan dan tanpa berfikir panjang dia menghukum anak yang tidak berdosa ini. Air mata jantannya gugur laju di pipi.

"Adik jangan tinggalkan papa...." Hanya itu yang terluah. Yang lain hanya kedengaran esakan dari bibirnya. Namun, dia cuba mengumpul kekuatan untuk memberi semangat kepada anaknya supaya terus berjuang melawan penyakit. Zafran Hadiff mencium pipi gebu Raisya yang sedang tidur lena itu. Wayar-wayar yang dipasang di tubuh anak kecil itu, Zafran tidak berani mahu mengusik. Takut terjadi apa-apa pula nanti.

"Sepatutnya yang baring dekat sini, papa! Papa berdosa dengan adik. Papa tak pernah layan adik, macam papa layan abang sebelum ni. Papa berdosa dengan anak-anak papa. Lebih-lebih lagi, dengan mama. Ya Allah! Apa yang papa dah buat ni? Papa lebih percayakan orang lain dari keluarga sendiri. Papa minta maaf, sayang. Mama terlalu baik untuk papa. Sepanjang papa kahwin dengan mama, mama tak pernah tinggikan suara dengan papa. Tak pernah lawan cakap papa.

Semua yang papa suruh, mama ikut. Mama isteri mithali. Tapi, papa yang bodoh. Sanggup papa tinggalkan mama. Tinggalkan anak-anak papa. Sekarang ni, bila dah hilang semuanya. Baru papa menyesal! Adik... Kalau adik nak tahu, sebab kenapa papa tak pernah layan adik dulu dan sebab papa ceraikan mama. Papa... Papa... Sebenarnya...." Zafran menarik nafas dalam. Dia mengumpul kekuatan. Tangan kecil Raisya yang berselirat dengan wayar Zafran pegang lalu dibawa ke bibir.

"Papa termakan fitnah orang. Kawan baik papa sendiri. Dia kata mama ada affair dengan orang yang lagi kaya dari papa. Mama curang dengan papa. Masa tu mama tengah mengandungkan adik. Dia hasut papa yang adik ni sebenarnya bukan anak papa. Papa bodoh, dik. Papa termakan fitnah dia. Mulanya papa tak percaya. Tapi, hari-hari dia cakap benda yang sama. Sampai dia ada tunjuk bukti mama keluar dengan lelaki lain. Padahal itu client ofis mama je. Macam-macam fitnah dia dekat mama sebab dia dengkikan papa.

Papa percaya je cakap dia sampai papa sanggup ceraikan mama. Adik.. Lepas kami bercerai, baru papa tahu cerita sebenar. Tapi, papa ego. Papa malu nak minta maaf dengan mama sebab papa tak nak mama marahkan papa. Sampailah malam yang mama call papa cakap adik sakit. Papa buat tak kisah disebabkan ego papa. Papa boleh tidur dalam keadaan hujan lebat tu. Tiba-tiba, papa termimpikan adik. Adik.... Adik...." Zafran menangis teresak-esak. Dia mengingati dosa-dosanya yang lalu.

Dosa kepada anak-anak, dosa kepada bekas isteri, dan yang paling penting. Dosanya kepada Allah swt. Zafran mengelap air mata di pipi.
"Adik senyum je dekat papa.
Dalam mimpi tu, adik cakap adik sayang papa. Adik tak pernah marahkan papa. Ya Allah, apa yang papa dah buat ni? Maafkan papa, dik. Papa berdosa dengan adik. Adik... Cepat sedar, ye? Papa janji lepas ni papa takkan abaikan anak-anak papa lagi. Papa nak jaga abang dengan adik dengan sebaiknya.

Papa nak tebus dosa-dosa papa. Selama ni papa biar je mama tanggung seorang diri. Papa nak biar mama rehat pula. Mama dah penat. Adik.. Adik kena ye, sayang? Adik kan sayang papa. Raisya Ameera..." Zafran mencium lagi dahi Raisya.
"Anak dara papa ni bila dah besar mesti cantik macam mama. Kulit putih dia, mata bulat dia, hidung mancung dia. Cuma mulut adik ikut papa. Anak papa ni cantik. Adik betul-betul mewarisi kecantikan mama. Papa harap adik pun akan mewarisi keperibadian mama juga.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang