Bab 60

9.1K 368 9
                                        

Puan Sri Diana menangis seperti anak kecil. Suaminya yang berada di sebelah langsung tidak dihiraukan. Kedengaran Tan Sri Iskandar mengeluh kuat.
“Sudahlah menangis tu. Tak penat ke you ni asyik menangis je kerja? Dah macam budak kecil tahu tak." Ujarnya sambil duduk di sofa ruang tamu. Matanya tepat memandang Puan Sri Diana yang menangis di sebelahnya.
Segera isterinya itu berpaling ke arahnya.

“Macam mana I tak nangis, kalau anak kita tu dah keluar dari rumah kita? Ini semua salah you tahu tak? Kalau you tak berkeras sangat dengan dia, mesti Am tak keluar dari rumah ni!" Balas Puan Sri Diana dengan nada yang agak kasar. Dia geram dengan suaminya itu. Buat macam tak ada masalah saja. Padahal anak mereka tu dekat luar tu entah ke makan atau tidak. Dia tahu Daniel tidak ada wang sekarang. Akaun bank anaknya itu telah disekat oleh Tan Sri Iskandar. Sungguh kejam lelaki ini.

“Ooo.. I sorang je lah yang salah? Habis you tu apa? You setuju ke Am nikah dengan janda tu? Janda anak dua, you suka? Tiba-tiba je dah bercucu. You pun sama je lah. Bukan main bangkang masa dia cerita dia nak nikah hari tu apa? Tolonglah, Dian. You pun salah juga dalam hal ni. Jangan nak tuduh I sorang je." Bidas Tan Sri Iskandar kembali. Panas pula hati ni bila isteri dia tu asyik tuduh dia sahaja. Macamlah dia seorang saja yang bagus. Asyik nak salahkan dia saja.

“Ye, memang I mengaku I pun tak suka. Tapi, bukan cara ni you nak hukum Am tu daddy. Sampai anak keluar rumah. You pula boleh sekat duit dia. You tak fikir ke dia nak makan apa nanti? Entah mana dia sekarang ni, selamat ke tidak. Kalau jadi apa-apa dekat dia, jangan harap I akan maafkan you!!"
“Jadi apa? You kan pasang spy kan, dekat dia? Pergilah cari. Yang sibuk fikir bukan-bukan pasal dia tu kenapa? You tahu tak kata-kata you satu doa? You nak ke Am kena apa-apa??"

Segera Puan Sri Diana menggeleng. “Am tu bukan bodoh. Dia tahu I pasang spy dekat dia. Dia hilangkan diri. Nombor handphone pun dia dah tukar. I dah buntu mana nak cari dia. Ni semua you lah punya pasal. You boleh pujuk Am tu dengan cara baik. Bukan biar je dia keluar dari rumah!" Kata Puan Sri Diana dengan geram. Bantal kecil yang berada di tangannya dibaling kuat ke arah Tan Sri Iskandar tanda geram. Pantas suaminya mengelak namun gagal, bantal kecil itu terkena tepat di bahu.

“Biar betul you ni dia hilangkan diri?" Balas Tan Sri Iskandar kembali. Bantal kecil tadi diletakkan di sebelahnya.
“Buat apa I nak tipu? Kenapa? You rasa resah ke sekarang? Itulah I dah cakap. Kalau you halang dia mesti tak jadi macam ni. I rindukan anak I tahu tak? Entah macam mana Am tu sekarang. Dia bukannya ada duit. Macam mana kalau dia terpaksa jadi pengemis? Duduk dekat kaki lima, dekat lorong-lorong? Lepas tu kena kacau dengan orang jahat pulak?"

Puan Sri Diana mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. Naluri ibunya kuat mengatakan yang Daniel berada dalam kesusahan sekarang. Anaknya itu bukan pernah hidup susah. Bukan pernah hidup tanpa duit, pasti Daniel kesempitan sekarang.
“Dah lah. You jangan fikir bukan-bukan. Daniel tu lelaki. Anak jantan. Tak kan ada orang nak kacau dia pula. Kalau ada pun, mesti dia dah flying kick diorang. You lupa ke anak you tu dulu champion taekwondo peringkat kebangsaan zaman sekolah dia dulu?"

Tan Sri Iskandar merapatkan duduk bersebelahan isterinya. Bahu wanita itu dipeluk erat. Pantas Puan Sri Diana menjeling.
Champion ke tak champion ke kalau benda buruk nak jadi tu tetap jadi juga." Cepat-cepat Tan Sri Iskandar mencubit bibir isterinya.
“Auchh!! Apa you ni?" Marah Puan Sri Diana sambil memegang pipinya yang mula merah itu.
“Mulut tu. Cuba cakap benda yang elok sikit. Am tu satu-satunya anak kita. Ingatlah sikit!"

Puan Sri Diana meleraikan pelukan. “Satu-satunya anak I je. Bukan you! Anak you ada dua, okay! Hasil anak you dengan si janda tu!" Tan Sri Iskandar mengeluh kuat. Isterinya itu seperti sengaja mencari pasal dengannya.
“Dian... Apa ni? Apa lagi yang you tak puas hati? Kalau you risaukan Am. Jangan sebutlah pasal hal lain. You jangan sampai I pun marahkan you pula! Kesabaran I pun ada level!"

Ujar Tan Sri Iskandar dengan geram. Kedengaran isterinya tergelak sinis. “Apa? Betul lah apa yang I cakap. You nak marah kenapa? I rasalah kan, mesti you marah Am nakkan janda anak dua tu sangat mungkin sebab you teringat kan janda tu. Si Mahyuni tu. Alaa, you cakap je lah Tan Sri oi. I dah masak sangat dengan perangai you! You cintakan dia, kan?" Puan Sri Diana terus menyakitkan hati suaminya tanpa rasa bersalah. Tan Sri meraut muka.

Enough Dian! Enough! You memang dah melampau! Benda yang tak ada you adakan! Eh, kalau I cintakan dia. I sayangkan dia! I tak ceraikan dia semata-mata nak kahwin dengan you! Fikirlah sikit. Cakap jangan main ikut sedap mulut je. You ni memang suka buat I sakit hati je kan? Tak pernah jaga hati I! Mana adab you sebagai isteri?" Dia bingkas bangkit berdiri. Wajah isterinya direnung tajam. Dia benar-benar marah. Kesabarannya pun ada hadnya.

“Eh, kenapa you marah sangat ni? Kalau benda tak betul, tak payah la sampai nak menengking I. You ingat I ni apa? Takde hati perasaan ke?"
“Ooo pandai sembang bab hati, bab perasaan. Habis yang you tuduh I bukan-bukan ni apa? Hati I you tak jaga. Dah lah. Serabut tahu tak. You jangan cakap dengan from now.' Selesai berkata terus Tan Sri Iskandar naik ke tingkat atas. Malas bertengkar dengan isterinya lagi. Mahu tenangkan diri. Kalau lama-lama lagi di situ, tak mustahil dia akan kena serangan jantung.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang