"Dah siap??" Fawwaz menyisipkan senyuman saat terpandangkan wajah manis Sofea di dalam pagar rumahnya. Dia menghulurkan tangan untuk mengambil luggage bag yang dibawa oleh Sofea. Sofea membenarkan saja.
"Dah.... Awalnya sampai? Janji pukul 9.00." Sofea melihat jam di tangan. Baru pukul 8.30 pagi. Pemuda kacak ini sampai awal dari waktu yang dijanjikan. Setengah jam awal dah bersandar kacak dengan kereta mewah dia tu. Mujurlah dia bersiap awal.
"Saja semangat nak datang sini. Bolehlah bie tolong apa-apa yang patut. Lagipun takut kita sampai sana lewat. Hari ni hujung minggu, mesti jalan jammed teruk.." Balas Fawwaz sambil dia mengusun beg-beg yang diberi oleh Sofea ke dalam bonet kereta Ford Mustang hitamnya. Wajah cantik buah hatinya itu sempat dikerling lagi. Sofea nampak ayu dalam persalinan dress moden dengan shawl berwarna cerah.
"Sayang nampak cute sangat hati ni..." Sengaja Fawwaz memanjakan suara dengan niat mahu menyakat wanita itu. Sofea menahan malu. Wajahnya sudah bertukar merah. Malu dengan pujian lelaki yang sudah menjadi kesayangannya dulu.
"Awak pun apa kurangnya. Nampak muda hari ni..." Sofea membalas balik dan membuatkan Fawwaz ketawa kecil.
"Ermm... Sayang ni apa pulak berawak-awak... Kita kan, dah janji nak panggil bie dengan sayang. Dah lupa, eh?" Fawwaz membulatkan mata memandang Sofea.
"Err... Saya ... Saya tak selesalah... Err.." Balas Sofea dengan sedikit teragak-agak. Bimbang disalah erti oleh Fawwaz. Fawwaz melepaskan ketawa kecil.
"Malu ke tak selesa? Takpe lah, sayang. Take your time. Bie faham. Bie sentiasa tunggu sayang sampai sayang bersedia." Fawwaz menutup bonet kereta kemudian perlahan-lahan dia melangkah ke arah Sofea. Senyuman menawan dihadiahkan hingga membuatkan Sofea menggigit bibir.
Semakin dekat Fawwaz melangkah, semakin berdebar jantung Sofea. Saat mereka sedang berlaga mata tiba-tiba, Rayyan berlari dengan laju ke arah mereka. Wajahnya kelihatan ceria apabila ternampak Fawwaz.
"Ayahhhhhh!!!!" Jeritnya menyebabkan Fawwaz tersentak. Aduhai, anak ayah ni!
"Abang..!!!" Rayyan segera menyalami Fawwaz dan segera ditubuh kecilnya dipeluk oleh Fawwaz. Okey, sekarang dia dah tak panggil Uncle Fawwaz lagi dah. Dia panggil ayah pula. Hahaha, ini Fawwaz lah yang mengajar ni! Budak kecik tu ikut saja.
"Ayah... Tengok ni. Baju abang sama dengan ayah." Ujar Rayyan yang masih di dalam dukungan Fawwaz. Dia sempat menarik-narik bajunya untuk ditunjukkan kepada Fawwaz.
Fawwaz mengerutkan kening. "Aikk.. Macam mana boleh sama ni? Abang pakai denim, ayah pun pakai denim?" Soal Fawwaz sambil memandang ke muka Rayyan. Sofea yang berdiam diri dari tadi segera menjawab.
"Macam mana tak sama. Tadi abang pakai baju lain. Lepas nampak awak whatsapp saya hantar gambar tadi, terus dia merenget nak pakai baju sama juga macam awak. Dia kata nak nampak handsome macam ayah!"
Rayyan tersengih kepada Fawwaz saat mamanya itu bercerita tentangnya. Tahu pula malu , Rayyan Ameer ni. Fawwaz ketawa kuat, dahi anak itu dicium. "Amboi... Ayah handsome sangat ke abang sampai semua benda nak ikut ayah ni? Hermm??" Terus dia menggeletek anak kecil itu sehingga Rayyan ketawa kuat. Rayyan terus menepis tangan kasar Fawwaz.
"Ayah handsome lah sebab tu mama suka dekat ayah. Mama cakap besar nanti abang handsome macam ayah."
Beritahu Rayyan dengan penuh semangat. Sofea yang terdengar, sudah membulatkan mata.
"Ehh, mana ada mama cakap macam tu. Abang salah faham ni."
"Betul, mama. Ayah... Mama cakap kan, nanti kalau ayah dah kawin dengan mama. Abang dah..." Sofea berdehem agak kuat dan terus Rayyan menghentikan penceritaannya. Dia memandang ke arah Sofea.
"Err... Tadi awak kata nak gerak awal, kan? Jom lah. Takut jalan jammed. Sekejap saya pergi ambil adik..." Selesai berkata, Sofea terus meluru masuk ke dalam rumah mengambil Raisya yang sedang tidur. Manakala, Rayyan masih menyendeng kepada bakal ayah tirinya itu. Entah apalah yang dibincangkan dua beranak tu!
Hari ini mereka akan pulang ke kampung Fawwaz untuk bertemu dengan Puan Vita Mahyuni. Saja Fawwaz mahu memperkenalkan bakal isteri dan anaknya kepada Puan Vita. Mahu meminta restu sama katanya. Kehkeh!
Selang 10 minit, mereka bergerak ke destinasi yang ingin dituju iaitu ke Sungai Petani, Kedah.
Sofea duduk di bahagian penumpang depan sambil meriba anaknya, Raisya yang sedang tidur. Rayyan pula duduk di belakang. Namun, mulutnya petah bertanya macam-macam kepada Fawwaz. Fawwaz pula rajin melayan walaupun dia sedang fokus memandu.
Sempat Fawwaz mengerling ke arah cantik Sofea yang memakai shawl berwarna cerah. Wajah itu kelihatan sedikit pucat.
"Sayang... Kenapa diam aje ni? Tak sihat ke?" Sofea memandang sekilas ke arah Fawwaz. Tubuh kecil Raisya dibetulkan kedudukannya.
"Tak.. Sihat je. Cuma rasa nervous." Jelasnya tanpa selindung lagi. Betul dia rasa sesuatu. Alah, perasaan biasalah bila nak jumpa bakal mentua tambahan pula dia bukan seperti anak dara yang lain. Dia sekarang sudah digelar mak budak. Tambah-tambah umur dia tua dua tahun dari Fawwaz.
Fawwaz ketawa kecil. "Sabar lah, sayang. Mak bie tu okay. Jenis happy go-lucky orangnya. Saya mesti suka kalau jumpa mak. Lagipun, bie dah cerita sikit tentang sayang. Mak bie okay je. Asal jangan bawak perlari bini orang sudah." Sofea senyuman manis saat mendengar usikan Fawwaz. Fawwaz terpesona dengan wajah Sofea, segera mencapai tangan lembut itu. Sofea agak terkejut. Dia cuba menarik tangannya, namun cepat Fawwaz menahan.
"Sekejap je, yang. Lima minit je?" Sofea tidak berkata apa. Wajahnya dihalakan ke arah jalan raya. Sambil memandu, Fawwaz menggengam erat tangan Sofea. Kemudian, dia memberanikan diri. Tangan Sofea dibawa ke mulut. Sofea pantas membulatkan mata. Namun, tangannya tidak ditarik.
"Awak... Abang nampak nanti." Fawwaz mempamerkan senyuman kacak.
"Abang tak nampak lah. Tengok belakang tu. Dia syok je melayan rain-rain go away dia tu." Segera Sofea memandang Rayyan yang sedang ralik bermain youtube dengan telefon bimbit Fawwaz. Selamba saja Fawwaz beri handphonenya supaya Rayyan duduk diam.
"Tapi, saya rasa takut juga. Macam mana kalau mak awak tak suka saya."
"Sayang... Janganlah fikir bukan-bukan. Sayang tak jumpa lagi mak bie. Bie takut je sayang nanti bila dah kamceng dengan mak sampai tak nak dah balik KL. Silap-silap sayang sendiri yang suruh mak cepatkan pernikahan kita."
"Awak ni..." Sofea mencubit kecil lengan Fawwaz yang dia sudah menyelak jaket denimnya hingga ke siku itu. Pantas Fawwaz menjerit sakit. Alah, bukan sakit mana. Saja nak menggedik.
"Sayang... Sakit! Nanti kalau lebam saya kena ubatkan, tau? Bie tak nak orang lain. Bie nak sayang je." Rengek Fawwaz mengada-ngada. Belum sempat Sofea membalas, satu suara kecil bersuara dari belakang.
"Ayah... Sungai petani dekat mana?" Soal Rayyan dengan manja. Dia duduk di celah-celah dua kusyen antara Sofea dan Fawwaz itu dengan selamba. (Xtau apa benda namanya tu . Yang tempat simpat barang tu).
"Sungai petani dekat kedah lah, sayang. Mak ayah tinggal sana." Jelas Fawwaz sambil mengerling Sofea.
"Ohh... Jadi kita nak pergi kedah ke ni?" Giliran Sofea pula memandang anaknya.
"Ye, sayang. Kita nak pergi kedah. Abang tidur dulu ye, sayang? Lambat lagi kita nak sampai ni. Nanti kalau kita nak berhenti dekat mana, mama kejutkan." Pantas Rayyan mengangguk sebelum duduk kembali ke seat belakang.
"Mari sini handphone ayah tu." Rayyan menyuakan handphone itu kepada mamanya. Kemudian, dia cepat-cepat baring di seat yang sudah disediakan bantal kecil untuk dia tidur oleh Fawwaz.
Perbualan antara kedua-dua pasang sejoli itu tidak diendahkan. Matanya benar-benar tidak terdaya lagi untuk terbuka. Selang 5 minit, akhirnya Rayyan terlelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
CintaIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
