Bab 51

10.3K 423 24
                                        

“Kau buat apa dekat sini??" Soal Sofea dengan garang. Hatinya sakit saat melihat jejaka betubuh sasa di hadapannya itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia bencikan saat melihat raut wajah ini.
“Sofeaa...." Panggil Puan Vita lembut dengan tujuan ingin menyabarkan Sofea. Dia rasa tidak sedap hati saat melihat raut wajah Sofea yang lembut itu bertukar menjadi baran dan garang.

“Aku datang nak tengok anak aku." Jawab Zafran dengan perlahan. Wajahnya ditunduk sedikit.
“Apa? Anak kau? Mana anak kau?" Tanya Sofea garang. Dia tidak memperdulikan Puan Vita yang berada di sebelahnya. Matanya garang memandang wajah Zafran.
“Sofea... Tolong jangan tengking aku. Aku datang tak nak gaduh. Aku datang nak tengok adik." Balas Zafran pula. Wajahnya kelihatan tenang. Tidak baran seperti selalu.

“Tengok adik? Baru masa ni kau datang nak tengok dia? Atas alasan apa ni? Masa dia sakit nak ke hospital dulu, ada kau datang bawa dia ke sini? Kau marah aku, Zaff! Kau tengking aku. Seolah-olah aku ni terhegeh-hegeh minta tolong kau. Padahal dia tu anak kau. Yang tengah bertarung nyawa sekarang ni darah daging kau. Kau lupa ke?" Berombak dada Sofea. Dia tidak peduli apa lagi. Hari ini dia akan sembur Zafran puas-puas. Sudah lama dia bersabar. Sabar manusia ada tahapnya.

“Dah lah, Sofea. Ini hospital. Tak baik nak bising-bising. Kita masing-masing dah besar." Selamba saja dia berkata seperti itu. Sofea semakin geram.
“Ooo.. Pandai kau nak lari kan dari aku ceritakan salah kau. Kau ni kan, memang...."
“Sofea... Betul kata dia tu. Tak elok bising-bising dekat sini. Sofea selesaikan dekat luar, ye?" Pantas Puan Vita mencelah membuatkan Sofea terkedu.

“Saya minta maaf, mak cik. Saya geram sangat. Sebenarnya ni lah bapa budak-budak tu. Zafran!" Sofea memperkenalkan Zafran kepada Puan Vita acuh tak acuh. Ikutkan malas dia mahu memperkenalkan. Tapi, nanti apa pula kta Puan Vita. Tiba-tiba saja nak mengamuk.
“Ohh...." Itu saja yang terkeluar dari bibir Puan Vita. Seketika penampilan Zafran menarik perhatiannya.

‘Segak juga bekas laki Sofea ni. Badan berketul macam ahli gim, tinggi lampai, muka kacak , kulit putih, pakaian pun nampak mahal. Orang kaya ni. Tapi, tu lah. Sekacak mana pun dia, kacak lagi anak aku. Ril tu anak kacukan, dia ni aku tak tahulah. Muka tu dah macam hero dalam cerita Misteri Dilaila je.' Bicara hati Puan Vita. Kelihatan Zafran tersenyum kepada Puan Vita. Puan Vita membalas.

Ikutkan hati, dia pun mahu marahkan Zafran. Sanggup dia biarkan anak dia sakit tanpa alasan yang munasabah. Bapa apalah macam ni. Perangai macam Iskandar! Tetapi, entah kenapa dia berasa kasihan melihat wajah ini. Matanya seperti mengharapkan sesuatu. Benarkah lelaki ini yang melukakan hati Sofea? Semata-mata kerana wanita lain? Apa kurangnya Sofea? Wanita ini sangat cukup pakej!

“Aku mengaku aku salah. Aku bapa yang tak berguna. Aku lupa tanggungjawab aku. Aku sanggup ketepikan anak-anak. Aku bukan bapa yang baik. Bagi aku peluang tengok adik. Aku merayu, Sofea. Izinkan aku! Aku minta maaf!" Sofea terkaku mendengar bicara Zafran. Dia minta maaf? Benarkah? Tak. Kau jangan percaya, Sofea! Zafran ni pandai berlakon! Kau jangan makan kata-kata dia kali ni. Jangan jadi bodoh! Mesti ada apa-apa ni.

“Kau berambus lah. Anak aku tak perlukan kau. Kau dah buktikan kau bapa tak berguna bila dia perlukan kau. Ada kau tolong dia ke waktu tu? Kau nak apa lagi? Balik Zafran! Sebelum aku heret kau dari sini. Kau pergi balik!" Serentak itu Sofea menolak kuat dada Zafran. Tak bergerak langsung kerana Zafran bukan tandingannya. Lelaki itu amat gagah. Zafran menundukkan wajah.
“Sofea...." Panggil Zafran lembut.

“Sofea... Jangan macam ni, nak. Selesaikan cara elok." Pujuk Puan Vita sambil memegang Sofea. Sofea tidak peduli. Giginya diketap kuat sambil mengenggam penumbuk.
“Sayang??" Tiba-tiba Fawwaz kembali ke arah mereka bersama dengan Rayyan. Mereka kelihatan keliru dan terkejut. Tambah-tambah lagi saat melihat Zafran yang ada di situ. Muka Sofea nampak tegang.

“Biee... Tolong sayang. Sayang tak kuat, bie. Sayang tak boleh tengok muka dia. Dia datang sini dia kata nak tengok adik. Dia kata dia dah menyesal. Dia tipu sebenarnya bie. Mesti ada apa-apa yang dia nak tu.  Bie, tolong halau dia. Sayang tak nak tengok muka dia!" Pinta Sofea dengan sayu. Matanya lama memandang ke arah Fawwaz. Fawwaz melepaskan nafas. Seketika dia meminta izin Puan Vita, mahu berbual dengan Sofea secara berduaan. Ibunya mengangguk. Cepat-cepat Fawwaz bawa Sofea ke tempat yang agak tersorok.

“Sayang..." Panggil Fawwaz lembut dan manja. Sofea yang sudah mengalirkan air mata, bertindak di luar jangkaan. Dia memeluk tubuh sasa Fawwaz dengan erat. Fawwaz terkejut dengan perbuatan Sofea. Namun, dia membiarkan saja. Tubuh Sofea dipeluk kembali.
“Sayang... Kenapa ni? Apa yang dia buat dekat sayang? Dia marah sayang ke?" Pantas Sofea menggeleng dalam pelukan Fawwaz.
“Sayang tak nak tengok muka dia. Bie tolong halau dia. Dia kata dia dah menyesal. Dia datang nak tengok adik.

Dia minta maaf dengan sayang. Sayang tak boleh tengok dia. Masih tergambar lagi apa yang dia buat dekat kami. Sekarang ni bila adik dah sakit tenat, dia boleh minta maaf macam takde apa-apa. Dia kejam, bie! Zafran tu kejam! Sayang nak dia keluar dari sini!" Sofea berkata dalam nada geram. Pantas Fawwaz menggosok bahunya memujuk agar bersabar.
“Shhhh.... Jangan macam ni." Perlahan saja intonasi Fawwaz. Memujuk dia memujuk lagi.

“Tengok muka bie, sayang." Perlahan Sofea menangkat muka. Matanya memandang tepat ke mata Fawwaz. Fawwaz tersenyum manis.
“Mungkin Zafran tu dah betul-betul sedar dengan silap dia. Dia datang sini sebab nak minta maaf. Sayang tak boleh buat macam ni. Itu hak dia nak tengok anak dia juga. Selama ni, sayang sendiri nak di buat macam tu, kan? Sekarang dia dah ada ni. Kita patut bersyukur. Bie tahu dia dah menyesal. Bie nampak air mata dia bergenang masa sayang marah dia tadi.

Air mata lelaki ni mahal. Kami tak akan titiskan air mata kami tanpa ada sebab yang logik. Zafran tu masih ada hati seorang ayah. Kalau dia datang ke sini sebab adik. Kita biarkan. Dia ada hak, sayang. Bie yakin, adik pun teringin nak jumpa dengan papa dia. Mungkin adik sakit tu sebab dia rindukan papa dia. Ada hikmah di sebalik ni." Pujuk Fawwaz panjang lebar. Saat terdengar ayat terakhir Fawwaz, hati Sofea mula tersentuh. Matanya berkelip melihat Fawwaz.

“Bie... Sayang... Sayang..."
“Shhh..." Fawwaz melekatkan jarinya ke bibir lembut Sofea. Kemudian dia tersenyum.
“Jom, kita ke depan. Nanti mak cakap apa pula." Fawwaz menggenggam jemari Sofea lalu dibawa kembali ke arah sofa tadi. Sofea hanya mengikut. Mencerlung mata Puan Vita saat melihat anak terunanya memegang tangan wanita bukan mahram. Fawwaz yang tersedar hal itu, cepat-cepat melepaskan tangan Sofea sambil tersengih.

Sofea sedikit terkejut dengan pandangan di matanya ketika ini. Satu pandangan yang sudah lama tidak dilihat di matanya. Hampir berderai lagi air mata saat melihat seorang bapa yang sedang melutut menghadap anak lelaki. Zafran dan Rayyan! Zafran kelihatan sedang berkata sesuatu kepada Rayyan dan Rayyan kelihatan termanggu-manggu. Dia kelihatan keliru dengan perbuatan papanya itu. Zafran sedang memujuk Rayyan ke?

Sedar dirinya seperti diperhatikan. Zafran kembali berdiri. Tubuh Rayyan dirapatkan ke badannya.
Baru Zafran ingin membuka mulut, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kumpulan kumpulan doktor bersama jururawat. Mereka tergesa-gesa masuk ke bilik Raisya. Kesemua di siti tercengang. Namun, Fawwaz pantas menahan Doktor Hafiz saat doktor muda itu melintas di hadapan mereka bersama barang perubatan dengan tergesa-gesa.

“Doktor.. Kenapa ni?" Soal Fawwaz. Doktor Hafiz memandang sebentar ke wajah Fawwaz.
“Saya minta maaf Encik Fawwaz. Buat sementara ni saya tak boleh jelaskan apa-apa lagi. Cuma saya boleh beritahu yang anak encik diserang sawan lagi. Dengupan jantung dia berdegup laju. Tekanan darah dia naik secara mendadak. Saya harap semua yang ada di sini mendoakan Raisya. Saya pergi dulu. Bawa bertenang, ye?" Sempat dia tersenyum sambil menepuk bahu Fawwaz agar bersabar.

Dia masih menyangka yang Fawwaz itu bapa Raisya sedangkan bapa kandung mereka berada betul-betul di sebelahnya. Zafran tidak berkata apa. Dirinya turut terkejut.
Sofea juga sudah terkejut bukan kepalang. Air mata mengalir tanpa disedari. Kakinya terketar-ketar tidak mampu berdiri. Jantungnya terasa bagai mahu tercabut keluar. Sungguh dia tidak kuat menerima berita ini. “Ya Allah, adik!" Sofea pitam namun sempat tubuhnya disambut oleh Fawwaz.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang