Bunyi deruan ombak dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa itu sangat menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang berada di situ. Melihat kanak-kanak yang bermain berkejaran, mengimbau kembali zaman kanak-kanak antara Fawwaz dan Sofea. Petang ini, Fawwaz sengaja membawa Sofea makan angin di salah sebuah pantai yang popular di kedah iaitu Pantai Merdeka.
Mereka pergi berempat sahaja, Puan Vita tidak mahu ikut. Sengaja memberi peluang kepada Fawwaz meluangkan masa bersama Sofea dan anak-anaknya. Seketika Fawwaz dan Sofea serta Raisya duduk di salah sebuah batu berhampiran dengan pantai. Sambil menghirup angin mereka melayan Rayyan yang sedang bermain buih sabun itu. Sofea yang sedang meriba Raisya itu memulakan perbualan.
“Tenangnya dekat sini. Dah lama saya tak tengok laut. Dulu masa muda selalu juga saya dengan kawan-kawan travel pergi merata. Kitorang selalu pergi tempat-tempat yang ada laut macam ni lah. Rasa tenang je sikit dari fikirkan masalah. Lepas dah kahwin je tak lagi nak merasa semua tu." Sofea tersenyum nipis. Sebolehnya dia tidak mahu lagi mengingati kisah hidupnya yang dulu. Tambah-tambah lagi di hadapan Fawwaz. Tapi entahlah, kenapa hari ini terasa ringan pula mulutnya hendak bercerita.
Fawwaz membalas senyum. Dia faham apa yang Sofea maksudkan.
“Allah jadikan sesuatu itu semuanya bersebab. Allah jadikan air laut tu untuk buat manusia rasa tenang, gunung-gunung, bukit-bukau tu supaya manusia rasa segar, dan Allah jadikan juga semua kehidupan ni ada pasangannya.
Jantan dengan betina, perempuan dengan lelaki. Semuanya dah diberi percaturan yang indah, sayang. Jodoh, rezeki, ajal dan maut semua Allah dah tentukan. In sha Allah, kalau jodoh kita berpanjangan. Bie janji bie akan jaga sayang dan anak-anak sampai bila-bila. Bie akan pastikan sayang bahagia dengan bie. Anak-anak sihat di samping kita, dan bie nak tengok sangat mereka berjaya suatu hari nanti jadi insan berguna, boleh jaga kita bila kita tua kerepot nanti."
Sofea tersenyum saat terdengar hujung ayat Fawwaz itu.
“Saya harap awak tunaikan apa yang awak katakan tu. Saya pun janji dengan awak akan jadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita nanti." Fawwaz menghembuskan nafas, tangan Sofea digengam erat. Sofea tidak pula menepis.
“Sayang seorang perempuan yang baik. Bie yakin saya mampu bahagiakan bie. Bie ni tak pandai sangat bab-bab rumahtangga ni. Bie harap sayang sudi bagi bie tunjuk ajar.
Kalau bie terbengap sikit ke, sayang belasah bie pun takpe."
“Ada pula nak belasah. Nusyuz tau nanti." Fawwaz mengangkat kening.
“Bukan belasah tu lah. Masuk bie belasah atas katil. Nusyuz ke, yang? "Pantas Sofea mencubit bahu Fawwaz. Fawwaz ketawa kuat. Rayyan yang tidak tahu apa turut ketawa dengannya.
“Amboi, dia pun nak ketawa juga. Faham ke, abang?"
“Bieeee!!!" Fawwaz terlopong dan matanya tepat memandang ke arah Sofea.
“Sayang... Sayang cakap apa tadi? Sayang panggil bie apa?"
“Panggil? Panggil apa?"
“Sayang. Seriuslah, sayang panggil bie, bie kan? Sayang panggil bie?" Soal Fawwaz dengan nada teruja. Sofea ketawa kecil. Kemudian, dia memandang Fawwaz.
“Kenapa? Tak boleh ke sayang panggil bie, bie? Hermm??" Fawwaz mengangguk laju.
“Tak salah. Alhamdulillah, termakbul juga doa bie nak dengar sayang panggil bie macam tu. Terima kasih, sayang."
Sofea ketawa lagi. Nampak over sangat Fawwaz ni. Over tapi comel. Kehkeh! “Bie... Kalau boleh saya tak nak bertunang. Mak cik cakap takpe kalau tak nak sebab itu semua adat je. Lagipun, saya ni janda je. Bukan anak dara." Pantas Fawwaz memegang tangan Sofea. Anak mata Sofea dipandang dengan pandangan yang redup.
“Bie tak pernah pon anggap sayang ni janda. Bie harap lepas kita nikah ni sayang jangan lagi ingat diri sayang ni janda ke apa. Bie terima sayang ikhlas.
Dekat mata bie ni, sayang sentiasa perfect. Please jangan rendah diri sangat, yang. Untuk wedding kita, bie ingat nak buat besar-besar. Kalau boleh bie nak war-war dekat satu Malaysia yang bie nak kahwin. Tapi, itulah masalahnya. Bie ni bukan artis!" Sofea tersenyum.
“Jangan besar sangat. Cukuplah sekadar sederhana je. Itu pun dah cukup."
“No... Bie memang dah pasang niat nak buat besar-besar untuk wedding bie. Kalau tak, takdelah bie gila kumpul duit."
Sedang mereka bersembang, tiba-tiba Rayyan datang ke arah mereka. Hujung baju Fawwaz ditariknya.
“Ayah... Ayah cepatlah teman abang. Tadi ayah cakap nak ajar abang main buih. Cepatlah, yah. Mama, cepatlah." Lengan Sofea pula ditarik sementara sebelah kirinya memegang paha Raisya. “Abang, jangan tarik mama macam ni. Jatuh adik nanti." Ujar Sofea dengan lembut.
“Sayang jom lah, main buih. Kasihan abang tu dari tadi tunggu kita." Usai berkata, terus Fawwaz melangkah ke tempat yang sedikit lapang untuk bermain belon buih dengan Rayyan. Sofea hanya mengikut mereka berdua sambil mendukun tubuh seketul Raisya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
BEBERAPA HARI KEMUDIAN..
Fawwaz memberhenti keretanya betul-betul di hadapan rumah Sofea. Sekarang ini waktu sudah menginjak ke malam, kira-kira pukul 1.45 malam. Mereka baru saja sampai ke Kuala Lumpur setelah berangkat pulang dari Kedah. Fawwaz memandang tubuh Rayyan yang sedang tidur di cermin pandang belakang. Sofea yang sudah terlena di sebelahnya pula turut dipandang.
“Sayang... Dah sampai..." Sofea terus tersedar. Dia menggosok kedua-dua belah matanya untuk menghilangkan rasa ngantuk. Seketika dia membetulkan kedudukan Raisya di ribanya yang sudah terlorot ke bawah sebelum memandang semuka ke arah Fawwaz.
“Sorry, bie. Tak temankan bie drive. Boleh pula terlelap ni." Fawwaz tersenyum.
“Takpe.. Bie dah biasa drive jauh-jauh. Lagipun, sayang penat sangat ni bie sayang. Nampak pucat je."
Pantas Sofea meraba mukanya. “Nampak ke muka ni dalam gelap?" Soal Sofea spontan. Fawwaz sudah mula ketawa kecil. Mana ada pucat pun, saja dia hendak mengusik. Sofea tersedar yang Fawwaz sedang mengusiknya mengetap bibir.
“Hmm... Okay lah. Saya masuk dulu. Dah lewat dah ni."
“Okay... Jom bie tolong sayang angkat barang.. Abang pon bie nak angkat terus masuk dalam." Ujar Fawwaz sambil membuka pintu kereta.
Fawwaz mengakat dahulu Rayyan masuk ke dalam rumah sementara Sofea tunggu sebentar di luar. Kemudian, Fawwaz keluar semula. Barang-barang milik mereka bertiga Fawwaz angkut sekali pakej barang yang dibekalkan oleh Puan Vita. Macam-macam mak dia bagi. Kelapa yang dah siap diparut, daun pandan, daun kari, ulam-ulaman, asam keping dan macam-macam lagi. Yang paling best belacan pun sempat emaknya itu kirim kepada Sofea.
Katanya belacan itu sedap. Belacan Tanjung Dawai. Tak hapak! ‘Aduhai, dah macam KL ni takde benda-benda tu semua. Mak... Mak..' Detik hatinya.
Fawwaz menutup bonet kereta sambil memandang Sofea.
“Okay, sayang... Bie balik dulu, eh? Nanti kita jumpa lagi tau?" Sofea tersenyum sambil mengangguk. Namun, belum sempat Sofea membalas. Ada sebuah kereta sport berhenti betul-betul di hadapan mereka. Silauan lampau dari kereta itu memancar ke wajah mereka sekaligus menyebabkan Sofea gagal mengecam siapa ‘tetamunya' pada lewat malam begini.
Sofea memandang Fawwaz, sementara Fawwaz memandang Sofea. Mereka ternanti-nanti siapa tetamu misteri pada malam itu. Sebaik sahaja kaki tetamu itu mencecah tanah, dia terus keluar dari pintu kereta sebelum menutupnya.
Dia berjalan mendekati Fawwz dan Sofea sambil tersenyum sinis.
“Assalamualaikum...." Dia memberi salam.
Sementara Sofea membuntangkan mata, tanda tidak percaya siapa yang berada di hadapannya!
‘Ya Allah... Apa lagi yang dia ni nak??'
ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
