Bab 47

9.2K 433 34
                                        


Fawwaz menjenguk ke dalam kawasan pagar STARLIGHT KINDERGARDEN. Ketika itu, dia berada di luar pagar tadika Rayyan. Tiada seorang pun di luar walaupun jelas kedengaran di telinganya suara riuh kanak-kanak di dalam bangunan tompok-tompok bulat itu.
"Sekarang ni waktu belajarlah, Pul. Baru pukul 10. Kau yakin ke cikgu ni bagi kita jumpa Rayyan?" Saiful yang berdiri sebelahnya disoal.

"Cuba lah dulu. Kalau tak boleh, kita balik. Apa susah?"
"Eh, tak kan nak balik macam tu, je? Tak boleh... Tak boleh. Kejap, aku try beri salam." Seketika Fawwaz memberi salam diikuti dengan Saiful.
"Assalamualaikum..." Diam.
"Assalamualaikum.. Oo, assalamualaikum." Diam lagi.
"Tak cukup kuat ke suara aku ni, Wazz?" Fawwaz tidak memperdulikan Saiful. Dia memberikan pula salam. Selang satu minit, kelihatan seorang perempuan ayu yang berusia kira-kira 30an datang menghampiri mereka.

Wanita itu menjawab salam mereka. Fawwaz sempat melihat tanda nama wanita itu, Alya. Kemungkinan ini, salah seorang guru Rayan.
"Ye, encik. Ada apa?"
"Cikgu Alya?" Pantas wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
"Maaf, menganggu cikgu. Saya Fawwaz, dan ni kawan saya Saiful." Sempat Saiful memaniskan muka terhadap cikgu itu.

"Saya datang ke sini, nak jumpa dengan anak murid cikgu. Rayyan Ameer." Balas Fawwaz.
"Rayyan? Kalau boleh saya tahu, ada hubungan apa encik berdua dengan Rayyan?" Soal Cikgu Alya dengan serius. Bukan apa, dia harus menjaga keselamatan anak-anak muridnya daripada perkara yang tidak diingini. Sekarang ni pula, macam-macam jenayah yang kita dengar. Bahaya!
"Saya ni bakal ayah Rayyan. Saya datang sini ada hal sikit nak jumpa dengan dia." Jawab Fawwaz dengan yakin.

Cikgu Alya mengemam bibir. Seketika dia mengangguk perlahan.
"Macam ni, Encik Fawwaz. Saya amat menitikberatkan keselamatan anak-anak di sini. Lagipun, penjaga murid-murid dekat sini dah amanahkan dengan saya supaya jaga diorang dengan baik. Jadi, kalau encik kata encik ni bakal ayah Rayyan. Maaf, saya tak boleh izinkan Rayyan jumpa encik. Saya harap encik faham kenapa saya tak bagi. Lagipun, encik takde bukti untuk kenyataan encik tadi." Ujar Cikgu Alya dengan tegas.

Saiful sudah mengeluh bosan dengan Cikgu Alya ni. Kemain takutnya dia. "Maaf, cikgu. Kalau cikgu rasa sangsi dengan kami, apa kata cikgu minta tanya Rayyan kenal tak kami ni siapa. Boleh lah, cikgu. Kami datang sini bukan saja-saja. Kami ada sebab kenapa ke sini. Lagi satu, kalau cikgu masih takut juga. Apa kata, benarkan Fawwaz sorang je masuk dalam. Saya duduk dekat luar pun takpe. Cikgu boleh je, usha diorang dari dalam. Tak boleh jumpa lama, sekejap pun jadilah." Pinta Saiful bersahaja.

Suasana diam sekejap. Seketika Cikgu Alya mengangguk lagi. Akhirnya, dia bersetuju, dan dia meminta diri untuk masuk ke dalam mengambil Rayyan. Saiful mengalihkan pandangan memandang Fawwaz. "Dia ingat muka handsome macam kita ni penculik ke weh? Tolong lah, banyak lagi kerja aku nak buat." Fawwaz menahan tawa.
"Biasalah tu. Dia nak kenalah jaga anak-anak murid dia, dah tu kan tanggungjawab dia. Kalau aku jadi dia pun aku buat benda yang sama."

"Kalau ye pun. Bukalah gate ni. Panas ni woi!" Fawwaz memandang semula ke arah Saiful.
"Sabarlah, kejap. Kau kalau tak tahan, pergi masuk kereta." Selamba saja Fawwaz berkata membuatkan Saiful mendengus kuat. Selang lima minit, Cikgu Alya kembali ke arah mereka bersama Rayyan. Nampak sahaja Fawwaz, terus Rayyan berteriak kuat memanggilnya.
"Ayahhhhhhhh!!!" Jerit Rayyan sambil terkedek-kedek berlari ke arahnya.

"Abanggg...." Jerit Fawwaz kembali. Tangannya laju membuka pagar berwarna putih tadika itu. Fawwaz memeluk Rayyan erat, melepaskan segala rasa rindunya untuk anak itu. Rayyan membuat hal yang sama. Dia memeluk kuat tubuh sasa Fawwaz dengan erat. Kepalanya disembam ke bahu Fawwaz dengan manja.
"Ayah... Mana ayah pergi? Ayah kata ayah tak nak tinggal abang lagi?" Soal Rayyan dengan nada sedih. Fawwaz meraut kepala Rayyan dengan lembut.

"Ayah... Ayah minta maaf, sayang. Ayah busy. Ayah tak sempat nak jumpa abang." Fawwaz terpaksa mereka alasan. Tak sanggup dia menceritakan hal sebenar kepada anak ini.
"Ayah busy? Ayah tak nak jumpa abang?"
"Tak... Ayah nak jumpa abang. Ayah nak jumpa semua. Tapi, keadaan tak menginzinkan, sayang. Ayah minta maaf sangat-sangat. Anak ayah, sihat?" Rayyan yang berada di dukungan Fawwaz mengangguk laju.

"Adik sakit. Adik tak sihat, yah. Mama kata mama tak boleh kerja sebab adik sakit. Ayah datanglah tengok adik." Rengek Rayyan manja. Fawwaz terbuntang dengan apa yang diujarkan Rayyan itu. Wajah Saiful yang berada di sebelahnya dipandang. Saiful hanya terdiam tidak bersuara barangkali dia turut terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Rayyan itu. Fawwaz memandang semula ke wajah anaknya.

"Adik... Adik sakit? Adik sakit apa, bang? Kenapa mama tak beritahu ayah?" Suara Fawwaz berubah.
"Mama kata adik demam. Malam-malam adik selalu menangis. Kadang-kadang mama pun menangis juga." Ujar Rayyan jujur. Fawwaz beristighfar. Sampai hati Sofea tidak memberitahunya langsung. Benarkah Sofea betul-betul sudah membuangnya? Fawwaz mencium dahi Rayyan dengan penuh kasih.

"Abang... Abang tahu tak kenapa mama nangis?" Pantas Rayyan menggeleng.
"Mama tak nak cakap. Mama cakap abang kecil lagi. Abang tak tahu apa. Ayah.... Abang nak jadi besar, boleh?" Rayyan membuat muka comel di hadapan Fawwaz. Fawwaz mencuit hidung comel Rayyan.
"Boleh... Abang boleh jadi besar. Nanti bila dah besar, abang jaga mama baik-baik tau? Mama dah banyak korbankan kebahagian dia untuk abang dengan adik. Abang kena jaga mama bila mama dah tua nanti, okay?"

"Okay... Ayah pun jagalah mama sekali." Pinta Rayyan membuatkan Fawwaz terkelu.
"Ayah... Ayah...."
"Encik, Fawwaz. Minta maaf saya mencelah. Pembelajaran Rayyan kena teruskan sekarang. Saya harap encik boleh sambung semula kalau nak bincangkan apa-apa lepas balik tadika nanti." Tiba-tiba Cikgu Alya mencelah. Terkelu terus Fawwaz untuk bersuara.

Fawwaz mengangguk perlahan. Mata bulat Rayyan dipandang. "Abang, ingat apa yang ayah cakap tadi tu, ye? Ayah balik dulu. In sha Allah, ada masa lagi kita jumpa lagi."
"Alaa... Ayah nak pergi mana? Janganlah balik lagi. Abang rindu ayah." Rayyan merengek manja. Tidak semena-mena Rayyan menangis. Fawwaz kelihatan gelabah.
"Eh, abang... Kenapa ni? Kenapa nangis ni?" Soalnya dengan lembut. Dagu Rayyan disentuh perlahan.

"Ayah... Abang tak nak ayah tinggalkan abang. Abang tak nak. Abang tak nakkk!!!" Jerit Rayyan kuat. Air matanya laju mengalir di pipi sambil tangannya memeluk Fawwaz erat. Fawwaz meminta masa lagi 5 minit dari Cikgu Alya. Cikgu itu hanya mengangguk. Faham situasi mereka ketika ini.
"Abang...." Fawwaz menurunkan Rayyan ke bawah. Dia melutut menyamai ketinggian Rayyan.

"Janganlah macam ni. Abang baik, kan? Abang dah besar, tak elok nangis macam ni. Tengok nanti, kawan-kawan abang ketawakan abang. Abang tak malu ke?" Fawwaz mula bermain psikologi dengan Rayyan.
"Abang... Abang tak nak ayah tinggalkan abang lagi. Nanti ayah tinggal abang lama-lama. Ayah janji nak jumpa abang, jumpa mama. Lepas tu, ayah hilang lagi. Ayah, janganlah tinggal abang. Abang sayang ayah." Air mata bergenang lagi di pipi Rayyan.

Fawwaz sudah mati akal untuk memujuk Rayyan. Seketika Fawwaz memandang Saiful meminta pertolongan. Saiful yang faham keadaan Fawwaz, segera merapat ke arahnya. Dia turut melutut sebelah Rayyan. "Hey, handsome boy." Saiful menegur Rayyan. Tiba-tiba Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Saiful. Saiful yang tersentap, menyambut tangan kecil Rayyan. Dia tersenyum saat Rayyan mencium tangannya.

"Rayyan sayang mama dengan ayah tak?" Pantas Rayyan mengangguk laju. "Abang pun sayang adik juga." Jawab Rayyan dengan petah. Saiful tersengih. "Yelah. Sayang adik juga, ye? Okay, macam ni lah. Kalau Rayyan sayang semua. Rayyan boleh tolong uncle dengan ayah?" Rayyan tidak menjawab. Sebaliknya, dia memandang wajah Fawwaz.
"Ishh... Kau nak minta tolong apa dekat Rayyan?" Soal Fawwaz kepada Saiful.
"Macam plan yang kita discuss haritu lah?"

"Tak payahlah. Aku tak sangguplah."
"Kenapa? Kau ni nak berbaik dengan dia ke tak?" Soal Saiful. Mukanya masam tanda tak puas hati.
"Nak lah. Tapi, serious bahaya do, plan kau tu. Kang kalau terkantoi dengan Sofea, macam mana? Silap hari bulan dia benci aku terus!" Saiful menggaru kepalanya yang gatal.
"Habis tu? Nak cancel ke?" Fawwaz menangguk.
"Terpaksa. Raisya tak sihat, weh."
"Hahh, yeke? Eh, jap. Better tak payah cancel. Kita tukar sikit plan?" Ujar Saiful sambil mengangkat kening.

"Tukar??" Pantas Saiful menganguk. Serta-merta Fawwaz faham maksud Saiful. Dia tersenyum puas.
"Okay, aku dah faham. Ermm.... Abang . Ayah terpaksa balik dulu ni. Ayah janji ayah dah tak tinggal abang dah lepas ni. Kita berpisah sementara je bang, eh. Nanti kita bertemu untuk selamanya." Saiful terkesima dengan kata-kata Fawwaz. Dapat dirasakan yang Fawwaz juga tidak sanggup berpisah dengan Rayyan juga.

"Ayah jumpa abang lagi, boleh?" Fawwaz mengangguk. Nampaknya, Rayyan sudah sedikit tenang. Tidak sedih seperti tadi.
"Ayah janji...." Fawwaz mencium pipi Rayyan. Rayyan juga membalas perbuatan ayahnya itu. Tangan Saiful juga sempat disalam dan dicium penuh sopan. Fawwaz ralik memerhati tubuh genit itu. In sha Allah, ayah akan jadi ayah Rayyan buat selamanya. Biarpun, ayah terpaksa gunakan cara tak elok!

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang