Bab 50

10.5K 408 19
                                        

"Kondisi kesihatan Raisya sekarang ni amat membimbangkan. Suhu demam dia meningkat secara tiba-tiba tanpa kami ketahui puncanya. Kami dah sedaya upaya mengawal dengan berikan dia ubat yang sepatutnya. Tapi, kami kena dapatkan persetujuan Puan Sofea kerana dos ubat yang kami akan berikan ini terlalu tinggi. Berkemungkinan Raisya tidak dapat menahan rasa kuat ubat ini." Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor muda lelaki itu kepada Sofea lewat pagi tadi.

"Kenapa tiba-tiba je, doktor? Rasanya, masa doktor check temperature dia semalam. Kata dah turun sikit?" Soal Sofea pula. Matanya membulat memandang ke arah Doktor Hafiz.
"Ye, puan. Saya pun masih tercari-cari puncanya. Tapi, ini semua rahsia Allah. Kita kena percaya kenapa Allah jadikan semua ini, puan. Berkemungkinan kerana Raisya tak larat menahan rasa sakitnya."

Sofea menyandar lemah di kerusi berhadapan Doktor Hafiz. Ya, betul. Semua yang terjadi ada hikmahnya.
Tapi, siapa sanggup melihat anak sendiri menanggung rasa sakit? Dia kalau boleh ditukarkan penyakit Raisya denganya. Dia sanggup! Raisya terlalu kecil. Baru mahu belajar melihat dan mengenal dunia. Dugaan apa pula kali ini, Ya Allah!

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Sofea... Menungkan apa lagi tu?" Sofea tersentak saat ada satu suara datang menegurnya. Habis berterbangan segala ingatannya bersama Doktor Hafiz, pagi tadi. Sofea menoleh ke arah Puan Vita yang duduk di sebelahnya. Ketika itu mereka berada di ruang rehat. Mereka tidak dibenarkan menganggu dan melihat Raisya buat sementara waktu atas permintaan doktor yang merawat Raisya. Sofea memaniskan wajah.

"Takde apa lah, mak cik. Cuma teringatkan apa pula nak jadi lepas ni." Perlahan tetapi sangat mendalam kata-kata Sofea dan membuaykan Puan Vida tersenyum tawar.
"Sabar ye, nak. In Sha Allah, Raisya tu kuat. Cucu mak cik tu takde apa-apa. Sofea doa banyak-banyak, ye?" Pujuk Puan Vita ikhlas.
"Dah puas saya berdoa, mak cik. Saya dah tak berdaya tengok adik macam tu. Lepas satu, satu hal yang datang menimpa saya. Kadang-kadang saya terfikir. Apa dosa saya sampai saya dihukum sebegini. Saya lemah, mak cik.

Terus terang saya cakap dengan mak cik. Kalau bab anak saya tak sanggup tengok diorang macam ni. Diorang kecil lagi. Diorang tak tahu apa. Ya Allah! Kenapa saya diuji macam ni! Apa dosa saya, mak cik? Adakah kerana saya ni seorang janda?" Sofea meraut mukanya dengan kasar. Air matanya tumpah lagi. Dia tidak pedulikan Puan Vita yang ada di sebelahnya.
"Sofea... Mengucap, nak. Jangan macam ni. Ingat ye, semua ni Allah uji kita sebab dia tahu yang Sofea mampu tabah hadapi semua ni. Allah tak akan hukum hambanya itu tanpa sebab.

Sofea ingat yang tu je, sampai bila-bila. Mak cik tahu gelora hati Sofea. Sofea tertekan dengan bekas suami Sofea lagi. Mak cik faham, nak. Mak cik pun pernah alami apa yang Sofea rasa. Mak cik pernah menderita." Sofea menggengam tangan Puan Vita yang putih itu. Dirasakan tubir mata Puan Vita sedikit berair.
"Mak cik..." Perlahan Sofea memanggil.
"Tak ada seorang pun yang sanggup pilih hidup menderita. Macam tu juga dengan kita. Mak cik tahu, Sofea ibu yang hebat. Membesarkan anak-anak seorang diri.

Orang selalu pandang serong bila kita pegang title janda. Tapi, orang tak tahu betapa siksanya kita apabila hidup berseorangan tanpa orang yang kita sayangi. Orang anggap janda ni jahat, kebanyakan manusia ni suka menghukum tanpa tahu apa-apa. Suka jaga tepi kain orang satu hal. Diorang tak tahu apa yang kita alami. Hidup terkontang-kanting dengan anak-anak. Orang tak pernah tahu susah kita macam mana. Orang hanya nampak bila kita dah senang." Puan Vita memujuk Sofea dengan perlahan. Dia amat faham gelora hati wanita cantik ini.

"Mak cik.. Maafkan saya. Saya terlampau ikutkan perasaan saya ni. Saya cakap apa yang saya rasa je. Saya tak fikir nasibnya bila saya cakap macam ni." Sofea mengelap air mata yang masih mengalir.
"Mak cik tak salahkan Sofea. Mak mana yang sanggup tengok anak yang terbaring lemah macam tu, nak. Mak cik yakin bila abang dengan adik dah besar nanti diorang akan balas jasa mama dia yang cantik ni. Mama diorang mama yang hebat. Anak-anak Sofea orang yang baik-baik."

"Orang baik-baik macam Nazril ke, mak cik?" Kedengaran suara Puan Vita ketawa kecil.
"Ye... Ril tu memang anak yang baik. FAWWAZ NAZRIL. Satu nama yang indah sesuai dengan orangnya. Fawwaz bermaksud berjaya. Berjaya di dunia dan akhirat. Mak cik yang berikan nama tu. Nazril pula maksudnya sempurna. Sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Nama Nazril ayah dia yang berikan. Sampai ke besar mak cik panggil dia Nazril walaupun orang lain panggil dia Fawwaz." Terang Puan Vita dengan perlahan.

"Mak cik.. Kalau saya tanya satu soalan, boleh?" Puan Vita tersenyum lagi.
"Boleh, nak. Pastikan soalan Sofea tu tak melebihi 50 patah perkataan." Berderai suara manja Sofea ketawa. Senang sedikit hati Puan Vita melihat Sofea sudah boleh ketawa.
"Mak cik sayangkan lagi bekas suami mak cik?" Puan Vita diam seketika. Mungkin sedang mencari jawapan atas soalan Sofea itu.

"Sampai hujung nyawa makcik. Mak cik tetap masih sayangkan dia, Sofea. Iskandar cinta pertama dan terakhir mak cik. Takde sesiapa pun yang boleh gantikan tempat dia di hati mak cik, walaupun Iskandar dah lukakan hati mak cik." Sofea terharu mendengar jawapan dari bibir wanita berusia lewat 40-an itu. Wanita ini menyimpan kisah duka di hatinya. Nasibnya seperti nasib Sofea. Yang berbeza, dia masih sayangkan Iskandar walaupun lelaki itu telah menghancurkan hatinya. Sungguh mulia hati wanita berdarah Indonesia-Aceh ini.

"Baiknya hati mak cik.." Puan Vita tersenyum tawar.
"Kami dah berjanji akan sehidup semati. Kami dah berjanji akan saling mencintai sampai hijung nyawa kami. Tapi, dia yang lupakan janji-janji yang dia buat tu dengan alasan mak cik tak boleh bagi dia zuriat. Mak cik dapat tahu berita ni lepas tiga tahun dia bernikah. Dah dapat anak seorang dah baru mak cik tahu. Patutlah masa mak cik mengandung lepas beberapa tahun kami bernikah dia macam tak kisah. Rupanya dia dah anak dengan isteri lain.

Betapa hancurnya hati mak cik, Sofea. Mak cik ni orang luar. Takde keluarga di sini. Mak ayah mak cik dah meninggal di sini sebab kemalangan. Masa tu mak cik hampir gila. Tapi, mak cik cepat sedar. Aku masih ada Allah untuk aku minta pertolongan, untuk aku menceritakan masalah aku. Untuk apa aku menangis, meraung-raung sendirian? Alhamdulillah, mak cik boleh jaga Ril seorang diri. Walaupun, ayah dia hanya jengok dia jarang sekali. Itu pun dah cukup.

Asalkan dia bagi nafkah dekat Ril sudah. Mak cik tak kisah kalau dia tak nak bagi dekat mak cik. Asalkan jangan lupa anak. Tapi, mak cik ni orang biasa je Sofea. Sampai waktunya hati mak cik dah panas. Mak cik tak rela hidup bermadu. Mulanya dia tak nak lepaskan mak cik. Tapi, mak cik kata untuk apa dia nak simpan mak cik andai hati dia milik orang lain. Lepas tu terus kami bercerai. Lepas tu, tiba-tiba je dia minta hak pengurusan Ril bagi dekat dia.

Mak cik ikutkan je. Sebab mak cik tak nak dia abaikan Ril. Mak cik tak nak dia lupakan Ril. Tapi, seburuk mana pun ayah Ril tu dia tetap pernah bahagiakan mak cik. Pernah buat mak cik tersenyum. Tanpa dia, Ril tak akan ada di sini." Luah Puan Vita panjang lebar. Sofea menarik nafas dalam.
"Zuhurnya hati mak cik. Saya tak mampu jadi macam mak cik. Saya wanita biasa."
"Jangan kata macam tu, nak. Mak cik pun wanita biasa. Takde yang istimewa pun. Sekarang ni mak cik yakin Sofea pun dah jumpa seseorang yang mampu bahagiakan Sofea, kan?"

Soal Puan Vita penuh makna dan membuatkan Sofea tersengih menahan malu. Faham sangat maksud orang tua tu.
"Alhamdulillah, mak cik. Saya harap sangat pilihan saya kali ni tepat. Boleh bimbing saya dan anak-anak."
"In Sha Allah. Kita sama-sama berdoa. Sofea kena saling mengingatkan Ril tu sama. Dia tu kadang-kadang tak berapa betul sikit. Asyik nak menyakat orang je. Tapi, jangan risau. Mak cik yakin dia boleh bahagiakan Sofea. Mak cik nampak sinar kebahagian di matanya dia bila bercakap pasal Sofea.

"Terima kasih, mak cik. Terima kasih sangat-sangat. Saya janji saya akan jadi menantu yang baik buat mak cik. Mak cik pun sanggup datang jauh dari Kedah ke sini semata-mata nak tengok adik. Hanya Allah saja yang mampu balas budi mak cik." Balas Sofea.
"Diorang tu cucu mak cik, Sofea. Takde apa pun. Eh, mana anak beranak dua orang tu? Tadi kata nak keluar kejap je. Dah solat zohor ke belum diorang tu?"
"Kata nak turun lobi. Ada lah tu nak beli apa-apa tu."

Sambil Sofea dan Puan Vita berborak lagi, kedengaran kaki orang melangkah ke arah mereka tanpa disedari. Dia memberikan salam.
"Assalamualaikum..." Pantas Sofea dan Puan Vita menjawab salam yang diberikan olwh suara garau itu. Perlahan-lahan Sofea berpaling. Sofea tersentak saat terpandangkan wajah itu. Dia kenal sangat! Langsung dia tidak menyangka lelaki itu akan datang ke sini.

"Kau??" Lelaki itu tersenyum....

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang