Bab 89- Last Update

22.8K 465 49
                                        

TIGA TAHUN KEMUDIAN.....

Sofea mencium surah yassin ke bibir dengan lembut. Dia baru menghabiskan bacaan surah yassin. Seketika dia memandang sayu ke arah satu kubur kecil di hadapannya. Kubur itu ialah milik arwah anaknya yang nombor dua, Raisya Ameera. Walaupun sudah hampir empat tahun arwah Raisya meninggal dunia, Sofea tidak pernah melupakan anaknya yang itu. Biarpun tak sampai setahun arwah Raisya hidup di dunia. Memori manis bersama Raisya masih terbayang di fikirannya. Alhamdulillah, dalam tak sedar sudah tiga tahun dia bergelar isteri kepada Fawwaz Nazril. Lelaki inilah banyak memberi semangat kepadanya, memberi kasih-sayang kepadanya. Fawwaz juga adalah sumber kekuatannya.

Sofea memandang ke arah Fawwaz yang masih belum menghabiskan bacaan yassin di sebelahnya dengan suara yang perlahan. Diribanya ada seorang kanak-kanak yang comel dan gebu. Dia hanya diam saat Fawwaz ralik membaca yassin. Alhamdulillah, sekarang mereka dikurniakan seorang bayi perempuan comel bernama Raisara Ameera. Adik kepada Raisya. Mukanya tak ubah seperti Raisya juga, membuatkan hati Sofea semakin sayu. Perasan rindu kepada Raisya sangat menebal apabila terpandangkan anaknya yang satu itu.

Sofea tersenyum memandang Rayyan yang duduk diam di sebelah Fawwaz. Alhamdulillah, Rayyan sekarang sudah besar. Tahun depan sudah masuk darjah dua. Semakin cerdik budaknya. Dia sangat sayangkan Raisara, sama seperti dia sayangkan Raisya. Sifat sebagai pelindung jelas terpacar pada dirinya. Wajah Rayyan semakin besar, semakin tak tumpah seperti wajah papanya, Zafran Hadiff. Ya, anaknya itu pasti akan kacak seperti papanya juga nanti.
"Selamat hari raya, kakak... Hari ni, mama datang dengan ayah, abang Rayyan dengan adik Sara. Walaupun mama dah ada anak lain, tapi mama tetap sayangkan kakak. Mama takkan lupakan kewujudan kakak. Sebab kakak anak mama, kakak pernah wujud dekat dalam rahim mama. Mama minta maaf sekiranya dulu mama tak mampu sediakan kesenangan dekat kakak macam mama sediakan untuk abang dan adik sekarang.

Tapi, mama tahu kehidupan kakak dekat sana lagi baik dari kami. Tak boleh nak gambarkan macam mana seronoknya tinggal di sana. Nanti kakak tunggu kami dekat sana, ye? Mama pun teringin nak duduk sana. Mama nak jumpa kakak, sebab mama rindukan kakak walaupun mama dah dapat pengganti kakak. Muka adik Sara tak ubah macam muka kakak. Alhamdulillah, Allah dah gantikan seorang lagi anak mama sebab Allah tahu mama rindukan sangat-sangat dekat kakak. Perangai adik pun sama macam kakak. Tak banyak kerenah." Sofea menyapu air mata yang mengalir sambil memandang ke arah Raisara. Hatinya sangat sebak ketika ini. Melihatkan keadaan itu, Fawwaz menyapu perlahan belakang badan Sofea tanda memujuk.

"In Sha Allah, sayang. Nanti kita ke sana juga dengan syarat kita kena berubah untuk jadi lebih baik. Yang berlalu biarkan berlalu, jangan dikenang benda yang lepas. Bie tahu kakak sentiasa mendoakan supaya kita semua akan tinggal dengan dia nanti. Adik baru dia pun tak sabar nak keluar tengok dunia dah ni." Fawwaz memegang perlahan perut Sofea yang sudah sarat itu. Alhamdulillah, dia sekarang hamil seorang lagi anaknya bersama Fawwaz. Kini, hanya tinggal hari saja untuk Sofea bersalin kerana kandungannya sudah cukup bulan. In Sha Allah, tak lama rumah mereka bakal terdengar satu lagi suara kecil.
In Sha Allah...

"Bie... Tolong sayang. Sayang nak siram air mawar dekat kubur arwah Zafran." Fawwaz membantu Sofea berdiri. Dia kemudian melangkah ke kubur Zafran yang terletak bersebelahan kubur Raisya. Sofea menyiram air bunga mawar dengan cermat kemudian, dia duduk sekejap di sisi kubur bekas suaminya itu.
"Assalamualaikum, Zafran.. Terima kasih sebab awak pernah doakan kebahagian untuk saya. Terima kasih juga sebab awak pernah hadir dalam hidup saya. Tanpa awak, tak mungkin Rayyan dan Raisya hadir di dunia ni. Zafran, walaupun macam-macam dugaan yang saya terpaksa hadap sejak jadi isteri awak. Saya bersyukur sangat, disebabkan awak lah saya jadi semakin kuat untuk menghadapi masalah dalam rumah tangga.

Banyak benda yang awak dah ajar saya, Zaff. Banyak sangat! Terima kasih sebab awak pernah bahagiakan saya. Saya janji dengan awak, saya akan jaga permata yang awak tinggal ni dengan sebaik mungkin." Sofea mencium kepada Rayyan yang duduk di sisinya.
"Betul orang cakap, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang semakin bahagia. Anak-anak saya semakin ramai tau." Sofea tersenyum sebelum menyambung.
"Zaff... Saya dah tunaikan impian awak. Alhamdulillah, syarikat milik awak saya dah jaga dengan baik. Fawwaz banyak tolong saya kendalikan syarikat walaupun dia sibuk dengan studio dia. Daniel pun banyak ajar saya macam mana nak kendalikan. Tan Sri Iskandar pun selalu bagi saya tunjuk ajar.

LARA SOFEA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang