༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒
| SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN |
❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞
A Royal Story.
Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
𝕳anya mata Qhyla saja yang berbinar besar memandang sekililing. Dia merasakan yang dirinya seperti seorang puteri. Tiada sesiapa yang pernah memanggilnya dengan gelaran tersebut.
Qhyla berpusing-pusing dan ketawa sendiri. Tawanya penuh dengan kegembiraan. Isabella yang melihat senyuman itu bertambah tenang dan lega. Akhirnya dia dapat juga membuat Qhyla tersenyum. Selama ni dia asyik melihat Qhyla yang selalu muram saja. Isabella lalu melirik Qhyla. Mungkin ada seseorang yang boleh membuat Qhyla tersenyum lebih lagi.
Isabella menyeringai. Dalam diam dia telah merancang sesuatu buat Qhyla. Pastinya tidak akan pernah membuat gadis itu menyesal.
"Cantiknya rumah awak. Saya teringat pula dengan cerita yang pernah nenek saya ceritakan." Kata Qhyla yang masih belum berhenti memuji keindahan rumah agam milik Isabella. Isabella tergelak kecil. Tangannya digibas-gibaskan ke udara.
"Terima kasih. Tapi pada saya, rumah ni biasa jelah." Isabella merendah diri.
"Setakat ni, bukan rumah saya je yang indah dan cantik. Ada banyak lagi rumah milik puteri kerabat diraja yang lagi indah. Malah, lagi memukau pandangan orang yang berkunjung ke situ!" Ujar Isabella.
"Wah, betul ke?" Qhyla terus memasang tampang teruja.
Isabella mengangguk dengan pantas. Qhyla tersenyum sambil menekup mulutnya. Dia santai berjalan di sebelah Isabella dan juga seiring dengan kesemua pelayan lelaki yang menyusul mereka berdua dari belakang.
"Tapi bagi saya, rumah awak yang paling cantik. Sama cantik dengan hati Isabella yang ikhlas membantu orang lain." tutur Qhyla dengan lembut. Isabella tergamam. Terharu bila Qhyla yang sebegitu ikhlas menerima layanan baiknya.
Isabella tersenyum hangat lalu menarik tangan Qhyla agar berjalan lebih cepat. Mereka berdua berlari menyusuri lorong yang panjang dan luas, dihiasi dengan bunga serta lukisan-lukisan estetika karya seniman Eropah. Gelak tawa mereka bergema, menandakan betapa mereka menikmati masa remaja bersama.
Isabella dan Qhyla terus berlari sehingga kedua insan itu merempuh masuk ke ruang makan mewah yang luas.
❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
"𝕭onda, ayahnda! Bella dah balik ni !" Isabella menegur dengan riang sambil melambai kedua-dua ibu bapanya. Ibu bapanya yang baru selesai menikmati makan tengahari menolehkan wajah.
"Bella dah balik ya? Kami semua baru je selesai makan tengah hari. Bella pergi mana je? Bonda dah pesan kan balik sebelum pukul 12 tengah hari. Bella tinggalkan je kelas sebab Bella sentiasa dapat keizinan dari Pengetua. Dan Bella... Siapa dia tu?" Ibu Isabella yang bernama Datin Hartini memandang Qhyla dengan wajah yang hairan dan tertarik.