SEBELUM peperiksaan SPM tiba tiga minggu saja lagi, SMK Seri Damai mengadakan acara sukan balapan akhir tahun. Ketua pengawas sekolah itu ditugaskan oleh cikgu Azmi supaya jadi jurufoto acara sukan balapan akhir tahun tersebut. Begitu professional ketua pengawas itu mengambil gambar pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu.
Semakin hangat suasana apabila kini tiba giliran acara sukan lompat jauh dilangsungkan di padang sekolah itu. Ketua pengawas begitu sibuk mengambil gambar menggunakan kamera Canon dengan caranya yang professional dan tersendiri. Pelajar lain yang tidak mengambil bahagian dalam acara sukan dikehendaki hanya duduk di bawah khemah yang tersedia di padang bersama dengan guru-guru yang lain.
"hang tengok tu jejaka idaman hati sibuk nau ambil gambar. Kan bagus ambil gambar aku." Aishah Atilia, segolongan pelajar yang bukan menonton acara sukan balapan padang sekolah. Malah, dia asyik pandang kearah ketua pengawas yang sedang sibuk mengambil gambar.
Tidak senang Sufia dibuatnya. Sufia terlalu asik menonton acara sukan lompat jauh.
"Kau ni kacau ah. Biaq pi kat dia." Sufia sudah berjangkit dengan BFF nya yang suka berbicara dalam loghat utara.
"Nak pi mana?" Tanya Aishah Atilia yang terlihat Sufia dah angkat punggung.
"aku nak pi tandas jap."
"Nak ikut!" Aishah pantang nak ikut kemana saja pun Sufia nak pergi.
"Cepatlah" Sufia dan Aisyah meninggalkan padang sekolah dan beriringan gegas menuju ke tandas.
Dalam Sufia tergesa-gesa ingin menuju ke tandas, secara tak sengaja tiba-tiba Sufia terlanggar ketua pengawas yang sibuk membelek-belek kamera Canon sambil berjalan. Habis berantakan sudah.
Gedebuk...
Bahu Sufia dan Syed berlaga seketika. Mata Syed memanas apabila melihat kamera Canon miliknya habis hancur berantakkan berkecai. Tidak boleh dibaiki ganti lagi.
"Mata tu tengok mana hah?! Jalan tu tengok depan!" Syed Refael, ketua pengawas itu bentak Sufia buatkan Sufia takut dengannya.
"Hey! Awak tu yang jalan tengok kamera tu apa hal?! Salahkan saya pulak!" Sufia berdebah.
"Kau yang salah!"
Sufia dan ketua pengawas itu saling berbalah sesama sendiri. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Syed sakit hati apabila melihat kamera miliknya sudah hancur berkecai tidak boleh dibaiki lagi.
Aishah cuba tenangkan Sufia yang bengang dengan ketua pengawas itu. Manakala rakan ketua pengawas itu cuba menenangkan dia. Suasana sekeliling menjadi hangat apabila pelajar yang lalu di sekitar itu menyaksikan pertengkaran antara Sufia dan ketua pengawas sekolah itu.
"Aku benci kau!!" hambar ketua pengawas itu kemudian dia berlalu dari situ dan dia sempat melanggar bahu Sufia kerana marah sangat. Hatinya sedang panas bagai air yang menggelegak. Sufia terkelu di situ dan terkaku apabila ketua pengawas tadi mengherdiknya.
Habis saja waktu sekolah sesi pagi pada pukul satu tengahhari, Sufia terus balik ke rumahnya. Tiba saja Sufia di rumah, terus Sufia masuk ke dalam rumah dan duduk di atas kerusi di ruang tamu itu. Fikirannya terganggu dengan situasi di sekolah tadi. Dia berasa serba salah kerna ia tidak sengaja memusnahkan kamera Canon milik ketua pengawas tersebut. Dia memutuskan dengan nekad bahawa dia nak ganti semula kamera Canon ketua pengawas itu dengan menggunakan wang simpanan miliknya. Lepas Sufia bersihkan diri, tanpa berfikir banyak lagi Sufia menaiki basikal menuju ke bank.
Sufia pergi ke bank dengan menunggang basikalnya. Setelah Sufia kuncikan basikalnya, terus Sufia masuk ke dalam bank dan keluarkan sejumlah wang melalui mesin ATM. Kini, wang simpanan Sufia hanya tinggal sepuluh ringgit.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...