Sufiya dikuli oleh Syed sewaktu mereka berada di Jakarta. Dan.. sempat lagi Sufiya buat bisnes dengan menjual cookies nya kepada pengunjung yang berlegar sementara Syed sibuk di dalam dewan parlimen.
"Manala budak dungu ni? " punyalah payah Syed mencari Sufiya di serata tempat, rupanya Sufiya sempat lagi berbisnes di depan chalet pak gunawan. Syed mula naik angin satu badan bila Sufiya lupa.
Sedang Syed tercari-cari Sufiya, Syed ternampak ramai orang berkumpul di gerbang masuk chalet. Syed hairan dan tertanya-tanya kenapa ramai orang berkumpul di situ. Syed pun pergi ke arah tempat ramai orang berkumpul kerana ia ingin tahu apa yang berlaku.
"Pak.. rasai dong cookies ini. Enak banget deh! Rugi kalau gak rasain. Yummy!" Salah seorang yang berkumpul di situ mensarankan supaya Syed yang menghampiri situ beli cookies Sufiya.
"Tak apa, terima kasih. " Syed tidak pentingkan ini, apa yang lebih penting, dimanakah gadis dungu itu.
Mata Syed membuntang apabila ternyata Sufiya yang menjual cookies dan menyebabkan ramai orang berkumpul di situ. Syed bertambahlah marah dan bengang seraya menyusuri orang dan menghampiri Sufiya. Gembira benar nampaknya gadis itu kerana hanya dengan menjual cookies berhasil mendapatkan pendapatan yang lumayan. Boleh jadi kaya kalau hari-hari macam ni dalam sekelip mata!
Tiba-tiba cuping telinga Sufiya diketip oleh ketam. Cuping telinganya ditarik oleh Syed dengan kuat.
Sufiya :(adu sakit) "Aaaaa.. sakitt.."
"Ooo.. sini rupanya kau? Sempat lagi berbisnes kat sini, aku punyalah susah payah cari kau kat bandar tadi! Mati mati aku ingat kau kena culik! Rupanya dia berbisnes kat sini! Hah?!!" Lebih kuat cuping telinga Sufiya ditarik. Syed seperti seorang ibu yang memarahi anaknya.
"Terima kasih bapak bapak.. ibu ibu.. ah ya? "
"Neng, enak banget cookies ini. Bagi tante tiga balang neng." Orang tempatan di situ yang merasai cookies buatan Sufiya sungguh suka makan biskut cip coklat. Dan Sufiya juga sungguh gembira kerana ternyata menjual di sini sangat menguntungkan.
"Bisa banget mba.. sabar
"Arrr.. sakittt.. lepasla malu orang tengok.." rayu Sufiya sambil cuba melepaskan cuping telinganya yang ditarik oleh Syed. Orang orang yang berkumpul di situ mula beredar dan mengosongkan tempat bila lihat Syed naik angin.
"Tahu malu kau? Mari sini!!" Syed menarik Sufiya hingga ke depan pintu chalet Sufiya. Baru Syed lepaskan tangannya yang tarik telinga Sufiya. Sufiya menggosok cuping telinganya yang terasa sakit sikit.
"Awak tu.. lama sangat dalam dewan parlimen. Saya pun bosan duk tunggu kat luar tu. Saya dapat idea nak jual cookies saya. Jadi saya balik ke chalet jap." makin pelan suara Sufiya memberi alasannya.
"Alasan! Sekarang ni awak pa saya! Awak perlu patuhi arahan walau macam mana sekalipun! Saya tak sukalah pa saya perangai macam ni. Tolonglah ubah perangai tak elok tu. "
Sufiya akui kesilapannya. Tapi ini pengalaman pertama dia bekerja. Sufiya langsung tidak tahu etika kerja. Itu sebab sesuka hati Sufiya berbuat begitu. Segera Sufiya meminta maaf kepada Syed dengan riak wajah yang serba salah.
"Bagi bekas tu.." Syed merampas bekas yang dipenuhi dengan wang ringgit hasil Sufiya peroleh jualan nya hari ini.
"Apa nii.. bagi lah balik duit saya!" Sufiya ingin mengambil semula bekas wangnya yang diambil oleh Syed. Tetapi Syed tidak benarkan.
"Kalau dah dasar miskin tu memang jakun! Duit ni aku pegang. Takut kau pergi joli kat kelab malam nanti. " setiap kata kata Syed begitu mengguris perasaan Sufiya tanpa Syed sedar.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomansaBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...