Hari malam berganti pagi. Sufia dan Syed Saddiq masih lagi tidur dengan lena. Bunyi kicauan burung-burung tidak diendah.
-----
"Cepat lari lah bodo!! " lelaki yang berbadan besar bersama dengan rakannya berlari tak cukup tanah apabila mereka dikejar oleh pihak polis. Kedua penjahat itu sekarang menjadi buruan pihak polis.
Sedar tak sedar, mereka telah berada betul-betul di tengah-tengah hutan.
"Haduh! Rehatlah kejap. " Zoey meminta ingin berehat sebentar kerana penat berlari.
Kepala Zoey diduku oleh Amir yang berbadan besar.
"Kau ingatkan kita ada masa ke nak berehat?! Bahlul! " Tak pasal-pasal kena maki hamun dengan bosnya itu.Mata Zoey yang memerhati keadaan sekeliling tiba-tiba tertancap pada Sufia dan YB Syed Saddiq sedang nyenyak ketiduran. Zoey juga tidak ketinggalan begitu kenal dengan beliau namun perempuan dengan Syed itu Zoey tidak berapa kenal.
Zoey menepuk bahu Amir berkali-kali memanggil rakannya.
"Ape!! "
"Tu!! Peluang baik weih! "
Amir memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Zoey. Amir tersenyum sinis kerana mereka punya satu cadangan untuk mengaut keuntungan cara mudah dengan menjadikan Sufia dan YB Syed Saddiq sebagai tebusan untuk mengaut keuntungan.
Mereka pun melangkah laju ke arah Sufia dan Syed Saddiq. Zoey pergi ke arah Sufia manakala Amir pergi ke arah Syed yang tidur bersandar di bawah pokok besar.
"Woii bangun bangun!!! Membuta je!! " jerit Amir membuatkan Sufia dan Syed Saddiq nyenyak tidur terjaga dari tidur mereka yang lena.
Dalam keadaan Sufia dan Syed Saddiq mamai, mereka hairan bagaimana pula boleh ada orang lain di sini sedangkan malam tadi hanya mereka berdua saja berada di sini.
Sufia dan syed yang baru terjaga terkejut dengan kehadiran Amir dan Zoey di situ. Zoey seraya mencengkam kuat rambut panjang Sufia dengan kasar tanpa perasaan kasihan membuatkan Sufia secara automatik terjerit kesakitan.
Membuntang mata Syed apabila melihat Sufia disakiti oleh lelaki yang langsung tidak berperikemanusiaan terhadap Sufia.
Muka Zoey ala-ala kacukan korean dan nampak baik orangnya bila diperhatikan. Namun mungkin dia tersalah memilih seorang kawan, terpesong jadinya.
"Jangan berani kau sentuh dia!!" jerit Syed.
"Apa aku peduli!"
"Bawa mereka. Sembunyikan tempat lain. " arah Amir dan Zoey buat apa yang diperintahkan. Sufia yang kebingungan dibangkitkan oleh Zoey dan dikawal ketat oleh Zoey manakala Amir terpaksa memapah Syed yang cedera. Kemudian Sufia dan Syed dibawa pergi dari situ ke tempat yang tidak diketahui oleh mereka berdua.
------
Shiha dan Zafrul sama-sama mencari Sufia dan Syed yang hilang tanpa pesan. Mereka terjerit-jerit memanggil Sufia dan Syed namun tiada sebarang sahutan meresahkan hati mereka.
Sampailah ke tengah-tengah hutan, Zafrul menjumpai sebuah beg galas milik Sufia dan Syed bergelimpangan atas rumput hijau dimana tempat Sufia dan Syed Saddiq berehat tadi. Shiha dan Zafrul mengutip beg sandang milik Sufia dan Syed.
"Ini kan beg depa? Mana tuan punya badan? " makin tidak sedap hati dibuatnya. Mereka yang tak dapat jejak Sufia dan Syed dari tadi mendapat petanda.
-------
Tibalah di sebuah rumah kosong yang terbiar di kawasan hutan terpencil itu lebih kurang dalam setengah jam. Sufia dan Syed dibawa masuk ke dalam bilik usang dalam rumah kosong itu. Mereka disembunyikan dari orang di situ.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomantizmBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...