BUKAN CINTA BIASA

128 3 0
                                    

Waktu rehat, Sufia hanya mahu duduk sendiri. Selalunya, dia menunggu Aishah. Tapi hari ini tidak. Hatinya sungguh terluka, bila semua budak sekolah mengejeknya anak banduan dan si miskin. Walaupun di luaran Sufia tidak menunjukkan kesedihannya, tapi dalaman Sufia, sungguh hancur dan hanya Tuhan yang maha tahu.

"Syed, ada nampak Fia tak?" Tanya Aishah pada Syed sedang lepak dengan Fikrie di dataran perhimpunan.

"Hai, selalunya dia yang berkepit dengan Fia, sekarang tanya aku pulak. Mana aku tahu." Jawab Syed sambil angkat bahu.

"Terima kasih." Aishah beredar dari situ mencari Sufia lagi. Aishah baru nampak Sufia duduk di belakang bangunan blok b. Dia terdengar suara Sufia menangis tersengguk-sengguk.

"Fia, kenapa nangis ni?" Tanya Aishah sambil tenangkan Sufia yang menangis.

Sufia tak mampu nak jawab pertanyaan Aishah. Malah, Aishah peluk Sufia.

Wanita lingkungan empat puluh an yang baru keluar dari bank sedang menuju ke arah keretanya dan dia tercari-cari telefon bimbit di dalam tas tangannya. Sedang dalam itu, tanpa disedari wanita itu, pembonceng motosikal ingin meragut tas tangannya.

Terjerit-jerit wanita itu meminta pertolongan dari orang. Sufia yang kebetulan lalu dan aada disitu seraya lari dan kejar peragut. Sufia berhasil mendapatkan semula tas tangan wanita yang diragut itu namun lengan tangannya tercedera ditoreh dengan pisau.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah."

"Auch."

Sufia kembalikan semula tas tangan wanita yang ketakutan itu. Wanita itu melihat lengan tangan Sufia berdarah.

"Ya Allah, berdarah tangan kamu ni nak, kita pergi klinik ye?"

"Tak apa Puan, sikit je ni."

"Tak pun, kamu ambil duit ni, pergi beli ubat." Wanita itu tetap nak beri Sufia wang ataupun menghulurkan bantuan kepada Sufia yang cedera.

"Saya ikhlas puan, tak apa, puan simpan aje duit tu." Kemudian, Sufia terus pergi dari wanita itu tanpa menghiraukan panggilan wanita itu.

Sudah beberapa hari Sufia tidak ke sekolah. Sehinggakan cikgu cikgu di sekolahnya menanyakan dimana dan kenapa Sufia tidak hadir ke sekolah. Cikgu Arman bertanyakan kepada Syed kalau-kalau Syed tahu kenapa.

Cikgu Arman:"tapi saya tengok, kamu berdua macam rapat je. Sebab tu saya tanya kamu."
Syed:"hisyy, mana ada cikgu, Aishah yang paling rapat dengan Fia."
Cikgu Arman:"agaknya, lepas yang cikgu Yanti tegur dia pasal tak bayar yuran tu, tak datang sekolah. Cikgu faham dia orang susah, anak yatim."
Syed:"tak apa cikgu, nanti saya cuba pergi rumah dia. Tanya dia kenapa tak datang sekolah."

****

Sufia tidak hadir ke sekolah bersebab. Dia mahu cari wang untuk bayar yuran persekolahan. Dia pernah teringat dimana pesan arwah ibunya, jangan tidak ke sekolah dan malas untuk mencari ilmu. Ilmu adalah penyuluh hidup. Sufia mengutip tin kosong di tepi jalan, di dalam tong sampah, dan warung-warung yang tidak pakai tin kosong.

Sesudah itu, Sufia tengok jumlah wang yang dia perolehi hari ini. Hanya RM37 ringgit. Tidak mencukupi untuk membayar yuran persekolahan.

Sufia keluh kecil memikirkan bagaimana mahu mendapatkan wang yang mencukupi untuk membayar yuran. Mahu mencari pekerjaan, orang tidak mahu menerimanya kerana ia anak banduan. Susah.

Walaubagaimanapun, Dia perlu mencari sesuap nasi.

Jalan pintas yang Sufia dapat, dia meminta sedekah di kaki lima kedai supaya dapat wang.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now