BAB 2 - TAFSIRKAN MIMPI

187 7 0
                                    

"Macam mana dengan sekolah kamu hari ni Fia?" Tanya sang ibu pada anak gadisnya.

"Alhamdulillah ibu, semuanya ok." Jawab Sufia. Ketika itu, dua beranak itu sedang duduk bersantai berhadapan dengan tasik. Mereka berhenti merehatkan diri yang sudah letih bersiar siar sebentar tadi. Puan Ainul tidak larat lagi hendak berjalan dan sekarang Puan Ainul harus menggunakan kerusi roda untuk bergerak kemana-mana.

Sufia dan Puan Ainul, ibunya berbual rancak penuh dengan canda mesra ketika ibunya kembali teringatkan keluarga mereka yang bersatu utuh.

Ketika tawa riang mula reda, Puan Ainul seperti teringatkan sesuatu. Kemudian dia berkata kepada anak gadisnya, Sufia.

"Kalau ibu dah tak ada nanti, jaga diri baik-baik ya sayang..."

Kata-kata Puan Ainul begitu menusuk ke dalam hati Sufia membuatkan hingga dia layu

"kenapa ibu cakap macam tu? Fia tak suka lah." Sufia tidak suka bila ibunya berkata begitu. Ya, dia tahu sesungguhnya setiap insan yang bernyawa pasti akan mati suatu hari kelak atas kehendak Allah, tetapi dia memang tak suka bila ibunya berkata begitu.

"Ibu tahu hayat ibu tak lama lagi. Ibu risau biarkan anak kesayangan ibu ni seorang diri. Harapkan bapak kamu tu asyik main judi, minum arak. Tak sedar dunia kian ke penghujungnya. Ibu harap sangat, anak ibu ni dapat jodoh biarlah seperti arwah datuk kamu. " Puan Ainul seakan pasrah dengan hayat hidupnya.

Sufia cuba ubah topik perbualan mereka yang terpesong kepada kematian.

"Ibu dah makan ubat kan tengahhari tadi?"

"dah... mana mungkin ibu lupa."

Tekak Puan Ainul terasa ingin makan cendol. Puan Ainul mengidam "Ibu teringin nak makan cendol Pak Ali tu lah nak." Kata Puan Ainul pada Sufia. Sufia tersenyum apabila ibunya mengidam nak makan cendol tiba-tiba pula.

"Ibu nak cendol? Meh Fia belanja ibu hari ni."

"Betul ke nak? Alhamdulillah." Nampaknya rezeki Puan Ainul ini dapat makan cendol.Sufia juga punya wang lebih kerana ia rajin menabung wang perbelanjaan sekolah.

"Ya ibu... Jom kita makan cendol." Kata Sufia angkat punggung dan menolak kerusi roda Puan Ainul ke gerai yang menjual cendol.

Sampai sahaja di gerai menjual cendol, Sufia memesan satu mangkuk cendol dan dua cawan air sarsi. Tidak lama kemudian cendol dan air yang Sufia order tiba. Hanya Puan Ainul menikmati cendol dan Sufia Cuma minum air.

"kamu tak makan cendol sekali ke Fia?" Tanya Puan Ainul pada Sufia yang asyik minum air saja.

"Tak pa ibu, ibu makan je. Fia temankan ibu makan cendol."

Puan Ainul ingin menyuapkan sesudu cendol ke dalam mulut anak gadisnya itu. Sufia pun terima suapan dari ibunya.

💠💠💠

"kau tolong tengok-tengokkan motor aku ni Zaid, entah apa halnya meragam pula tak boleh start enjin." Syed meminta kepada mekanik bengkel motor tersebut supaya memeriksa enjin motosikalnya yang problem. Syed yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya terkandas apabila enjin motornya terhenti secara tiba-tiba. Dia terpaksa tolak motornya hingga ke bengkel motor rakan baiknya, Zaid.

Syed yang toleh ke belakang, terpandang seorang gadis yang dia cukup kenal sedang makan cendol di gerai cendol Pak Ali tidak jauh dari bengkelnya Cuma perlu melintas jalan. Ternyata gadis itu adalah Sufia bersama dengan wanita tua yang dia tidak kenali dan agaknya wanita tua itu adalah ibu kepada Sufia. Lama dia tenung tepat kearah Sufia yang sedang bersama dengan wanita tua. Syed tersenyum melihat itu tanpa berkedip matanya merenung. Pemandangan yang sungguh jarang sekali dia lihat pada zaman ini. Seorang anak sanggup melayan karenah ibu dengan sukanya.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now