BAB 3 - TAK MAHU KEHILANGANMU

167 6 0
                                    


SAMPAI sahaja di perkarngan hospital, segera Sufia keluar dari kereta Honda dan pergi mendapatkan bantuan jururawat sementara Syed juga keluar dari dalam perut keretanya, mengambil kerusi roda Puan Ainul di dalam bonet kereta kemudian dia angkatkan tubuh Puan Ainul yang kian layu ke atas kerusi roda. Beberapa saat kemudian, dua orang jururawat perempuan mendapatkan kerusi roda Puan Ainul kemudian kerusi roda Puan Ainul ditolak ke hingga ke dalam wad kecemasan. Sufia yang mengikuti jururawat yang menolak kerusi roda Puan Ainul diminta hanya tunggu di ruang legar dan dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan kecuali hanya pesakit dan jururawat yang dibenarkan masuk.

Seraya Sufia duduk di atas kerusi ruang legar dengan segenap perasaan yang sungguh sayu dan diterjah perasaan yang sungguh gusar, bimbang dan takut jikalau terjadi apa-apa pada ibunya itu. Tidak dapat dibayangkan oleh Sufia jika perkara seumpama itu berlaku dalam hidupnya. Sufia cuba ditenangkan oleh Syed yang berhati mulia hantarkan Puan Ainul ke hospital. Syed menyuruh Sufia mengucap dan beristighfar serta berdoa banyak-banyak agar kesihatan Puan Ainul disejahterakan.

"Bawa beristighfar Fia, berdoa banyak-banyak agar ibu kau baik-baik. Jangan rasa gusar."

"Macam mana aku mampu bertenang dengan keadaan macam ni?! Aku tak tahu keadaan ibu aku kat dalam tu." Ujar Sufia tidak mampu terbendung airmatanya.

Syed mengeluarkan Iphone di dalam kocek seluarnya kemudian, dia memikirkan mahu hubungi sahabat karib Sufia iaitu Aishah Atilia. Syed angkat punggung kemudian dia berjauhan sikit dari Sufia supaya Sufia tidak tahu yang dia sedang menghubungi Aishah.

Dalam talian

"Assalamualaikum Aishah,"

"Walaikumsalam, apa hal nya ni tak pernah-pernah call aku."

"Begini Aishah, ibu Fia sedang tenat sekarang. Aku rasa Fia perlu sokongan dari kau Aishah, kau kan sahabat baik dia. Baik kau datang sekarang."

"Allahuakbar. Aku tak ada dekat KL weih, aku dekat Kuala Gula di rumah sedara aku sekarang ada jemputan kenduri kahwin . Dua hari lagi baru aku balik. "

"Allah... psst... tak apalah kalau macam tu. Maaf ganggu kau. Assalamualaikum" Seraya Syed mematikan panggilan telefon.

Tidak lama kemudian, seorang doktor lelaki muda keluar dari dalam bilik rawatan kecemasan. Doktor itu menyingkapkan mask yang dipakainya ke bawah agar mudah untuk dia terangkan kepada Sufia. Sufia yang Nampak doktor keluar dari bilik rawatan seraya mendapatkan doktor tersebut penuh dengan harapan bahawa ibunya tidak apa-apa dan baik-baik saja.

"Macam mana keadaan ibu saya doktor."

Tiada senyum yang nampak di bibir doktor itu. Hanya terpamerkan wajah suram dan sayu. Sufia sukar tafsirkan riak wajah yang dipamerkan oleh doktor itu. Terdiam seketika, lalu doktor itu berkata

"Maaf saya tak mampu nak selamatkan Puan Ainul. Harap adik bertabah, Allah lebih sayangkan dia."

Sufia tak mampu bayangkan dan gambarkan penjelasan doktor itu tadi. Apakah ianya reality atau Cuma aku di dalam mimpi?

"Tipu! Doktor tipu!" Sufia tidak percaya kata-kata doktor itu kemudian seraya dia memasuki ke dalam bilik kecemasan terlihat hanya tinggal jasad ibunya yang sudah tidak bernyawa, sakaratul maut telah menjemput ibunya kembali kepada sang pencipta.

(LANGKAU)

Jenazah Puan Ainul yang telah siap dikafankan di hospital tadi dibawa ke rumah Sufia dan arwah Puan Ainul. Jenazah Puan Ainul diletakkan di ruang tamu. Ketika itu, Syed yang masih marahkan Sufia tetap datang juga menziarahi rumah rakan sekelasnya itu.

Bergenang airmata Syed melihat kesedihan yang dialami oleh Sufia. Sungguh, Dia dapat rasakan apa yang kawannya itu rasakan detik ini kerana ia juga pernah alaminya. Lalui detik ini, dia teringat kembali semula ketika mana arwah ayahnya pergi dijemput Illahi. Sungguh perih tak terkata waktu itu.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now