Sufia menjadi hairan kenapa Zara bercakap seorang diri. Dan dia jadi takut dengan Zara yang tiba-tiba meroyan seperti orang gila.
"Kalau asyik aku bagi darah aku kat kau, aku tinggal apa nanti?" Terjerit-jerit Zara marah pada entah siapa.
Dan tiba-tiba, tubuh Zara rebah dan dia seperti dicekik sesuatu. Zara sepertinya sedang bergelut dengan sesuatu. Sufia yang terkejut cuba melepaskan diri dari ikatan yang diikatkan pada pergelangan tangan Sufia untuk menyelamatkan Zara namun gagal. Lama kelamaan, Zara mati di situ akibat kekurangan pernafasan.
************************************
Redz:"Bonda, tunggu sini dulu ya, biar kami berdua selamatkan Fia,"
Puan Zaharah:"biar bonda ikut kamu berdua."
Syed:"bahaya bonda. Biar kami je selamatkan Fia ye. Apa-apa hal jadi bonda call polis terus."
Puan Zaharah:"baiklah, hati-hati ye nak."
Redz:"ye bonda."Lekas, Redz bawa Syed ke belakang rumah Zara. Syed dari tadi tertanya-tanya kenapa dia dibawa ke rumah Zara.
Seperti pencuri mengendap masuk, Syed mengekori langkah Redz sampai ke rumah usang dimana tempat Sufia disembunyikan.
Tidak lama kemudian, Redz dan Syed tiba di tempat yang dimaksudkan oleh Redz. Membuntang mata Syed apabila melihat Sufia diikatkan pada kerusi dan muka Sufia luka seperti ditoreh dengan pisau bila dia mengintai dari tingkap yang terbuka.
"Fia?!" Syed bergegas ingin menyelamatkan Sufia namun dihalang oleh Redz.
Redz"Tunggu dulu, jangan terburu-buru angah. Mungkin Zara ada kat situ."
Syed:"kenapa Zara culik Fia? Dia kata redha dengan kami? Kenapa dia pengkhianat?"Sufia yang di dalam seperti terdengar suara yang cukup dia kenal sayup-sayup bunyinya.
Syed:"lengah-lengahkan masa pulak,"
Tak kira apa terjadi pun, Syed tetap ingin selamatkan Sufia. Bila Syed masuk di tempat persembunyian Sufia, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zara mati seperti dibunuh. Syed pandang Sufia yang sayu masih berikat pada kerusi. Syed tertanya-tanya, siapakah yang bunuh Zara padahal Sufia terikat pada kerusi.
Redz juga begitu.
Segera Syed ingin bebaskan Sufia. Syed pandang sejenak wajah Sufia yang lebam-lebam di muka dan luka.
Seraya Sufia dakap erat tubuh Syed lalu menangis teresak-esak.Redz:"Allahuakbar, Zara..." (Menutupkan kelopak mata Zara yang mati mengejut)
Sufia:"Fia tak bunuh Zara, jangan salahkan Fia, jangan bagi polis tangkap Fia." (Sungguh-sungguh nyatakan)
Syed:(tenangkan Sufia dalam dakapan hangatnya)"tak sayang, sayang tak salah apa-apapun."Sufia dibawa pulang ke villa Syed sementara Redz membuat laporan polis terhadap misteri kematian Zara.
Di Villa, Sufia yang masih berbaju kurung putih moden duduk di sebelah Puan Zaharah. Syed juga masih berbaju melayu siang tadi duduk di sebelah Redz di ruang tamu.
Puan Zaharah:"bonda rasa, lebih baik kamu berdua akad nikah di pejabat agama Islam aje dulu buat sementara waktu. Janji Fia dan Syed sah kahwin. Yang bersanding tu kita buat kemudian sementara tunggu Fia reda."
Redz:"betul juga cadangan bonda tu." (Setuju dengan cadangan bondanya)
Syed:"angah ok je bonda."
Puan Zaharah:"Fia pergi berehat dulu ye sayang,"
Sufia:"baik bonda"Sufia disuruh berehat sahaja di bilik tidurnya. Tapi, sebelum itu, Sufia mengambil udara di balkoni villa untuk tenangkan diri selepas kejadian itu.
"Tak sangka kan sayang, kita berjodoh. Dulu kita saling membenci, tapi sekarang, saling menyayangi dan mencintai." Syed datang menghampiri Sufia lalu berkata. Sufia yang khusyuk pandang langit malam toleh ke belakang pada Syed yang sudah tercegat berdiri di belakangnya.
Sufia hanya tersenyum melihat Syed. Harus pandang Syed seperti pandang langit. Tinggi betul orangnya. Sudahlah dirinya itu pendek. Kedua mata Sufia tatap mata Syed. Pandangan mereka bertemu. Syed mengukirkan senyuman manis pada Sufia hingga menampakkan garisan gigi putih yang tersusun rapi. Syed memang dikenali dengan senyuman.
Sufia yang membeku harus menghadap Syed diam saja mendengar kata-kata Syed.
"Abang minta maaf sebab pernah ego dengan Fia, Fia masih sabar dengan abang yang keras kepala dengan abang, setia dengan abang walaupun abang pernah sakitkan hati Fia," Syed meminta maaf kepada Sufia atas kesilapannya suatu ketika dahulu terhadap Sufia.
"Dan sekarang, izinkan abang rawat balik hati Fia yang luka parah tu." Kata Syed lagi.
Sufia:"Tak perlu minta maaf abang, tanpa abang minta pun Fia dah maafkan abang."
Sufia:"abang nak tahu tak, dulu Fia geram sangat dengan sikap abang, rasa nak pukul pun ada. Tapi Dia tahan je." (Jelasnya perasaan geram sewaktu dulu)
Syed:(tersenyum sinis)"kenapa tak pukul abang aje? Sekarang, abang bagi peluang Fia nak balas dendam kat abang. Pukullah abang." (Ambil tangan Sufia menyuruh Sufia memukul dirinya)
Sufia:(rentap perlahan tangannya yang dipegang oleh Syed)"gilalah abang ni, tak nak."
Syed:"abang nak rasa juga bagaimana sakitnya luka tu. Kesian abang tengok muka Fia luka-luka dengan lebam tu."(sentuh lembut muka Sufia yang lebam-lebam dan luka)
Sufia:"Fia dah biasa abang dengan luka ni. Tak kisah pun.""Hek hemm.."
Redz yang datang tiba-tiba berdehem. Tersenyum melihat pasangan kekasih itu.
Syed:"Kacau daun betul Along ni."
Redz:"mana boleh berdua-duaan sebelum sah kahwin. Dosa tahu!"
Sufia hanya tertawa kecil dan Syed merengus perlahan.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
Roman d'amourBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...