Bab 16- Selamat datang sayang

82 2 0
                                    

"Along tahu kan birthday Fia bila? " tanya Syed yang pelupa
"Hey, dia satu sekolah dengan Fia berapa lama dah lupa? Banyak tertelan semut ke kau ni? " Redz hairan dengan sikap pelupa Syed.
Mana tidaknya, terlalu banyak kerja. Dan terlalu banyak benda yang perlu dia ingat. Almaklumlah, YB, menteri belia sukan berusia termuda harus menggalas tugas sebagai menteri termuda.
"Jap." Syed periksa butir diri  Sufia yang dia ada simpan dalam komputer ribanya.
"Sembilan belas haribulan dua belas, sembilan belas sembilan puluh lapan? Ikut  pada tarikh kalendar islam pulak, malam Ramadhan tu Fia lahir? Wuh, perfect sangat ni. " Syed bernada teruja.

Dalam hatinya tak henti berdoa semoga Allah permudahkan segala dan tidak menghampakan permintaan nya lagi.

"Kalau aku jadi bf Fia, hari-hari aku nak ajak dia keluar dating lepas habis kerja." ujar keterujaan Syed berangan-angan terlalu jauh.

Redz: "Bercinta, tak semestinya keluar dating sweet sana sini, tu maksiat bodoh! Kau tengok aku kawan dengan Syafi, sentuh dia pun tak berani inikan pula nak ajak keluar. "
Syed:"pandai lah kau bercakap. Bohong je lebih. Awek keliling pinggang tu apa? Playboy nombor satu di Malaysia, " (buat muka menyampah)
Redz:"eh! Tolong sikit eh, lupakan masa lalu. Tak guna dikenang selalu. Aku dah insaf sekarang."

**********************************

Sedar tak sedar sudah masuk bulan Ramadhan. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Runtin harian Syed seperti biasa kerja, kerja dan kerja. Sufia juga sudah pulih dari amnesia setelah setengah gila Syed berusaha cuba ikhtiar kembalikan daya ingatan Sufia. Namun, satu misi Syed belum disempurnakan lagi. Tunggu waktu tersuai baru dia mulakan.

Dan, ini adalah Ramadhan pertama Sufia tanpa ibunda tercinta. Serta Ramadhan Tahun ini dia bersama keluarga Puan Zahara.

Bukan main lagi Puan Zahara, masak hidangan menu istimewa bagi menyambut bulan puasa tak lupa juga menyambut Ramadhan pertama Sufia di rumahnya.

"Banyaknya bonda masak, tak membazir ke. Ibu Fia pesan jangan membazir ikut nafsu. " Sufia berpesan pada  Puan Zahara apa yang arwah ibunya pesan kepadanya.

Puan Zahara :"Selain bonda nak sambut kedatangan Ramadhan kali pertama  Fia kat sini, bonda ada jemput beberapa anak yatim dari rumah kebajikan kanak-kanak."
Sufia:"yeke bonda? Alhamdulillah, moga murah rezeki bonda."
Puan Zahara :"Fia tolong bonda masak ya?"
Sufia :"boleh je."

Beliau kagum dengan Sufia, seorang gadis yang pandai masak dan tahu hal dapur. Jangankan si Zara, apa-apa nama sayur pun tak tahu. Buat malu saja kalau perempuan tak tahu apa itu tiga serangkai!

-------

Syed:"pasanglah elok-elok lampu tu, nampak cacat aje." (banyak complain abangnya buat kerja tak kemas)
Redz:"oklah ni."
Syed:"aku nak misi aku kali ni berhasil along, tak nak gagal macam dulu lagi."
Redz:"berserah pada Allah Syed, dia yang tentukan  jodoh kita. "

Taman reaksi berhampiran rumah mereka sudah jadi tempat mereka. Dan, setelah dekat dua jam mereka di situ, untuk menghiaskan taman bak seperti  menjadi taman syurga. Gambar-gambar polaroid kenangan mereka semasa zaman sekolah dulu digantung cantik setiap tali yang diikatkan pada pokok-pokok yang terdapat di situ supaya menggamit memori. Lukisan gambar Sufia yang dilukisnya dulu juga dihiasi di situ.

Hampir 98% selesai misi Syed dibantu oleh alongnya.

Tidak lupa juga sebutir cincin permata yang akan disarungkan pada jari manis Sufia nanti sekali lagi. Semoga berjaya misi aku kali ini.

Redz mendapat panggilan telefon dari bondanya.

Redz:"Syed, bonda dh call ni. Dia ajak berbuka sama."
Syed:"ok. Jap sikit lagi."
Redz:"dah lah tu, dah ok. "
Syed:"owright! Perfect! Let's go."

Tepat jam tujuh, anak-anak yatim dari rumah kebajikan Buntong  sudah tiba di villa Puan Zahara. Syed, Redz dan Sufia menyambut kedatangan mereka dengan penuh mesra.

Keakraban Redz, Sufia dan Syed sudah bagaikan adik beradik. Tapi Sufia dan Syed seperti anjing dan kucing suka bergaduh setiap kali berjumpa.

Sufia disuruh oleh Puan Zahara bancuh air lagi supaya cukup untuk anak-anak yatim dari kebajikan Buntong. Syed melangkah ke dapur bila dia dapat tahu Sufia ada di situ. Gadis berselendang putih sedang sibuk membancuh air.

Sufia:"Ye encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu? "
Syed:"Aku belum pulih dari derita aku, letih asyik teringat dia yang pernah hancurkan hidup aku Fia, tak sembuh lagi luka kat hati ni.  "
Sufia:"Allah duga kita tandanya Allah sayang hamba dia. Dia nak bagi lagi terbaik untuk kita. Mesti ada hikmahnya di sebalik ini☺"
Syed :"🙄lepas habis ni, aku nak ajak kau keluar? Bukan kita berdua tapi abang long ada sekali. "
Sufia:"tak nak lah, Fia malas, lagipun nak tolong bonda kemas dapur. Kesian bonda nanti kena kemas."
Syed :"😓alah, bibik kan ada, biarlah dia buat. Lupa ke? kau asisten aku? Aku bayar kau bulan-bulan."
Sufia:"memanglah bos bayar Fia bulan-bulan, tapi tak semestinya Fia kena ikut cakap bos aje. Fia akan akur arahan bos bila waktu kerja je. Luar waktu kerja tak! (😒Mendengus) "
Syed:"dah pandai melawan kau ye sekarang  Fia? Siapa yang ajar hah? "
Sufia:"bos lah. 😝"
Syed:(tarik cuping telinga Sufia lagi kerana dia geram dengan gadis itu)
Sufia:"sakitlah bengong!"
Syed:"kau bengongkan aku?"

Sejurus selepas itu, Redz tiba di dapur terlihat Syed sedang tarik telinga Sufia.

Redz:"berani kau tarik telinga Fia Syed? Aku cukup pantang betul. "
Sufia:"tengok Syed abang, dia tarik telinga Fia, " (adunya pada Redz)
Syed:"orang ajak keluar pun payah, bukan ajak buat dosa."
Redz:"Fia ikut abang keluar ye? Abang nak bawak Fia ke satu tempat."
Sufia:"kalau Fia tak nak?😝 "

Redz mencekak pinggang dan menggeleng kepala. Syed pula malas nak berkata apa-apa lagi, seraya dia dukung dan angkut Sufia hendak dibawa ke dalam keretanya diikuti dengan Redz. Namun, mereka bertembung dengan Puan Zahara di ruang tamu. Nasib baik anak-anak yatim yang hadir sudahpun pulang.

Puan Zahara :"Allahuakbar, bertuah punya anak. Angkut Fia tu dah kenapa? "
Syed:"Fia ni bonda, degil. Tak mahu dengar cakap." (segera turunkan Sufia) 
Redz:"kami nak keluar sekejap bonda. Ada hal."

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now