BAB 10 - BUNGA DI HATIKU

97 4 0
                                    

Setelah diperiksa oleh doktor, ligamen kaki kiri Syed putus. Ia memakan masa untuk pulihkan.

Walaupun kaki Syed Saddiq cedera, dia tetap hadir ke majlis ataupun mesyuarat di pejabatnya. Itu tidak menjadi alasannya untuk tidak hadir. Tugas harus dilaksanakan dengan penuh berdedikasi.

Sufia mencatat dalam buku diari apa yang perlu bosnya itu lakukan pada hari ini dan hari berikutnya. Benda itu sangatlah penting.

Namun tetapi, hari ini entah bagaimana pula Sufia boleh tersilap waktu dan tarikh yang sepatutnya YB Syed Saddiq harus hadir ke mesyuarat dan majlis penting. Di dalam bilik pejabat Syed Saddiq, Sufia dimarahi dan dileteri. Ketika itu, Sufia berdiri berhadapan dengan Syed Saddiq yang duduk di atas kerusi pejabatnya.

"Awak ni nak kerja ke tak nak? Main-main je! Sepatutnya hari ni saya perlu hadir mesyuarat dan majlis! Macam mana boleh lepa?"

Mulut Sufia terkumat kamit ingin memberitahu sesuatu perkara kepada bosnya.

"Saya tahu saya bersalah. " perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Sufia. Semenjak kebelakangan ini, Sufia ada masalah peribadi, itu sebab dia tidak dapat fokus sepenuhnya kepada kerja dan tanggungjawabnya.

Syed Saddiq tersenyum sinis apabila dengar Sufia kata begitu.

"Semua orang dalam dunia ni buat silap Sufia, termasuk saya. Bukan awak seorang saja. Awak tahu tak, awak asisten saya yang berprestasi tinggi. Ciri-ciri awak lengkap. Rugilah sekiranya sia-siakan peluang baik ni." sudah bagaikan pensyarah universiti pula Syed Saddiq memberi syarahan perdana kepada Sufia.

Sudah hampir dua tahun Sufia bekerja dengan Syed Saddiq sebagai asisten ahli parlimen. Sudah serasi dengan pekerjaannya tetapi kali ini boleh pula buat salah.

Sufia seperti orang bodoh apabila dia dimarahi dan dileteri oleh bosnya itu. Dia hanya mengangguk tanda mengerti syarahan' bosnya itu tadi.

"Buat sementara waktu ni, awak tak payah datang kerja. Bila awak rasa betul-betul dah boleh fokus kepada kerja, baru hubungi saya. Biar Che Megat yang uruskan segala hal saya nanti. Saya ambil awak kerja dengan saya sebab saya kesian dekat pak su awak orang susah. Pak su awak kawan baik saya masa saya sekolah dulu. " jelas menunjukkan betapa pentingnya pekerjaannya.

Dalam fikiran Sufia, dia fikirkan bagaimana pula mahu mencari wang jika dia tak kerja. Kalau tak kerja, duit gaji mesti dihentikan.

"Baik bos. " Sufia akur dengan perintah bosnya itu.

Sufia beredar dari situ apabila Syed Saddiq sudah selesai berurusan dengannya dan terus pulang ke rumah dengan menaiki bas. Selalunya pemandu peribadi Syed yang hantarkan Sufia, tetapi hari ini, Sufia balik sendiri.

Sampai sahaja di luar rumah, Sufia membuka pintu yang berkunci kemudian dia masuk ke dalam rumah dengan pelbagai rasa yang tidak bernama.

Selesai sudah Sufia membersihkan diri, Sufia bancuh air milo suam dan Sufia ke ruang tamu bersama dengan satu mug air milo. Sufia duduk di sofa ruang tamu dan mencapai alat kawalan jauh, kemudian dia menonton TV sambil menghirup secawan air milo suam.

Tidak tahulah mengapanya Sufia tak boleh fokus kepada sesuatu benda. Ketika dia sedang menonton TV, fikirannya ligat berputar pada masa semalam dimana dia diugut oleh pengutip hutang. Menurut mereka, ayah kepada Sufia berhutang dengan mereka kerana kalah main judi. Jika Sufia tidak membayar hutang, Sufia diugut menjadi mangsa mereka.

Sebenarnya Sufia dalam ketakutan.

Tok!

Tok!

"Assalamualaikum Fia, pak su datang ni. " berkali-kali pak su Badrul mengetuk pintu rumah Sufia beberapa kali.

"Fia kerja agaknya bang... " isterinya, mak su Uqasha membuat andaian.

Ketua Pengawas Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now