⏩SKIP⏩
☔☔☔
Sudah bagaikan robot pula Sufia harus mengekori YB Syed Saddiq yang harus naik ke atas pentas untuk berucap pada malam perasmian PARA Sukma Perak 2018. Sebelum itu, Sufia merapikan kolar baju Syed Saddiq agar nampak sempurna dan tidak nampak cacat cela. Beliau harus sentiasa berketrampilan kemas.
Sementara Syed Saddiq sedang berucap di atas pentas, Sufia menunggu beliau di bawah pentas dan dia ditugaskan untuk merakamkan videonya menggunakan iPhone, ketika dia sedang berucap kerana dia mahu memuat naik video tersebut ke laman sosialnya seperti di Instagram, Facebook dan Twitter.
Sesudah Sufia rakamkan video YB Syed Saddiq, Sufia melihat Syed Saddiq berucap di atas pentas dan fikiran Sufia mula ligat melayang jauh ketika mana Syed Saddiq sudi menerimanya menjadi PA nya suatu ketika dahulu.
⏪FLASHBACK ON
Sewaktu Sufia ikut pak sunya ke suatu tempat, Sufia melihat seorang lelaki yang cukup Sufia kenali bertegur sapa dengan pak sunya. Lelaki yang aku maksudkan ialah YB Syed Saddiq! Bagaimana pak su boleh pula kenal rapat dengan beliau?
"Dia ni anak abang ya?" Tanya Syed Saddiq
"Bukanlah, dia ni anak buah abang. Saja abang bawa dia. "
"Dia ni yang abang cakap dekat saya hari tu kan?"
"Betullah tu. " pak su Badrul mengiyakan pertanyaan Syed
"Sekarang adik umur berapa? Masih sekolah lagi?" Tanya Syed Saddiq pada Sufia pula.
Sufia sungguh cair apabila Syed Saddiq bertanya kepadanya begitu. Tapi, kenapa dia tengok aku masih sekolah lagi? Umur aku sembilan belas tahun!
"Baru lepasan SPM. " Jawab Sufia ringkas dan malu-malu kucing dengan Syed Saddiq.
"Anak sedara abang ni sudi tak bekerja dengan saya. Jadi PA saya sebab PA saya yang sebelum ni berhenti kerja pulak. Saya sedang mencari pembantu peribadi saya... " Syed Saddiq menawarkan perkhidmatan kerja kepada Sufia.
"Elok sangat lah tu. Anak sedara abang ni pun tengah cari kerja kosong dekat area sini. " pak su setuju sangat dengan cadangan Syed Saddiq yang mahu mengambil Sufia jadi pembantu peribadinya.
"Kalau macam tu, besok adik terus ikut saya. Saya ada di pejabat Armada. "
"Ok bro. Besok pagi abang hantar Sufia ke pejabat. " Belum apa-apa Sufia bagi keputusan, pak sunya yang menyetujui permintaan Syed Saddiq.
Lagi pula, Syed Saddiq menawarkan Sufia supaya Sufia bekerja dengannya, adalah kerana dia simpati dengan Sufia kerana Sufia baru sahaja kehilangan ibu dan ayahnya.
END OF FLASHBACK
Dulu, sewaktu pak su Sufia bawanya pergi jumpa dengan Syed, Sufia ingat-ingat lupa bila pak sunya bawanya berjumpa dengan Syed. Waktu itu pula, Syed amnesia buat sementara waktu tak ingat siapa Sufia.
Saatnya harus Syed Saddiq meninggalkan Stadium Perak tersebut diiringi dengan beberapa orang ternama.
'Mana perginya PA aku ni?' Omel Syed Saddiq apabila melihat PA nya tiada di tempat yang sepatutnya.
Bila Syed melangkah ke arah belakang, menggeleng kepala YB Syed Saddiq melihat Sufia sedang termenung jauh. Entah sampai ke mana perginya. Syed Saddiq pun pergi ke arah Sufia yang gila angau dan kemudian, dia mengejutkan lamunan Sufia membuatkan Sufia melatah sedikit kerana dia terkejut apabila tiba-tiba saja dia melihat Syed Saddiq sudah tercegat di tepinya. Kus semangat!
"Kenapa kamu tak ikut saya? Sepatutnya ikut saya tadi!" Syed Saddiq bersuara memarahi Sufia.
Lekas-lekas Sufia meminta maaf kepada Syed Saddiq. Mujur masa itu, tiada orang di sekeliling mereka.
"Lagi sekali kamu perangai macam ni, saya pecat kamu tanpa notis. Perangai tak pernah berubah. " Syed Saddiq beri amaran kepada Sufia. Jika diikutkan hati yang sakit itu, mahu saja dia memecat gadis itu. Namun begitu, tidaklah sampai begitu sekali."Baik bossku. " Sufia tidak kisah jika Syed Saddiq marahnya kerana pendapat Sufia bila Syed Saddiq memarahinya, makin tampan dan perkasa.
Hari ini tugas jadual Syed Saddiq sangatlah padat. Sufia harus mencatat masa kerja dan tempat yang harus beliau harus hadir. Syed Saddiq yang harus ke sana dan ke sini.
Pemandu peribadi Syed Saddiq membeli KFC melalui Drive-Thru sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru kerana mereka harus berjalan jauh lagi. Jadi mereka perlu beli makanan untuk mengisikan perut yang lapar nanti.
Sesudah itu, perjalanan diteruskan. Pemandu peribadi Syed memandu kereta Honda City berwarna hitam dengan berhati-hati kerana waktu itu sudah larut malam. Syed Saddiq harus tiba di Johor Bahru sebelum besok pagi jam 9:00am.
DALAM PERJALANAN KE JB
YB Syed Saddiq menikmati seketul ayam goreng KFC kerana dia berasa sangat lapar tidak makan dari tadi disebabkan terlalu sibuk. Syed Saddiq pelawa Sufia sekali menikmati ayam goreng KFC bersama-sama dengannya. Sufia enggan menerima pelawaan itu kerana ia malu.
"Tak apa. Saya tak lapar. " sebenarnya Sufia sangatlah mengantuk pada ketika itu, dia tidak mahu makan kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 1:00 pagi. Mereka masih lagi dalam kenderaan perjalanan ke JB.
"Kamu tak makan dari tadi kan?" Bukan Syed tidak tahu yang Sufia tidak makan kerana diri Sufia terlalu sibuk menguruskan kepentingan dirinya.
Dengan ragu-ragu Sufia mengambil seketul ayam goreng KFC yang Syed Saddiq hulurkan kepadanya. Sufia makan seketul ayam goreng itu dengan penuh nikmat.
Namun tiba-tiba Sufia boleh tertidur dan tersandar di atas bahu kanan Syed ketika dia sedang makan ayam goreng tersebut. Syed yang sedang makan KFC nugget tersentak apabila ia menyedari kepala Sufia terjatuh di atas bahunya.
"La... tengah makan boleh tertidur?" Syed Saddiq menahan dahi kepala Sufia yang mahu terjatuh dengan telapak tangannya supaya kepala Sufia tidak terjatuh ke atas ribaannya. Rasa lucu pula Syed Saddiq melihat Sufia tertidur dalam keadaan ayam goreng KFC yang sedang dimakannya masih lagi ada di dalam genggaman tangan Sufia.
Mungkin PA nya terlalu letih sampaikan sedang makan pun boleh tertidur.
"Letih sangat tu kot si Fia. "
Pemandu peribadi Syed Saddiq bersuara apabila perasan melihat Sufia tertidur dalam keadaan tersandar di atas bahu Syed.
Syed hanya tersenyum.
Ketika situasi itu, Syed Saddiq merasakan sesuatu. Rasa ini tidak pernah sekali pun, didambakannya sebelum kehadiran Sufia. Sungguh meresap dalam getar.
[BERSAMBUNG]
AUTHOR CUBA UPDATE BAB 1 KARYA TERBARU LAGI DARI AUTHOR. JIKA READERS BANYAK RESPON, AUTHOR UPDATE LAGI KAY! ;)
Buat yang pernah baca cerita KALAU ITU TAKDIRKU, ini fia gubah cerita asal.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...