"Aduh, kusut kepala aku!" Syed Saddiq membebel sendiri ketika dia dalam perjalanan ke pejabatnya.
Ketika itu, Sufia tidak perlu ikut Syed Saddiq. Dia cuma perlu bersedia apabila Syed Saddiq menelefonnya.
Dalam genap fikiran Syed, dia terfikir sesuatu tentang hal Sufia. Bondanya mahu dia mencari isteri dalam masa singkat sebelum tiba usianya berganjak ke 26 tahun. Baginya, peluang itu begitu singkat.
Ingin mencari jodoh, bukan mudah seperti mencari pakaian."Ingat pesan bonda. Kamu kena cari calon isteri sebelum umur kamu mencecah 26 tahun akan datang. "
Syed teringatkan peringatan bondanya ketika mereka sedang makan malam di Villa. Makin bertambah kusut dibuatnya. Silap-silap boleh botak licin kepala!
Ketika usai mesyuarat Armada berdiskusi bersama dengan ahli parlimen dijalankan di bilik mesyuarat, mereka buat satu cadangan di mana mereka semua mengadakan aktiviti bercamping di hutan sebagai satu aktiviti hiburan. Syed pun setuju dengan cadangan rakan-rakan setugasnya.
***
Tibalah masanya, hari yang dinantikan sudah tiba. Tiga buah kereta pergi travelog ke Port Dickson. Sufia harus ikut Syed Saddiq kerana gadis itu perlu jaga Syed Saddiq. Selain tugas Sufia menjadi PA beliau, dia juga diperintahkan harus jadi bodyguard Syed Saddiq.
Bila masing-masing sudah sampai ke tapak perkhemahan, mereka mula memasang khemah di tepian sungai dengan kadar segera.
Sedang Sufia ingin menyimpan barangnya di dalam khemah, Syed Saddiq memanggil Sufia.
"Temankan aku pergi cari kayu api. " ajak Syed Saddiq. Sufia mengerutkan dahinya dan dia melangkah ke arah Syed Saddiq dengan beg galas masih bersandang pada belakangnya.
"Kenapa ajak saya pula? Takut ea?" Sufia menyakat Syed. Syed tersenyum sinis dan berkata...
"Bila masa pula aku takut? Kau perlu ikut aku ke mana pun aku nak pergi. Faham?"
Sufia mengeluh berat. Terpaksalah juga Sufia mengikuti Syed Saddiq yang hendak mencari kayu api. Langit di atas sudah mula ingin ke senja. Tiga buah khemah sudah selesai dibina. Tinggal Sufia dan YB Syed Saddiq yang belum mencari kayu api.
Terlalu alpa dan leka Sufia dan Syed Saddiq mencari kayu api di dalam hutan, mereka tidak sedar yang mereka berdua sudah jauh dari tapak perkhemahan.
"Jap... ini bukan tempat kita kan?" Firasat Sufia mula merasakan tidak sedap hati.
Syed toleh ke kanan dan kiri serta depan dan belakang apabila Sufia bertanya begitu. Dia mula rasa sangsi dengan sekelilingnya.
***
Sementara di tapak perkhemahan, semua orang sudah siap menyediakan hidangan makan malam seperti BBQ dan lain-lain lagi. Tiada siapa yang menanyakan ketiadaan Sufia dan juga Syed ketika itu hingga ada seorang lelaki baru kini mengesyaki bahawa Sufia dan juga Syed Saddiq tiada di tapak perkhemahan.
"Eh! YB dengan asisten dia mana ya? Dari tadi tak nampak? " tanya Fariz
"Diaorang pergi cari kayu api seingat saya tadi. " Wana bersuara
"Sampai sekarang tak balik-balik lagi? Dah lewat ni. " Zafrul juga tidak tenteram hati.
"Haduih. Lagu mana ni? " Faiz mengomel loghat utara.
***
"Ya Allah, selamatkanlah hambamu yang kerdil ini. " doa Sufia merendah diri kepada Allah swt.
"Erghh!! Lain kali ingat lah jalan kita lalu tadi! Arlet" Syed Saddiq bersuara dengan berang.
"Kenapa marah saya pula? Semua benda nak letak kat kepala saya? Letih tahu tak?!" Sufia mula nak menangis.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas Itu Suami Aku
RomanceBila hati dah sayang, sukar untuk dinafikan lagi. Itulah yang dirasakan oleh Syed satu perasaan yang membelenggu dirinya dari dulu apabila bertemu dengan seorang gadis classmate nya. Jangan judge orang dari luarannya sahaja.. memang muka nampak gar...